Special Part - Puasa💕

12.7K 496 24
                                    

Salam Ramadhan al - Mubarak😄
......

BERKERUT dahi Harraz apabila terasa wajahnya basah dengan sesuatu. Badannya juga turut ditindih. Sebelah mata dibuka mengintai apa yang ada di tubuhnya.

"Hur.. paaa...", Pipi Harraz dicium Ayeen dengan air liur melejeh.

"Jangan lah buat macam tu Ayeen",

"Kotorlah", Kali ini Aydeen pula menambah apabila si abang memarahi Ayeen.

Bibir Ayeen sudah tersebik - sebik ingin menangis. Tubir matanya sudah bertakung. Tunggu masa aje nak hujan.

"Dia buat dah...", Kata Aydeel sambil tayang muka pasrah.

Kedua - dua kembar itu pantas menekup telinga. Kalau Ayeen menangis, boleh pekak rasanya.

"Hey, sayang papa". Harraz membetulkan postur tubuhnya. Rambutnya serabai dek terjaga dari tidur. Sengaja dia mahu melihat keletah tiga anak - anaknya ini. Tubuh kecil Ayeen dipangku ke dada.

Mengekek tawa Ayeen apabila bibir Harraz hinggap pada seluruh wajahnya.

"Kenapa buli adik ni?" Soal Harraz sambil membetulkan tubuh anak bongsunya. Matanya tak lepas memandang kembar nakalnya yang semakin hari semakin membesar. Cepat aje masa berlalu. Anak kembarnya yang kecil sudah berusia lima tahun.

"Hur paaa", Kata Ayeen sambil ketawa. Jari halusnya dimelekapkan pada bibir Harraz.

Harraz tersengih.

"Ayeen gerak papa sahur? Baiknya dia...", Pipi tembam Ayeen dikucup Harraz bertalu - talu penuh kasih.

Aydeel dan Aydeen menjuih bibir. Menyampah.

"Deel dan Deen masih tak jawab lagi soalan papa. Kenapa buli adik?" Soal Harraz lembut. Tubuh Aydeen diletakkan di atas peha kanannya.

"Ayeen ni cium - cium papa. Air liur meleleh - leleh lagi. Pengotor", Adu Aydeel sambil memeluk tubuh.

Aydeen yang berada di sisi abang terangguk - angguk bersetuju.

Harraz tahan senyum. Lucu.

Ingat kan lepas jadi abang, kembar nakal ini jadi lebih matang. Rupanya silap. Ada aje benda yang nak dicari masalah dengan Ayeen.

"Meh duduk sini", Peha kiri di tepuk lalu dia menggamit anak kembarnya menuju ke arahnya.

Lain diajak, lain pula bertandang. Tiba - tiba saja Ayeen melunjurkan tubuh kecilnya pada peha kiri dan kanan Harraz.

Terkebil - kebil si ayah dan abang kembarnya dibuatnya.

"Yeen nya...", Bersama senyuman comel bibir halus itu bertutur. Harraz tersenyum. Lembut wajah masam anak kembarnya dipandang.

"Deen dan Deel kan besar. Ayeen ni kecil lagi. Mengalahlah dengan dia", Pujuk Harraz lembut.

"Papa dulu beritahu kami. Papa akan sayang kami sama rata. Tapi sekarang semua Ayeen, Ayeen, Ayeen". Protes Aydeel.

"Betul tu. Balik kerja papa cari Ayeen. Malam pula papa peluk Ayeen. Papa dah tak sayang kami! Papa tak adil!" Tambah Aydeen mula.

Harraz mengurut pelipisnya perlahan. Pening, pening.

Ini rasa agaknya kalau berkahwin banyak. Bini ni protes, bini ni mengamuk, bini mengada... nasiblah bini ada satu aje. Anak pulak ramai! Banyak ragam. Itupun ada hati nak tambah lagi!!

"Papa sayang semua anak - anak papa", Pujuk Harraz lembut. Pipi Aydeel dan Aydeel diusapnya lembut. Kalut Ayeen menarik tangan si ayah lalu diletak pada pipi kecilnya. Harraz tersengih. Yang ini pun, sama naik!

Special  MSDME (B3)Where stories live. Discover now