Bahagian 8

170 9 0
                                    

Lelaki tabligh itu termenung di samping kitab kitabnya. Sudah hampir tiga bulan anak lelakinya berkahwin. Dia hanya dapat berjumpa dengan anak dan menantunya selepas dia melakukan taklim di istana. Tiba tiba dia merasa dirinya telah jauh daripada anak lelaki kesayangannya itu. Sungguh betapa besar ujian untuk aku. Bisik hatinya. Dia mula berkata kata di dalam hati. Adakah sayangnya kepada anak lelakinya itu melebihi sayangnya terhadap Allah swt. Astaghafirullahhalazim......dia mula beristighafar dan mengharap hatinya terus redha.Tetapi kesakitan itu membuat airmatanya gugur satu persatu. Tanpa lelaki tabligh itu sedar dua orang pengikutnya sedang memerhatikan dirinya dari jauh yang sedang menitiskan airmata. Mereka saling berpandangan dan berlalu pergi dari situ.
"Ini sudah melampau!! Tuan guru pasti menangis kerana Raja itu. Anak lelakinya telah lama tidak pulang bertemu kita di sini..."Marah salah seorang dari mereka.
"Jadi apakah yang akan kita lakukan untuk Tuan Guru?"Balas yang lain.
"Kita larikan sahaja Puteri raja itu dan anak tuan guru"cadang salah seorang dari mereka.
"Tidak boleh. Seorang rakan kita yang bekerja sebagai pengawal istana ada memberitahu kami tentang Puteri itu beberapa hari lepas"
"Apa yang di beritahunya?"
"Ada doktor telah datang ke istana. Puteri itu disahkan hamilkan cucu Tuan guru kita" penerangan itu membuat mereka sangat terkejut.
"Adakah Tuan guru tahu akan hal ini?"Soal ketua mereka sambil berdiri tegak.
"Tidak."
"Ayuh kita beritahu Tuan Guru berita gembira ini" mereka bergegas ke bilik lelaki tabligh itu sambil berselawat nabi sehingga kedatangan mereka membuat lelaki tabligh itu berasa sangat hairan. Mereka duduk berkumpul dan pengikut lelaki tabligh itu mula memberitahu berita kehamilan menantunya. Kegembiraan mula terpancar di wajah lelaki tabligh itu. Hatinya mula terubat dan mereka semua mula berdoa dan membaca doa selamat beramai ramai sambil minum kopi dan memakan manisan. Para pengikut lelaki tabligh itu berasa lega melihat guru kesayangan. Guru mereka mula tersenyum seperti dahulu. Malah lelaki tabligh itu mula menulis surat kepada isterinya di England untuk segera aturkan kedatangannya ke sini untuk bertemu tuan puteri dan cucu mereka tidak lama lagi. Dia meminta isterinya mengaturkan perjalanan sulit untuk isterinya membawa pulang cucu mereka ke England selepas kelahiran bayi puteri raja itu. Malah dengan urusan sulit itu dia meminta agar isterinya terus bertemu dengan Sultan, ayahanda puteri itu sendiri. Mereka akan membawa pulang waris mereka ke England dan dia yakin Sultan tidak akan dapat menolak lagi segala urusan itu kerana kali ini pasti isterinya berjaya mendapatkan cucu mereka.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now