Bahagian 3

314 9 0
                                    

"Jika beta izinkan kamu ingin berkahwin dengan anak beta, apakah pekerjaan kamu kelak?" Soal Sultan setelah lama baginda mundar mandir di hadapan pemuda itu.
     "Saya tetap seorang tabligh, yg mulia Tuanku. Saya akan menyebarkan agama islam ke seluruh dunia seperti ayah saya" Jawab pemuda itu penuh yakin.
       "Bagaimana anak beta kelak selepas kamu kahwini? Di mana dia akan kamu tinggalkan jika kamu merantau melakukan taklim ke tempat lain?" Soal Sultan menunggu jawapan pemuda tabligh itu.
      "Jika Tuan Puteri sudah sah menjadi isteri saya, pastilah saya akan jaga Tuan Puteri sepenuhnya" Jawab pemuda tabligh itu.
      "Tapi kamu tidak akan selalu ada di rumah kerana cara hidup orang tabligh adalah merantau ke seluruh dunia dengan meninggalkan anak isteri" Balas Sultan melihat tepat ke wajah pemuda tabligh itu.
     "Adakah Tuanku tidak merestui hubungan kami?"Suara pemuda itu mula bergetar. Dia seperti ingin menangis, tetapi dia cuba menahan perasaannya dari terus terluah di hadapan Sultan.
      "Bukan beta tidak merestui hubungan  kamu. Malah beta sangat gembira jika anak beta berkahwin dengan pemuda yg berilmu agama yang tinggi seperti kamu. Tetapi kamu adalah tabligh. Urusan pekerjaan kamu yang membuat beta tidak dapat merestui" Sultan berterus terang sambil mengusap bahu pemuda itu. Panahan mata Sultan sungguh ikhlas. Pemuda itu tersentuh. Sungguh Melayu bangsa yang penuh kesopanan dalam budi bicara.
     "Tuanku...." Pemuda itu memanggil Sultan sebelum sultan berlalu pergi.
     "Bagaimana jika saya tidak menjadi tabligh? Dan berhenti dalam menyebarkan dakwah islam serta menjadi orang biasa yang bekerja dengan tulang empat kerat, adakah tuanku menerima saya sebagai suami Tuan Puteri walau saya tidak berharta?" Soal pemuda itu tiba tiba. Sultan menoleh ke arah pemuda itu. Langkahnya terhenti.
      "Ya, beta akan merestui walau kamu orang kebanyakan. Asalkan anak beta tidak ditinggalkan pergi berbulan bulan dan bertahun kerana pekerjaan kamu" Jawab Sultan sambil tersenyum. "dan..." sultan menyambung lagi. "Janganlah kamu merendah diri kerana beta tahu asal keturunanmu dan ayahmu. Beta sangat kagum dengan ayahmu, tetapi tidak bermakna beta bersetuju dengan urusan pekerjaan kamu anak beranak apabila melibatkan puteri beta. Beta sungguh menyayangi anak beta" jelas Sultan dan berlalu pergi. Pemuda tabligh itu terdiam. Dia mula berfikir dan perasaannya mula berbelah bahagi. Dengan segera dia meninggalkan istana itu menuju rumah tumpangan dia dan ayahnya.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now