Epilog

212 4 0
                                    

Suasana di KLIA sentiasa sibuk seolah-olah masa akan berhenti. Masing-masing perlu menuju ke destinasi yang tertentu. Walaupun bukan pada hari cuti, tapi kawasan ini penuh dengan figura manusia. Ada yang berkeluarga, ada yang berseorangan dan ada yang sedang menunggu seseorang. Mungkin orang tersayang barangkali.

Ragam-ragam manusia di pandangan membuatkan Iryana Shahliena tersenyum sendirian. Cermin mata hitam yang menutup matanya memudahkan dirinya melihat sekeliling tanpa di sedari sesiapa. Sambil menunggu di kerusi rehat, matanya tercari-cari orang tersayang. Hampir lima tahun dia meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pelajaran di kota London sebelum bekerja di kota cinta, Paris. Selama itu juga dia meninggalkan peristiwa hitam yang menggari hatinya untuk mencintai insan bernama lelaki lagi. Selepas peristiwa hitam itu, dia melarikan dirinya dari semua orang termasuk kawan baiknya, Sofea. Apa khabar agaknya gadis itu? Hatinya amat merindui kawan rapatnya yang hampir dua dekad bersama.

"IBU!!" jerit seorang budak lelaki dari jauh. Iryana pantas melihat gerangan yang memanggil. Tersenyum lebar bibirnya bila melihat 'kekasih hati' berlari-lari mendekatinya. Iryana mendepakan tangan sebelum memeluk erat kanak-kanak itu.

"Rindunya anak ibu!" ucap Iryana gembira. Habis satu muka budak itu dicium. Air mata mula bergenang bila akhirnya dia dapat melepaskan rindu yang hampir setahun terpaksa menahan semata-mata untuk menamatkan semester akhir.

"Ibu! Lepas ni ibu dah tak duduk kat Paris lagi, kan?" soal anak kecil itu. Iryana mengangguk dan terus memeluk kembali anaknya.

"Ya, sayang! Ibu dah tak duduk dekat situ lagi. Ibu dah tak sanggup nak jauh dengan anak ibu yang hensem ni!" Pipi Ryan di cubitnya geram sebelum memeluk anaknya.

"Dekat sini rupanya kamu, Ryan! Penat Mak Su cari. Aduh! Patah kaki aku lari dengan kasut tinggi ni!"

Iryana menoleh ke belakang bila mendengar suara di belakang. Terus dia tersenyum bila kembarnya tersandar lemah di kerusi menunggu sambil membuka kasut tumit tingginya. Dengan selamba dia berkaki ayam memijak lantai yang sejuk untuk meredakan sakit kakinya. Dadanya turun naik menahan penat.

"Yang kau lari dah kenapa? Kau kena sedar yang sebenarnya kau tu dah gemuk, tau? Dah la kaki tu busuk, lagi nak di tayangnya! Euwww!" tegur seorang lelaki dari jauh sebelum berdiri di sebelah Shahliena. Sengaja lelaki itu menutup hidungnya untuk menyakat adik bongsunya.

Tengku IryanaSyaida memberi pandangan tajam. "Siapa yang suruh abang bau? Dia yang tak sedar kaki dia lagi busuk dari kaki orang lain. Rendam dalam tasik, terus terapung ikan-ikan tu semua. Sisa toksik, la katakan?!" balas Tengku Syaida balik.

Tengku Irzad Syuqrie tidak menghiraukan kata-kata Tengku Syaida. Dia berhenti betul-betul di hadapan Iryana yang turut berdiri sambil memeluk erat anaknya. Iryana tersenyum.

"Welcome home, dear." Ucap Tengku Irzad gembira. Lalu mendepakan tangannya..

Iryana memberikan satu pelukan untuk abang kandungnya. "Thank's. How are you?  Still single or you are a married man now? Don't say you're still alone." Soalnya.

"Macam mana nak jawab, ek? Hmm.." Tengku Irzad memegang dagunya.

"Abang! Kenapa tak cari lagi?! Nak tunggu Ryan ni dah kahwin ke baru abang nak cari? Come on, abang! Tak payah la nak tunggu bidadari syurga turun baru abang nak kahwin." marahnya.

"Kalau boleh macam tu, apa salahnya?" jawab Tengku Irzad selamba.

"Kak! Dia ni memilih sebenarnya. Nenda dah cari calon dah pun, dia tolak mentah-mentah, kak. Dengan alasan, not my taste! Tak ada ciri-ciri yang dia nak. Kuno gila alasan dia!" sampuk Tengku Syaida dari belakang.

Seindah MimpiWhere stories live. Discover now