𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝕬

439 33 78
                                    

Tepat pukul 11.59 malam kakiku melangkah laju ke luar rumah menuju ke arah hutan yang terletak di seberang sungai di hadapan rumahku. Dengan berkaki ayam aku berlari meredah dingin malam bersama rambut yang di biar bebas mengurai menyentuh pinggang.

Skirt yang melilit di pinggang beralun seiring dengan langkahku yang semakin laju.

Kedengaran bunyi deruan air terjun semakin mendekat menandakan tempat itu sudah tidak jauh.

Melepasi beberapa batang pokok yang tinggi dan akhirnya aku mendarat di atas sebuah batu besar yang terletak di hadapan air terjun itu.

Langit malam yang sepatutnya pekat dengan kegelapan  kelihatan sungguh berkilauan dengan cahaya bintang yang bersinar.

Subahanallah.

Betapa indahnya pemandangan yang aku lihat. Aurora. Untuk seketika aku terleka memerhati keindahan itu. Cahaya yang hijau-hijauan serta sedikit ungu. Amat indah di mataku.

Mulut tidak berhenti meluah rasa kagum dengan landskap yang terbentang di depan mata.

Alangkah indahnya jika aku mampu dilahirkan semula di dunia ini sebagai aurora.

Menjadi tatapan ribuan mata yang memandangku dengan rasa kagum. Ahh. Seronoknya. Akan tetapi mungkin dalam kehidupan ini aku ditakdirkan sebagai manusia.

GROARR

Leka aku memerhati keindahan alam itu telinga aku menangkap bunyi binatang yang mengaum.

Kedengaran tapak kakinya yang semakin mendekat di belakangku. Cepat-cepat aku mengelakkan diri ke sebelah kiri.

Pap

Binatang berbelang itu terus jatuh tersungkur di hadapan aku.

Aku menekup mulutku menahan diri daripada ketawa namun tawaku terlepas setelah melihat reaksi binatang berbelang itu seperti tidak puas hati.

" hahah padan muka kau Belang. Kau ingat aku terkejut?" Aku gelak jahat sambil menghempas badanku ke arahnya dan menggosok perut nya. Sengihku melebar saat aku mendengar mulutnya mengomel tidak puas hati. HAHAHAHA. Kesian kau belang.

Aku terus berbaring di atasnya sambil kembali melihat ke arah aurora di atas.

" Kalau umi dengan abi masih ada mesti best kan Lang?" Aku mengeluh.

Belang mengaum lemah. Aku tak tahu apa yang terjadi dengan umi dan abi. Yang aku tahu umi dah janji yang dia akan balik tapi sampai sekarang umi tak muncul. Setengah dari hati aku masih berharap yang umi akan balik tapi setengah dari hati aku rasa yang umi memang takkan balik langsung. Namun aku bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup bersama kedua ibu bapaku walau hanya sementara.

Hatiku berasa sayu apabila terimbas kembali memori bersama mereka sejak 15 tahun yang lalu.Umi dan abi selalunya akan bawa aku untuk tengok aurora dan habiskan masa yang lama bersama dekat air terjun ni. Saat terindah yang tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila.

Setelah aku merasa kedinginan malam yang semakin terasa menyentuh kulitku yang hanya memakai baju kemban berwarna merah dan skirt yang melebihi paras lutut berwarna putih aku terus berdiri untuk beredar.

The CurseWhere stories live. Discover now