Bab 5

23 3 4
                                    

 Aku berjalan ke arah bangku panjang yang disediakan di bawah pokok berdekatan dengan tempat latihan memanah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku berjalan ke arah bangku panjang yang disediakan di bawah pokok berdekatan dengan tempat latihan memanah.

Tujuan utama aku datang ke sini ialah untuk melihat encik crush berlatih memanah. Sudah dua hari aku tak nampak dia selepas kejadian aku nampak dia menangis petang tu.

Sampai sekarang aku tertanya-tanya apa yang buatkan dia menangis? Persoalan itu akan kekal bermain di fikiran aku selagi aku tak dapat jawapannya.

Tetapi aku tahu aku tak kan dapat jawapannya sebab memang tak lah aku nak tanya Jungkook dan memang tak lah Jungkook nak beritahu aku. Dia kenal aku pun tak. Entah-entah dia dah lupa muka aku.

Satu lagi persoalan yang turut bermain di fikiran aku ialah untuk apa dia bagi nombor telefon dia dekat aku? Arghhh!! Dia suka buat aku tertanya-tanya betullah.

Aku melepaskan nafas pelan. Malas nak fikir lagi. Dah Kim Taena lupakan semuanya. Baik tujuan asal aku ke sini ialah usha Jungkook! Ya usha crush aku.

Anak mataku laju bergerak ke sana sini mencari kelibat encik crush. Setelah beberapa saat penat mencari akhirnya mataku menangkap juga kelibat Jungkook.

Yeahh. Aku menjerit keriangan di dalam hati kerana berjaya mencari Jungkook. Wahai crush kesayangan, jujur aku katakan aku amat merinduimu~

Kelihatan Jungkook siap berpakaian sukan bewarna putih dan di tangannya memegang busur dan anak panah.

 Kelihatan Jungkook siap berpakaian sukan bewarna putih dan di tangannya memegang busur dan anak panah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melihat wajah sisinya. Kelihatan lelaki itu sedang memberikan sepenuh perhatiannya ke arah sasaran.

Arghh!!!! Fjjinsbusna. Dia begitu kacak!! Wahai Jeon Jungkook mengapa kau begitu kacak!! I love you Jeon Jungkook! Jadilah milik aku! Be mine please!!

Aku berfangirl seorang diri di dalam hati. Mataku masih setia melihat Jungkook yang sedang khusyuk berlatih memanah.

Buku lukisan yang aku turut bawa bersama dibuka. Aku mengalihkan sehelai demi sehelai kertas di dalam buku itu sampailah ke muka surat yang bersih dan kosong dari contengan.

[OG]CRUSH DARI NERAKA[JJK]Where stories live. Discover now