Bab 4

15 4 4
                                    

"Siap!" ujarku separuh menjerit sebaik saja siap menyalin karangan yang diberikan Puan Oh. Hampir sejam aku menyalin karangan itu akhirnya siap juga.

Aku menutup buku latihan menulis karangan lalu mataku melihat ke arah cermin mata milik Taehyung yang berada di atas meja belajarku. Cermin mata bulat itu aku ambil lalu melihatnya lama.

Terima kasih Taehyung kerana selalu ada di saat aku memerlukan seseorang. Terima kasih juga Taehyung kerana percayakan aku dan tidak menganggap aku sebagai pembunuh seperti orang lain.

Walaupun omma kau tak benarkan kau berkawan dengan aku tetapi kau tetap ingkar dan tetap berkawan dengan aku. Terima kasih Taehyung. Aku bersyukur sebab ada sepupu sebaik kau.

Cermin mata milik Taehyung itu aku letak semula ke atas meja. Sekarang mataku beralih ke arah telefon pintarku yang turut berada di atas meja belajar.

Aku mula teringat bahawa petang tadi Jungkook melakukan sesuatu di telefon aku tetapi aku tidak tahu apa yang dilakukan lelaki itu.

Jariku laju bergerak ke sana sini di skrin telefon untuk melihat jika ada benda pelik yang dilakukan Jungkook.

Hurm. Pelik. Takde apa-apa pun yang berubah dalam telefon aku ni. Habistu apa yang dia buat dekat telefon aku tadi. Tak kan lah....

Tanpa berfikir panjang aku terus menekan aplikasi berbentuk telefon untuk melihat log panggilan.

Ddaeng! Jangkaan aku tepat sekali. Kelihatan ada panggilan keluar untuk nombor unknown.

Adakah ini nombor.....Jeon...... Jungkook? Dia call nombor dia guna nombor aku? Adakah dia bagi nombor dia secara tidak langsung? Tetapi kenapa?

Kejap. Aku tak salah tengok kan? Aku melihat nombor itu sekali lagi.

010XXXXXXXX        16:30

Betullah! Waktu ni aku duduk berduaan dengan Jungkook dalam bilik fotostet! Omg! Aku bahagia sebab dapat nombor crush aku. Dah la aku tak minta pun. Selalunya bila perempuan minta nombor Jungkook dia tidak bagi tetapi kali ni dia sendiri yang bagi nombor dia dekat aku.

HAHAHAHAHA. Aku bahagia kejap. Ni bukan mimpi kan. Tolonglah jangan katakan ini hanya mimpi. Kalau ini mimpi aku tak nak bangun.

Aku menggenggam kuat tanganku lalu dengan sepenuh tenaga aku layangkan penampar ke pipi aku.

Pang!

"Arghh!!"

Sakit. Ya, aku rasa sakit so ini bukan mimpi. Wah ini realiti. Oh my god aku dapat nombor telefon Jungkook la. Aku dapat nombor telefon crush aku!!

"Omg!! Aku bahagia arghhhh!!!" aku menjerit gembira sambil menyandarkan belakang ke kerusi dengan kuat.

Prak!

Kerusi kayu milikku yang sememangnya hampir nazak itu tiba-tiba patah dan aku pun....

Puk.

"Arghh." rintihku pelan akibat sakit kerana jatuh dari kerusi. Belakang badan aku rasa macam dah patah je.

Ini lah padahnya sebab gedik sangat. Haih Taena apa la nak jadi dengan kau ni. Gedik tu simpanlah sikit. Kan dah dapat padahnya.

Tetapi aku tak kisah. Walaupun aku sakit sekarang ni tetapi dalam masa yang sama aku bahagia. Siapa tak bahagia dapat nombor crush.

Aku menyimpan nombor Jungkook sebagai 'My Crush Jungkook💖💋'.

[OG]CRUSH DARI NERAKA[JJK]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum