𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝕭

196 17 43
                                    

Jamuan tengah hari berakhir dengan sungguh janggal. Aku yang pada mulanya sungguh lapar terus hilang selera makan setelah melihat wajah Raja itu.

Hairan. Hatiku masih terasa seperti aku pernah melihatnya. Namun aku tidak ingat. Mungkin aku pernah nampak dia dalam mimpi? Mungkin.

Kini aku sedang berada di sebuah pondok sederhana besar yang terletak di hadapan istana ini. Pondok ini begitu selesa dilengkapi dengan kerusi kayu jati di tengahnya dan terdapat dua buai yang tergantung dari atap pondok itu.

Pemandangan dari pondok ini hanya menampakkan halaman istana yang luas sehingga tembok pagar yang tinggi menutupi seluruh istana ini. Halaman ini dihiasi dengan begitu cantik sekali seperti tema kayangan. Putih dan kehijauan.

Apa yang ada diluar istana ini? Aku tak tahu.

Leka aku memerhati  pemandangan ini sehingga tidak sedar seseorang sedang memerhatiku dari belakang.

"Ehem... Assalammualaikum."

Macam ada orang bagi salam. Argh. Buat-buat tak dengarlah.

"Ehem-ehem... Assalammualaikum sis"

Pantas aku menoleh ke belakang sambil menjawab salam empunya suara tadi dengan nada yang geram. Siapa lagi kalau bukan jejaka yang diberi nama Naufal.

"Buat apa kat sini?"

"Tengah panggang babi ni tak nampak ke?" Jawabku dengan suara mendatar dan wajah yang kosong.

"Hish. Kau bernasib baik bonda tak ada kat sini. Kalau dia dengar apa kau cakap—

Dia hanya menggeleng kepalanya sambil menjalankan ibu jarinya dari hujung leher kiri ke kanan bermaksud mampuslah kau.

Malas mengendahkan jawapannya itu aku terus sahaja melihat ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di pondok yang bertentangan dengan pondok yang aku duduki kini.

"Kenapa kau culik aku?"

"Eh. Pertama sekali aku tak culik kaulah."

"Habis tu? Siapa lagi yang tahu keberadaan rumah aku selain engkau?!"

Aku membidas sambil mendekatkan wajahku dengannya. Yang peliknya dia langsung tidak berganjak. Jadi aku terus membelakangkan wajahku kembali. Aku berdehem seketika sebelum kembali melihat kanak-kanak itu.

"Kau... gadis yang aku perlu cari tu kan? Sebab hanya kau seorang sahaja manusia yang tinggal di dalam hutan tu."

"Kalau ya kenapa? Apa urusan yang aku ada dengan kau? Dengan istana ni? Hantar aku balik. Ini bukan tempat tinggal aku." Mataku masih menghala ke arah kanak-kanak yang sedang bermain masak-masak di pondok hadapan.

"Urusan itu mungkin kau patut tanya abang aku a.k.a kakanda aku. Dan untuk hantar kau balik tu... pun kau perlu berurusan dengan kakanda aku. Sebab dia yang arahkan kami semua untuk cari kau."

"A...k...a? Apatu? Aka?" Dengan wajah yang keliru aku menoleh ke arahnya. Lagi sekali bahasa apa entah yang dia gunakan.

"A.k.a tu short form untuk also known as lah. Takkan tu pun tak tahu?" Dia menjawab dengan yakin.

Reaksiku seperti biasa.. memandangnya dengan wajah yang penuh tak berperasaan. Biar dia faham aku malas nak melayan.

"Ops. Sorry...sorry ehh maaf . Aku lupa kau tak faham bahasa Inggeris." Dia menunjukkan reaksi yang serba salah.

The CurseWhere stories live. Discover now