Bab 2

22 6 5
                                    

Dengan malasnya aku melangkah masuk ke dalam bilik fotostet

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan malasnya aku melangkah masuk ke dalam bilik fotostet. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku ialah 'menyeramkan'.

Ya, bilik ini kelihatan sedikit menyeramkan. Takut pula aku nak duduk dalam bilik ni lama-lama. Aku harap mesin fotostet ini melakukan tugas dengan laju. So, tak perlulah aku stay lama-lama dalam bilik ni seorang diri.

Aku mengatur langkah ke arah mesin fotostet. Jariku menekan butang 1 0 0 0 di mesin fotostet itu. Okay done 1000 copy semuanya. Wahai mesin fotostet silalah lakukan tugas anda dengan baik.

Sementara menunggu mesin fotostet melakukan tugasannya, aku melabuhkan punggung ke atas kerusi panjang yang diletakkan di tepi dinding.

Tiba-tiba kejadian pagi tadi ketika aku terserempak dengan Jungkook di depan pintu bilik guru kembali terlayar di benak fikiranku membuatkan aku tersenyum seorang diri tanpa aku sedar.

Wahai Jeon Jungkook silalah notice kewujudan aku. Aku di sini sentiasa menunggu cintamu yang aku sendiri tahu bahawa perkara itu tidak akan berlaku.

Setelah hampir 15 minit menunggu, akhirnya mesin fotostet itu selesai melakukan kerjanya. Aku berjalan ke arah mesin fotostet lalu mengambil borang-borang yang sudah siap di copy sebanyak seribu helai. Dia punya tebal tu memang tak boleh bawa bincang.

Persoalannya di sini ialah bagaimana aku nak angkat semua borang-borang ni? Haih yang Puan Oh ni pun satu suruh aku buat kerja ni seorang diri. Dia fikir aku ni superwoman ke apa?

"Oh ya sebelum saya terlupa borang tu banyak so kamu bolehlah minta tolong kawan-kawan kamu yang lain ye." kata-kata Puan Oh pagi tadi kembali terngiang-ngiang di telingaku.

Okay aku tarik balik kata-kata aku tadi. Ya, Puan Oh ada suruh aku minta tolong daripada kawan aku yang lain. Tetapi malangnya aku tiada kawan. HAHAHAHA sedih sekali hidup aku. Huhu.

Dalam leka aku mengenang nasib aku yang malang dan sedih ini tiba-tiba pintu bilik fotostet dikuak dari luar dengan ganas membuatkan aku terkejut besar lalu dengan sepantas kilat aku berlari menyembunyikan diri di tepi mesin fotostet besar. Aku terpaksa duduk mencangkung kerana ketinggian aku lebih tinggi dari mesin itu.

Kejap, yang aku nak sembunyi ni kenapa? Bukan aku buat salah pun. Aku ada dalam bilik ni sebab aku nak fotostet borang yang Puan Oh bagi tu je. Hish Kim Taena kenapa kau ni noob sangat.

Baru saja aku ingin keluar dari tempat persembunyian tiba-tiba telinga aku menangkap satu bunyi esakan seorang lelaki sekaligus membantutkan niat aku. Kejap, siapa pula yang menangis dalam bilik ni? Lelaki pula tu. Jarang aku tengok lelaki menangis ni.

Dengan perlahannya aku bangun dari tempat persembunyian aku untuk melihat siapakah yang menangis di petang hari ini. Mataku terbuka luas sebaik saja melihat satu susuk tubuh seorang lelaki sedang duduk mencangkung sambil kepala tertunduk memandang lantai.

[OG]CRUSH DARI NERAKA[JJK]Where stories live. Discover now