Bahagian 16

122 8 0
                                    

Setiap hari Puteri Sabiya menunggu suaminya dan Putera Muhammad di Jeti. Dia tidak mempercayai berita yang disampaikan kepada ayahandanya. Tidak mungkin suami, ibu mertua dan anak kecilnya terkubur di dalam laut. Lewat petang barulah dia pulang ke rumah rehatnya.
"Sabiya, ayah tak mahu orang lihat Sabiya merayau di jeti itu lagi. Zarith dah tak ada. Muhammad dah tak ada. Mereka dah meninggal dunia. Sabiya faham tak?" Kata Sultan sewaktu melawat anaknya di rumah rehat tepi laut itu.
"Tapi Sabiya tak percaya mereka dah tak ada. Kalau mereka dah tak ada mana jasad mereka? Mana kubur mereka?" Air mata Puteri Sabiya mulai jatuh perlahan-lahan.
"Sudahlah Sabiya. Semua ni ketentuan ilahi. Ayahanda harap Sabiya redha" Nasihat Sultan.
"Bagaimanalah Sabiya nak hidup dengan bayi dalam kandungan ini?......Sabiya dah tak ada semangat lagi"Tangisan Puteri Sabiya semakin deras. Sultan mulai tersedar yang Sabiya telah mengandung anak kedua Zarith. Dia tidak pernah membuat majlis perkahwinan Puteri Sabiya. Malah perkahwinan anaknya dengan orang kebanyakan itu tidak ramai yang tahu. Kini Puteri Sabiya mengandung. Malang nasib puterinya itu, Zarith telah meninggal dunia di lautan.
"Lagi beberapa bulan Sabiya akan bersalin. Ayahanda tak mahu Sabiya bersedih hati. Nanti ia akan mempengaruhi anak dalam kandungan" Nasihat Sultan.
"Ayahanda, Sabiya tak boleh tinggal lagi di rumah rehat ini. Bolehkah ayahanda benarkan Sabiya ke Mekah. Sabiya ingin tunaikan umrah. Sabiya ingin berdoa di sana untuk Zarith dan Putera Muhammad" Pinta Puteri Sabiya. Sultan memandang anaknya dengan sayu. Dia mengangguk-angguk tanda setuju.
Selepas Sultan mengizinkan Puterinya yang sarat mengandung tujuh bulan itu ke Mekah, Puteri Sabiya berangkat menaiki kapal terbang milik persendirian Sultan. Dia di temani oleh pilot kapal terbang itu ke Madinah. Pilot kapal terbang itu adalah anak kepada seorang raja dari negara lain. Sebetulnya Puteri Sabiya tidak tahu rancangan ayahnya. Sultan bercadang untuk menjodohkan Puteri Sabiya dengan pilot muda itu kelak.
Semenjak laporan kapal yang di naiki suami dan anaknya karam di lautan, Puteri Sabiya tidak pernah bertemu dengan ayah mertuanya iaitu lelaki tabligh itu lagi. Dia juga tidak tahu cara untuk menghubungi bapa mertuanya ekoran mereka tidak tinggal tetap di mana mana.Mereka adalah orang tabligh. Orang berkelana. Mereka tidak punya rumah yang tetap. Hidup mereka adalah menghambakan diri mereka kepada Allah swt.
Puteri Sabiya cuba mencari ayah mertuanya di Madinah untuk memberitahu berita tentang Syakh Zarith. Tetapi dia tidak tahu cara yang bagaimana untuk dia menemui bapa mertuanya.
Di sebalik kisah Puteri Sabiya telah berada di Madinah, segala gerak gerinya telah di intip oleh pengikut lelaki tabligh itu. Syakh Zakir Riya tidak tahu kenapa Puteri Sabiya ke Madinah sedangkan menantunya itu kelihatan sedang sarat mengandung. Malah dia tidak tahu ke mana pergi isterinya Margarett dan anaknya Syakh Zarith. Sudah berpucuk surat yang dikirimnya kepada Margarett tetapi tidak ada balasan. Margarett dan Syakh Zarith tiba tiba hilang.
Dia bertambah keliru apabila melihat Puteri Sabiya bersama seorang lelaki lain di Madinah. Selepas mendapat maklumat daripada intipan pengikutnya, akhirnya Syakh Zakir Riya menemui Sultan.
"Sudah lama kita tidak bertemu. Bagaiman keadaan Tuan Imam?" Sultan tersenyum bersalaman dengan lelaki tabligh itu.
"Sahaya baik sahaja, Tuanku. Sahaya baru balik dari Kedah dan singgah di sini untuk berjumpa Tuanku" jawab lelaki tabligh itu.
"Begini...."Lelaki tabligh itu memulakan bicaranya. Tiba-tiba hatinya menjadi tidak sabar dengan apa yang dilihatnya.
"Kenapa Puteri Sabiya bersama lelaki lain ke Madinah. Bukankah itu tidak manis dipandang orang" lelaki tabligh itu bertanya.
"Apa maksud Tuan Imam? Berhati hati dalam berbicara tentang keluarga saya!"Sultan meninggikan suara memberi amaran.
"Ya, maafkan sahaya. Di mana anak sahaya Zarith? Isteri Sahaya juga sudah beberapa bulan tidak membalas surat. Mereka hilang selepas bertemu tuanku" bentak lelaki tabligh itu seperti hilang sabar.
"Jadinya tuan imam tidak tahu...itulah sibuk berdakwah sana sini sedangkan tuan imam tidak tahu hal keluarga sendiri!"Bidas Sultan tiba tiba. Suasana menjadi tegang.
