3

64 2 0
                                    

Selesai mengemas dapur, Farah duduk bersantai di atas pangkin yang di bina oleh suaminya. Sambil menikmati angin malam yang sedikit sejuk, matanya melihat ke arah langit. Bibirnya menguntum senyum melihat kekuasaan Allah s.w.t yang cantik terbentang luas.

Dalam menikmati keindahan itu, fikirannya mula teringat dengan soalan dari Kamal kepada Iryana petang tadi. Nama-nama yang cuba dilupakan kini di sebut lagi. Setiap kali dua nama itu disebut, hatinya menjadi sakit. Parut luka dalam hatinya masih lagi pedih dengan apa yang mereka lakukan padanya dulu. Peristiwa yang mengubah seluruh kehidupannya mula terbayang di ruang mata.

4 tahun lepas...

"Engkau ni anak sial!!" 

Pang!! Pipi Farah di tampar dengan kuat oleh Datin Suraya. Tanpa rasa belas kasihan, rambut ikal miliknya di rentap kasar lalu di tarik hingga ke pintu bilik.

"Sakitt, ma!! Tolong ma! Sakitt" rintih Farah bercampur dengan esak tangisnya.

"Kau ingat, lepas kau dah buat maksiat depan mata aku, aku nak bagi rasa simpati dekat kau! Puihh!!" Datin Suraya meludah ke arah Farah lalu di heret dengan kuat tubuh Farah hingga ke tangga. Tubuhnya di baling ke lantai. 

Dalam keadaan kepalanya sakit di rentap, kaki Datin Suraya di peluknya erat. "Mama!! Farah tak pernah buat semua tu, ma! Abang Kamal selamatkan Farah dari di perkosa, ma! Ada orang masuk bilik Farah! Dia nak perkosa Farah tapi abang Kamal selamatkan Farah! Farah tak salah, mama! Farah tak salah!!" rintihnya sambil menceritakan hal sebenar. Esak tangisnya bergema di pelusuk rumah besar itu.

Sebaik saja dia mendengar cerita sebenar dari Farah, Datin Suraya memegang muka Farah dengan kasar. Senyuman sinis di berikan kepada Farah. 

"Kalau betul kau nak kena rogol, kenapa aku tak dengar kau menjerit minta tolong?! Kau cakap dengan aku, sekarang!! Ohh..kau dah sedap lepas tu kau nak menipu!! Dah pandai nak menipu!!" Farah di tengking lalu di tolak ke belakang dengan kuat. 

Ketika itulah Farah nampak Kamal di pukul dengan kayu oleh papanya, Datuk Zulkifli. Muka kamal sudah di limpahi darah yang menitis dari mulutnya serta dahi.

"Papa! Jangan pa! Jangan pukul abang Kamal! Dia tak bersalah! Papa!!" jerit Farah sambil merayu.

"Kenapa?! Kau nak selamatkan kekasih kau?! Mari sini aku bawa kau!" Terus rambut Farah di rentap sekali lagi. Hampir tersungkur Farah di tangga bila di perlakukan sebegitu rupa. Sampai saja ke bawah, tubuh Farah di campak bersebelahan dengan Kamal. 

Melihat keadaan Kamal yang lemah di belasah papanya, tangisan Farah makin kuat. Sayu melihat manusia yang selamatkan maruahnya di ragut di perlakuan sebegitu rupa. Dalam keadaan dia menangis, dia nampak kayu yang di pegang Datuk Zulkifli di angkat tinggi mahu memukul Kamal, dengan pantas kaki Datuk Zulkifli di peluknya.

"Papa! Jangan pukul Kamal lagi! Dia tak salah! Farah merayu pada papa! Tolong!! Jangan sakitkan Kamal lagi!" 

Sakit hati mendengar rayuan Farah, tanpa ada rasa kasih dan sayang, tubuh yang pernah di sambut ketika kelahiran itu di tendang dengan kuat oleh Datuk Zulkifli. Terpelanting tubuh Farah ke belakang. Farah menyeringai kesakitan hingga matanya tertutup menahan sakit pada abdomen perutnya. Darah pekat mula mengalir dari celah bibir.

"Aku haramkan kau panggil aku papa! Saat engkau buat perkara jijik tu, engkau langsung tak fikir pasal aku! Dalam rumah aku, engkau buat perangai! Dengan si budak sial ni jugak!" tengking Datuk Zulkifli.

