Bab 18

24K 412 1
                                    

Edward yang sedang menuruni tangga melihat Elviana yang sedang asyik memasak di dapur itu..Edward yang menuruni tangga itu segera berjalan perlahan-lahan menghampiri dapur rumahnya itu..Sampai saja dibelakang Elviana, tangan nakalnya terus menjalar ke pinggang ramping milik Elviana itu..Elviana yang terkejut itu segera menoleh ke belakang..

"Selamat pagi sayang.."

Edward mengucapkan selamat pagi kepada Elviana itu lalu dikucup lembut belakang leher Elviana..Elviana memandang wajah Edward itu dengan senyuman yang manis..

"Selamat pagi...Awalnya bangun pagi ni..Bukan kerja pun hari ni.."

Elviana membalas kembali ucapan Edward dan bertanya kepada Edward..Edward memandang Elviana dengan muka yang menggoda..

"Dah sayang tak ada dekat tepi..Bangun awallah.."

Edward menjawab soalan Elviana itu lalu bibir munggil Elviana dicium..Elviana turut membalas ciuman Edward itu sambil matanya dipejam..Sedang mereka bercium,Kedengaran bunyi deheman seseorang..

"Ehemm.."

Apabila mendengar bunyi deheman seseorang,Elviana segera membuka matanya itu..Begitu juga dengan Edward..Edward segera berpaling ke arah pemilik deheman itu..Kelihatan Alex dan juga Billy berdiri di ruang makan yang berhampiran dengan ruang dapur itu..Billy di tepi Alex hanya menahan ketawanya itu..

Satu keluhan kuat dilepaskan oleh Edward..Edward segera melepaskan tangannya yang berada di pinggang ramping milik Elviana itu..Elviana yang malu itu segera menyambung memasak kembali...

"Korang ni main terjah aje rumah orangkan..Aku tembak kepala tu kang baru tahu.."

Edward membidas Alex dan Billy itu..Satu jelingan maut juga dihadiahkan oleh kawan-kawannya itu..Alex dan Billy masih lagi tersenyum seperti kerang busuk melihat Edward itu..

"Manalah aku tahu kau tengah beromen dengan El..Kalau aku tahu aku tak datang kacau korang.."

Billy memberi jawapan kepada Edward..Alex yang ditepi mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan tanda setuju..

"Kau buat apa datang rumah aku pagi-pagi ni?..Ada hal apa?.."

Edward menyoal Billy dan Alex itu sambil menarik kerusi di ruang makan itu untuk melabuh duduk..Alex dan Billy turut menarik kerusi dan melabuh duduk..

"Saja datang sini..Nak makan masakan El.."

Alex memberi jawapan dengan muka bersahaja..Langsung tidak ada riak wajah malu dimuka mereka..Edward terus memandang wajah sepuluh sen milik Billy dan Alex itu dengan dahi yang berkerut..

"Ewah..Ewah..Ewah..Sedap kau aje eak datang rumah aku nak makan masakan El..Banyak cantik muka kau.."

Meletus ketawa Billy dan Alex mendengar kata-kata Edward itu..Siapa sangka Edward yang dulunya hanya bercakap mengenai hal-hal tertentu sahaja kini sudah pandai bercakap mengenai hal-hal peribadi..

"Dah-dah..Tak payah gaduh-gaduh..El memang ada masak lebih pun ni.."

Elviana yang dari tadi hanya menjadi pendengar di dapur itu mula membuka bicara sambil membawa makanan ke ruang makan..masakannya itu diceduk dan diletakkan ke dalam pinggan Edward,Alex dan Billy..Selepas meletakkan makanan kepada 3 ketul lelaki itu,Elviana segera melabuh duduk disamping Edward..

"Ermm..Sedapnya..Masakan El tak pernah mengecewakan...kan Lex.."

Billy memuji masakan Elviana dengan penuh makanan di dalam mulutnya..Alex mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan setuju dengan kata-kata Billy itu..Edward menjeling ke arah Billy dan Alex itu..Alex dan Billy segera tersengeh seperti kerang busuk itu apabila melihat jelingan maut Edward..

"Nanti kalau nak makan datang aje sini..El boleh masakkan untuk korang..Lagipun bosan la duduk rumah tak buat apa-apa.."

"Haaaa...Bagus sangat idea tu El..Nanti kita orang selalu datang makan dekat sini.."

Alex segera bersetuju mendengar kata-kata Elviana itu..Billy langsung tidak menghiraukan mereka itu dek kerana terlalu asyik menikmati makanan..Elviana hanya tersenyum manis apabila mendengar kata-kata Alex itu..
                            ***

Selepas selesai makan,Edward ,Billy dan Alex segera menuju ke pangkin kecil yang berada berdekatan dengan kolam renang di rumah Edward itu..Elviana pula berada di dapur memcuci pinggan mangkuk yang digunakan ketika makan tadi..

"Apa cerita Ed..Pasal hal dekat supermarket hari tu.?.."

Billy mula bertanya kepada Edward..Edward melepaskan keluhan..Muka Alex dan Billy dipandang silih berganti.

"Macam yang aku beritahu kau semalam..Aku tak nak cakap dekat sini pasal hal ni.."

Edward memberitahu kepada Billy dan Alex..Edward tidak mahu hal tersebut mengganggu fikiran Elviana sekiranya Elviana mendengar mereka berbincang hal tersebut..Alex dan Billy hanya menganggukkan kepala mereka apabila mendengar kata-kata Edward itu..

"Oh ya..Hari tu El ada bagitahu pasal korang terserempak dengan Laura masa keluar makan.."

Edward menyandar kepalanya di tiang pangkin itu apabila mendengar soalan dari Billy itu..Lagi satu keluhan kecil dilepaskan

"Ye..Laura hampir-hampir je nak tampar El.."

"Serius doo..Hampir-hampir nak kena tampar..Kasar betul mainan Laura sampai nak tampar bagai.."

Alex dan Billy betul-betul terkejut mendengar kata-kata Edward itu..Edward mengangguk-angguk kepalanya kepada Billy dan Alex itu..

"Aku pun tak tahu dari mana betina tu tahu aku heret El ke hotel.."

Melopong mulut Billy dan Edward mendengar kata-kata Edward..Edward yang perasan akan keterlanjuran kata-katanya itu segera memukar topik..

"Dah kau ni tak reti-reti nak blah lagi ke dari rumah aku ni.."

Tapi sayang..Terlajak perahu boleh diundur..Terlajak kata kau jawab la sendiri Edward oii..

"Kau heret El masuk hotel..Patut la kau berubah sayangkan dia sekarang ni..Hebat betul penangan El ni.."

Billy dan Alex sudah mula mengusik Edward sehinggakan muka Edward merona merah..Meletus ketawa Billy dan Alex apabila melihat reaksi muka Edward itu...

BLACK LOVE✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora