Bab 9

28.6K 514 2
                                    

Edward berdiri di depan cermin sambil membetulkan rambutnya itu..Jaket hitamnya dicapai lalu dipakai di tubuhnya itu..Kunci kereta yang berada di atas meja dicapai dan terus berlalu keluar dan masuk ke dalam perut keretanya..

Edward masuk ke dalam club dan duduk di tempat vvip..Seorang pelayan datang dan menghulurkan segelas wine kepada Edward..Sedang Edward menikmati minumannya, Laura datang dan melabuh duduk di tepi Edward..

"Hai Ed..Lama tak nampak dekat kelab ni.."

Sapaan Laura itu langsung tidak dilayan oleh Edward..Melihat kebisuan Edward, Laura beralih kedudukannya dan duduk menghadap Edward..Edward memandang Laura dengan pandangan yang tajam..

"I dengar you heret betina lain masuk hotel.."

Kata-kata Laura itu berjaya menarik perhatian Edward..Edward memandang Laura dengan pandangan yang tajam..Edward segera berdiri untuk berlalu pergi..

"Not your problem.."

Apabila mendengar jawapan Edward, Laura sempat ketawa sinis..Pergelangan tangan Edward dipegang..

"You hak I Ed..Tak ada perempuan lain yang boleh sentuh you kecuali I.."

Kata-kata Laura itu betul-betul menaikkan kemarahan Edward..Edward segera merentap tangan Laura yang memegangnya itu..

"Jangan merepek la Laura..!"

Edward segera berlalu meninggalkan Laura..Laura mendengus kuat apabila mendengar kata-kata Edward itu tadi..Sisa wine Edward yang berada di dalam gelas diatas meja itu ditelan dengan rakus sebelum beredar dari tempat vvip itu..
***

Lucas yang melihat pergaduhan antara Edward dan Laura tadi segera menahan Laura apabila Laura menghampirinya itu..

"Hey Laura..Kenapa masam sangat ni..Senyum la sikit.."

Lucas memegang dagu Laura dan mencium pangkal leher Laura yang berdiri di depannya itu..Laura hanya membiarkan sahaja Lucas mencium lehernya itu..

"Si Edward tula..Aku dengar cerita dia heret betina lain masuk hotel.."

Lucas ketawa kecil mendengar kata-kata Laura itu..Laura yang melihat Lucas mentertawakannya itu terus memijak kasut Lucas dengan kasut tumit tingginya itu..

"Arghhh..Okey-okey..Aku mintak maaf okey..Hermm..memandangkan kau tengah marah sekarang..Aku akan layan kau untuk malam ni okey..Lets play with me my dear.."

Lucas segera mencium tangan Laura dengan lembut..Laura tersenyum manis melihat sikap romantik Lucas itu..Mereka akhirnya berjalan beriringan menuju ke dalam bilik untuk memuaskan nafsu mereka
                            ***

Pagi yang indah,Edward yang baru balik dari joggingnya itu segera melangkah masuk ke dalam rumah apabila melihat pintu rumahnya terbuka luas..Edward menyangka bahawa Elviana telah lari dari rumahnya itu..Tetapi sangkaannya itu meleset apabila melihat Billy dan Alex yang sedang bersembang di ruang tamu rumahnya itu..Edward segera menghampiri mereka..

"Baru nampak muka korang..Korang pergi mana dua tiga hari ni tak datang rumah aku..Biasa muka kau aje yang menyemak dekat sini.."

Alex dan Billy segera berpaling ke arah Edward itu..Edward segera menghampiri mereka berdua..

"Aku macam biasa la Ed..Papa aku hantar aku ke Macau..Attend meeting dekat sana.."

Alex menjawab soalan Edward itu..Billy sempat mengeluh dan menjawab soalan Edward itu..

"Aku ada je..Tak sempat la datang sini..Banyak sangat kerja dekat office.."

"Alex!..Billy..Jom makan.."

Perbualan mereka terhenti apabila Elviana memanggil mereka untuk makan..Langkah Elviana terhenti apabila melihat Edward merenung ke arahnya itu..Muka Elviana terus bertukar menjadi pucat..

"Err..Edward..Jom la makan sekali.."

Elviana mengajak Edward untuk makan pagi bersama mereka..Edward menuju ke ruang makan dan segera menarik kerusi lalu melabuh duduk..Begitu juga dengan Billy dan Alex..Elviana segera meletakkan makanan ke dalam pinggan mereka bertiga..Edward hanya memerhati tingkah laku Elviana itu..Elviana sesekali memandang Edward dengan muka yang ketakutan..

"Bro..Rilex la..Jangan la pandang El macam tu.."

Alex yang perasan akan pandangan Edward itu segera menegur perlakuan Edward itu..Edward terus memasukkan makanan ke dalam mulutnya tanpa menghiraukan kata-kata Alex itu tadi..
Elviana segera mengambil jus oren yang berada di dalam peti dan segera dibawa ke meja makan..

Sedang Elviana hendak menuang air ke dalam gelas Edward..Tiba-tiba kotak air itu tergelincir dari tangan Elviana disebabkan tangan Elviana menggeletar ketika hendak menuang ke dalam gelas Edward..

"Arghh..Elviana!!!.."

Edward menjerit menyebut nama Elviana apabila jus oren itu tumpah ke atas seluarnya..Habis basah seluar Edward disebabkan jus oren yang tertumpah itu..Mujurlah Edward belum mandi lagi selepas pulang lari jogging..

"Edd..Sabar Ed..El tak sengaja tu."

Billy cuba memenangkan Edward yang sudah mula berubah menjadi singa itu..Terhinjut bahu Elviana apabila di jerkah oleh Edward..Edward segera mencengkam rambut Elviana itu..

"Edward..Sakit..Maafkan saya.."

Elviana sudah menitis air mata apabila Edward menarik rambutnya itu dengan kuat..Billy dan Alex sudah berdiri dek kerana terkejut dengan perbuatan Edward itu..

"Ed..Sabar Ed..Sabb....,"

"Kau diam sial..Sebelum kau berdua aku belasah..Baik kau blah sekarang!..Aku cakap blah!!"

Kata-kata Alex itu tadi terhenti apabila dipotong oleh Edward..Mereka berdua juga dihalau oleh Edward..

"Maaf El..Kami pergi dulu.."

Tanpa membuang masa,Alex dan Billy segera meninggalkan rumah agam milik Edward itu..Bukan mereka tidak mahu menolong..Tapi mereka sudah masak dengan perangai Edward..Takkan ada orang yang mampu menenangkan kemarahannya itu..

BLACK LOVE✔️Where stories live. Discover now