𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝕮

193 20 35
                                    


*Not edited*

Seluruh ruang makan itu bertukar sunyi sepi namun Raja itu dan Naufal masih tenang saja di meja makan. Aku? Sudah tentu tergamam. Bakal isteri? Karut apa ni? Mungkin dia cakap pasal orang lain?Tapi dia sebut nama aku tadi. Atau Imani lain?

"Ariel Imani duduk."

Suara itu kedengaran tegas. Matanya memandang lurus ke arahku sebelum beralih ke arah kerusi itu.

Perlahan-lahan aku melangkah ke arah kerusi itu.

"Bb..bbetul ke kerusi ni untuk saya?"

"Ariel duduk jela. Bukan bontot kau hilang pun kalau duduk situ." Naufal berkata selamba.

Jelingan tajam aku berikan kepadanya. Macamla aku tengah cakap dengan dia. Kuat perasan.

"Duduklah Imani."

Terus aku perlahan-lahan duduk di kerusi itu apabila suara itu mulai kedengaran bosan menunggu.

Sebaik sahaja aku duduk Raja itu terus mengangkat tangan untuk membaca doa. Cepat-cepat aku mengikutnya.

Setelah mengaminkan doa yang dibaca tangan aku yang ingin mencapai sudu lauk terhenti apabila satu ketul ayam goreng telah diletakkan dalam pingganku.

Tangan itu datang dari depanku. Tersengih-sengih saja wajah itu apabila aku memandangnya.

"Apa? Bontot kau dah hilang?"

Terbeliak mataku. Baru saja tanganku ingin mencapai garfu di sebelah seseorang berdehem. Serentak itu tanganku terhenti.

Niatku untuk mencungkil biji matanya terbantut.

Tarik nafas. Sabar. Lebih baik kau makan je.

Selesai satu suapan nasi ke dalam mulut sayur bayam pula diletakkan di dalam pingganku.

Terpaku aku seketika. Sayur? Euwww. Aku tak suka sayur. Lagi-lagi bayam. Ambil sudu tolak sayur tu.

"Sayur ni bagus untuk kesihatan. Makan banyak-banyak pun tak apa."

Erk. Tarik balik sayur apabila suara itu berbunyi.

Dia cakap elok je tapi aku yang takut terlebih. Mula-mula aku ingatkan Naufal yang cedokkan untuk aku. Rupa-rupanya orang lain.

Ambil satu tangkai bayam. Campur dengan nasi banyak-banyak. Telan.

Wekk.Yuck.

Pahitnya.

Tak boleh jadi ni. Aku mesti tolak.

"Saya tak suka makan sayur. Saya benci sayur."

Aku perasan bahu Naufal terhinggut sedikit seperti menahan gelak.

"Belajar untuk suka makan sayur. Sebab akan ada suatu hari nanti kita akan kekurangan sumber protin."

Aku menoleh.

Aiseh.

Wanita tua ni lagi.

"Biarkan saja dia. Nanti-nanti pandai la dia. Kalau tak pandai pun kena juga pandai."

The CurseWhere stories live. Discover now