"Paa..Far..Farahhh tk..tkkk..tak buat pa. Aban...abanggg Kamal selam...selamatkan Farah dari di perkosa. Tolong, pa! Percayakan Farah!" Dalam keadaan sakit, dia cuba untuk bersuara. Di gagahkan juga tubuhnya untuk bangkit.

"Tak habis-habis dengan cerita palsu lah!! Mari sini kau!!" Geram melihat Farah cuba mempertahankan diri, Datin Suraya menarik tubuh gadis itu ke pintu utama. Dalam masa sama, Datuk Zulkifli jugak menarik tubuh Kamal. Dalam keadaan sakit di pukul, mereka berdua di campak ke laman rumah tanpa menghiraukan air hujan yang lebat.

"Mulai hari ini, Auni Farahana, engkau bukan lagi sebahagian dari hidup aku!Haram bagi kau untuk makan harta aku! Aku tak pernah bela anak sial macam kau! Berambus kau dari sini! Berambus!!" tengking Datuk Zulkifli. Datin Suraya di sisi menarik tangannya masuk ke dalam rumah. Pintu di hempas dengan kuat.

Terhambur segala esak tangisnya hingga tersembam dirinya di atas jalan batu itu. Air hujan malam itu langsung tidak di hiraukan. Kamal di sisi mula mendekati. Dalam keadaan dia yang parah dipukul, di gagah juga untuk duduk di sisi gadis itu.

"Maafkan, abang Kamal! Abang tak mampu melindungi kamu."

Dalam tangisan, Farah membalas renungan Kamal. Dia tahu lelaki itu tak salah. Dan dia tak mahu lelaki itu rasa bersalah. Farah merenung semula pintu utama rumah sebelum melihat pada Kamal semula. Ketika itu, hadir satu kekuatan baru dalam diri Farah. Bersusah-payah dia cuba berdiri sambil membantu Kamal. Farah memapah tubuh Kamal.

"Kakak!"

Kembali ke masa kini...

"Kakak! Kau buat apa duduk sorang-sorang dekat luar?!" jerit Iryana dari muka pintu rumah.

Terus tersedar Farah dari lamunannya. Tanpa di sedari, air matanya mengalir di pipi. Pantas dia menyeka pergi. Ingatannya pada masa lalu hilang sekelip mata. Sekali lagi Iryana di lihatnya. Nasib baik keadaan situ gelap. Tak adalah Iryana nampak dia menangis.

"Woi! Monyet! Apa pasal kau duduk dalam gelap ni? Tak pasal-pasal nanti kena ngorat dengan tauke gula-gula!" ujar Iryana celupar. Dia melabuhkan punggungnya di depan Farah.

Pantas tangan Farah menampar bahu Iryana. Geram dengan keceluparan adiknya.

"Engkau ni. Benda dari tak ada jadi ada nanti. Masa tu, aku suruh tauke gula-gula tu kahwin dengan kau. Padan muka!" marah Farah sambil memakai seliparnya. Dia tahu, tauke gula-gula yang di sebutnya adalah hantu bungkus a.k.a pocong. Bergegas dia melangkah masuk ke rumah.

"Wehh! Baru nak lepak sekali! Kak! Kak Farah!!" jeritnya kuat tanpa hiraukan orang sekeliling. Farah terus masuk ke dalam rumah dan terus hilang dari pandangan.

"Ishh! Baru nak lepak! Apalah kak.." bebelannya terhenti bila semak berdekatan di gerak sesuatu. Seolah-olah ada sesuatu berjalan di situ. Dia hanya melihat menggunakan hujung mata. Kakinya sudah bersedia untuk berlari. Bila pergerakkan dalam semak itu makin rancak, mencicit Iryana berlari ke dalam rumah.

"Makk! Aku tak nak kauu!!" jerit Iryana.

Tanpa sedar, benda yang bergerak di dalam semak tadi sebenarnya dua ekor kucing yang rancak bermain-main di situ. Dari luar, kecoh suara Iryana menceritakan apa yang baru dia alami tadi.

><><><><><><><><><><><

Hai guys, Maaf kalau episod ni tak memuaskan..

Kalau sis ada masa, sis sambung lagi..

Lagi satu, jangan lupa voted dan komen pendapat korang..

Love, Budak Kurita..

Seindah MimpiWhere stories live. Discover now