Bahagian 13

152 9 0
                                    

      Rumah Rehat di pinggir laut itu suram. Sesekali pukulan ombak menghempas tembok yang di bina di hadapan rumah rehat itu. Puteri Sabiya berpeluk tubuh di balkoni bilik tidurnya. Syakh Zarith menyelimutkan Putera Muhammad yang baru tertidur dalam dakapannya. Dia bangun merapati Puteri Sabiya sambil memeluk erat isterinya yang tercinta itu.
        "Kenapakah ibu abang perlu membawa Muhammad? Sabiya tak boleh terima kalau terpaksa berpisah dengan Muhammad" Airmata Puteri Sabiya berjurai gugur. Suaminya memeluk Puteri Sabiya.
       "Abang faham perasaan Sabiya tu. Tapi abang rasa ini untuk kebaikan Muhammad. Lagipun abang tak dapat bagi Muhammad kesenangan.."Pujuk Syakh Zarith.
        "Tapi Muhammad masih kecil...dan ibu abang nak bawa Muhammad berlayar ke seberang lautan. Hati ibu mana yang tak risau, abang?" Puteri Sabiya merenung mata suaminya. Kemudian Syakh Zarith tersenyum.
      "Kecil atau dewasa bukan masalah dalam kehidupan ini Sabiya. Muhammad berhak mendapat haknya. Dia darah daging kita. Dia cucu ibu" Syakh Zarith berkata lembut kepada isterinya. Puteri Sabiya menoleh suaminya, lantas tangannya memaut bahu lelaki itu erat. Dia terus menyandarkan wajahnya ke dada bidang suaminya. Kehangatan tubuh mereka meresap dalam diri masing- masing.
     "Sejak ayahanda membantu abang menjadi tenteranya, bukankah kita dah biasa berpisah" Bisik Syakh Zarith.
       "Ya, tapi bukan masalah berpisah dengan abang. Sepanjang abang ikut pelayaran tentera di Raja, Sabiya tidak ada masalah dalam hal itu. Sabiya cuma tak dapat berpisah dengan Muhammad" Tangis Puteri Sabiya.
       "Janganlah Sabiya risau. Muhammad pergi tak lama. Selepas selesai urusan di Turkey dan Grece, abang dan Muhammad akan balik dengan cepat" Pujuk suami Puteri Sabiya. Dia hanya mendiamkan diri dengan kesedihan yang tidak terhingga kerana terpaksa berpisah dengan Putera Muhammad.
       Pagi itu Syakh Zarith di hantar oleh Puteri Sabiya dan beberapa orang pengawal Sultan ke pelabuhan pekan kecil itu. Kapal Layar Magarett sudah ada di situ bersama kapten kapal. Margarett memakai pakaian pakaian tentera wanita bersama topi dan cermin mata hitamnya. Begitu juga Syakh Zarith. Puteri Sabiya asyik memeluk Putera Muhammad berkali kali. Anak kecil itu diciumnya tanpa henti. Hatinya terasa sangat sedih untuk berpisah dengan anaknya.
      "Muhammad," Puteri Sabiya duduk untuk merenung muka anak kecil dua tahun itu.
       "Ibu sangat sayangkan, Muhammad" ucapnya apabila melihat Putera Muhammad menunjukkan topi kecil ditangannya.
        "Sayang ibu, Muhammad" Pinta Puteri Sabiya. Pantas anak kecil itu mencium pipi ibunya. Dia menunjukkan topi ditangan Puteri Sabiya lagi. Kemudian dia menunjukkan topi yang dipakai Syakh Zarith.
      "Ibu faham, sayang. Muhammad nak topi macam papa. Mari ibu pakaikan" Puteri Sabiya memakaikan Putera Muhammad dengan topi Di Raja, sama seperti Syakh Zarith suaminya. Putera Muhammad teruja sambil memakai topi itu. Puteri Sabiya berkali kali memeluk Putera Muhammad. Margarett menghampiri Puteri Sabiya selepas berbual dengan anak lelakinya.
      "Maafkan ibu, Sabiya, Jika semuanya selesai, ibu akan hantar semula Muhammad dan Zarith ke sini. Dan ibu akan mengambil ayah Zarith pula untuk ke Madinah selepas itu" Terang Margarett memeluk Puteri Sabiya.
       "Ibu, saya sangat sayangkan suami dan anak saya" Ucap Puteri Sabiya. Margarett mengangguk angguk tanda faham.
       "Ibu nak kamu faham apa yang ibu dan ayah Zarith perjuangkan. Ia bukanlah perkara yang sia sia. Kami lakukan kerana Allah swt" kata Margarett tegas. Puteri Sabiya mengangguk tanda faham. Dia telah banyak tahu tentang perjuangan ibu dan ayah Zarith selepas mereka bertemu malam itu di rumah rehat mereka. Ayah Syakh Zarith seorang muslim berketurunan India Arab telah berkahwin dengan Margarett seorang wanita barat yang hartawan itu. Wanita barat itu terpikat dengan islam dan berkenalan dengan Syakh Zakir Riya ketika lelaki itu datang ke England untuk menjadi guru agama di sana. Pertemuan mereka berakhir apabila mereka sama sama memutuskan untuk berkahwin selepas Margarett bersetuju memeluk islam. Malah Margarett telah menggunakan seluruh kekayaan dan hartanya untuk membantu suaminya berdakwah. Margarett juga terlibat dalam banyak usaha mendirikan masjid di England dan beberapa tempat lain di benua barat. Malah idnetiti Margarett menjadi rahsia di kalangan orang orang islam sekalipun. Dalam usaha membantu di benua barat Margarett banyak merahsiakan dirinya daripada umum. Malah kebaikan yang dilakukannya membuat musuh musuh islam tidak senang duduk. Lagi lagi dalam usaha Margarett memberi dana dalam pembinaan masjid masjid di luar negara pada ketika itu. Mujurlah dalam usaha yang dilakukan, mereka tidak dapat mengesan identitinya berikutan dia terpaksa berpakaian seperti wanita barat lagi. Tetapi jauh di dalam hatinya dia sangat mencintai agamanya. Malah keluarga Margarett juga tidak tahu akan rahsianya itu.
       "Sabiya, abang pergi dulu" Syakh Zarith memeluk isterinya. Puteri Sabiya tersedar daripada lamunan dan mengangguk angguk.
        "Jaga anak kita yang di dalam tu baik baik" pesan suaminya sambil memegang perut Puteri Sabiya.
         "Abang mesti pulang dengan selamat" Bisik Puteri Sabiya ke telinga suaminya. Syakh Zarith menangkap sinar mata isterinya dari dalam hati. Dia rasa bahagia melihat mata itu. Sungguh membuat dirinya tenang.
       "Sabiya, maafkan ibu. Kami pergi dahulu" Margarett berlalu bersama Zarith dan Putera Muhammad. Perpisahan itu membuat Puteri Sabiya sangat bersedih hati. Dia melihat pemergian kapal layar yang membawa suami dan anaknya itu sehingga hilang daripada pandangan mata. Airmatanya tumpah di pipinya yang gebu. Namun rasa kerisauannya tetap bersarang di dalam hati.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now