"Jangan Tuanku hina pekerjaan sahaya. Jika tuanku menghina perkerjaan sahaya bermakna tuanku menghina Agama Allah swt!" Tegur lelaki tabligh itu dengan berani. Dia tiba tiba menjadi marah kepada Sultan kerana membiarkan Puteri Sabiya bersama lelaki lain di Madinah.
"Cis!!"Sultan menghentak meja sambil bangun
"Sungguh biadap Tuan Imam! tuan tiada hak ke atas Puteri Sabiya lagi selepas dia menjadi Janda anak tuan!" Tiba tiba Sultan naik berang. Lelaki tabligh itu tersenyum sinis.
"Sungguh murah harga diri dan maruah seorang puteri tuanku. Selepas menjandakan puteri sendiri dan selepas tuanku bunuh isteri,anak dan cucu sahaya!" Jerit Lelaki tabligh itu tiba tiba. Istana menjadi gempar pagi itu dengan pergaduhan Sultan dan lelaki tabligh itu.
Sultan rasa tercabar dengan kata-kata lelaki tabligh itu sehingga lelaki tabligh itu di halau dari istana.
"Ya Maulana, awak orang baik baik. Janganlah membuat kecoh di istana seperti pagi ini"Tegur pengawal yang membawa lelaki tabligh itu ke pintu pagar istana.
"Sahaya cuma ingin tahu ke mana anak lelaki dan cucu sahaya? IsterI Sahaya datang ke sini dan mereka semua hilang. Ahli keluarga sahaya hilang"Adu lelaki tabligh itu. Pengawal istana itu menggeleng -gelengkan kepalanya.
"Suami tuan Puteri sudah meninggal dunia, ya Maulana. Kapal yang mereka naiki semua telah karam. Kemungkinan isteri dan cucu Maulana juga terkorban" Pengawal itu memberitahu. Lelaki tabligh itu sangat terkejut. Dia cuba ingin masuk kembali ke istana, tetapi pengawal menghalanginya dari masuk ke istana itu.
Dengan langkah longlai, lelaki tabligh itu berasa sangat sedih akan kehilangan anak lelaki dan isterinya. Malah cucunya yang masih kecil itu juga turut terkorban. Lelaki tabligh itu terbayang wajah cucunya Putera Muhammad yang sangat comel. Air matanya gugur satu persatu. Malam itu selepas pulang dari masjid, lelaki tabligh itu berkumpul dengan beberapa pengikutnya yang datang dari Madinah.
"Benarkah Puteri Sabiya bersama lelaki muda itu di Madinah?"Soal lelaki tabligh itu pada pengikutnya yang baru pulang dari Madinah itu.
"Benar tuan Guru. Mereka berdua, tetapi Puteri Sabiya di temani oleh seorang perempuan tua. Mereka tidak ada melakukan perbuatan yang tidak baik. Lelaki itu cuma pengawal peribadi dan pilot kapal terbang persendiriannya sahaja" Lapor pengikutnya. Lelaki tabligh itu mengangguk-angguk tanda faham.
"Sahaya rasa, sahaya perlu pulang ke India. Isteri, anak dan cucu sahaya sudah tiada lagi di dunia ini"Kata lelaki tabligh itu perlahan.
"Kenapa Tuan Guru mahu pulang ke India. Sedangkan landasan keretaapi ini masih belum siap lagi"tanya pengikutnya.
"Sahaya sudah tiada sesiapa lagi di sini. Seluruh waris sahaya telah Allah ambil. Sahaya di uji dengam begini hebat" ujar lelaki tabligh itu. Pengikut-pengikutnya yang baru pulang dari Madinah itu tercengang-cengang dengan jawapan guru mereka.
"Apakah yang Tuan Guru maksudkan? Anak tuan guru, Zarith telah meninggal dunia?adakah isteri dan cucu tuan guru juga telah tiada?"soal pengikutnya terkejut. Lelaki tabligh itu mengangguk angguk. Air mata lelakinya gugur satu persatu.
"Innalillahhiwainnalillahhirojiun"ucap mereka beramai ramai.
"Seluruh ahli keluarga sahaya telah berkubur di lautan...."kata lelaki tabligh itu mengesat air matanya. Dia hampir hilang sabar dengan ujian tadi. Dan dia bergaduh dengan Sultan.
"Tapi tuan guru, Puteri Sabiya sedang mengandung!"Kata salah seorang pengikutnya yang baru pulang dari Madinah itu.
"Mengandung...maksudnya bayi itu anak Zarith?"Soal lelaki tabligh itu. Matanya kembali bersinar.
"Kami pasti itu cucu Tuan Guru kerana bayi itu sudah berusia tujuh bulan dalam kandungan puteri itu" terang pengikut lelaki tabligh itu. Lelaki tabligh itu mengusap dadanya. Dia memeluk pengikutnya itu.
"Bayi itu sangat penting bagi sahaya. Putera Muhammad telah tiada, seluruh keluarga sahaya telah tiada. Sahaya mahukan bayi itu..."Putus lelaki tabligh itu sambil memandang pada pengikut pengikutnya. Mereka mengangguk angguk tanda setuju.
"Sahaya mahu kamu berdua menjaga Puteri Sabiya dari jauh. Sahaya tidak mahu terjadi apa apa kepada bayi yang dikandungnya"Pesan lelaki tabligh itu. Kedua orang pengikutnya mengangguk angguk tanda faham. Kemudian esoknya kedua pengikutnya terpaksa kembali ke Madinah untuk menjaga Puteri Sabiya dari jauh atas arahan tuan guru mereka.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now