-11-

3.6K 151 18
                                    


KAMPUS.

Tayar kereta aku pancit. Pagi tadi pun Fariz yang hantar ke kampus. Balik nanti pun dia yang datang jemput. Tamat je kelas pukul 6, aku pun tunggu dekat depan kampus. Hujan lebat, sejuk menguasai diri. Nasib baik aku berhoodie. Kata Fariz, dia dalam perjalanan tadi. Mungkin dah nak sampai kot agaknya. Tidak lama selepas itu, Fariz call.

"Fee, I dah nak sampai. U tunggu kat mana?"

"Dekat taxi stand depan ni. Tapi ada kereta la park dekat sini. Macam mana ni?"

"Pulak.. Takpe, u tunggu je dekat situ. I ambik u. Jangan gerak mana mana, hujan lebat ni." pesan Fariz.

"Ok." aku pun meletakkan panggilan.

Fariz kemudian melihat dibelakang samada ada payung atau tidak. Malangnya tiada. Dia terlupa yang dia sudah letak payung tersebut di rumah. Tanpa membuang masa, Fariz segera mencapai kot hitamnya kemudian keluar untuk mendapatkan anak saudaranya itu. Aku melihat Fariz dari jauh, dia berlari lari sambil meninggikan kotnya di kepala untuk melindungi diri dari hujan. Aku tergelak sendiri. Kelakar jugak pakcik aku ni eh!

"Sorry. I lupa nak bawak payung. Kot ni je yang ada. Meh sebelah I." ujar Fariz.

"Tapi mana muat kot ni dengan dua orang?" tanya aku sebelum kami gerak dari situ.

"Jom je." katanya ringkas. Kemudian kami pun beredar. Fariz meninggikan kot tersebut untuk melindungi kepala serta badan aku dari terkena hujan tersebut manakala dirinya terdedah dengan hujan. Sampai je di kereta dia membuka pintu untuk aku masuk. Dia dengan kelam kabut terus masuk dalam kereta berkeadaan basah kuyup. Kot ni pun basah, kesian pula dia kesejukan.

"Sorry lambat sikit. Jammed tadi, u dah lama tunggu?" dia bersuara sambil tangan kanannya memegang stereng.

"Takde lah lambat sangat, dalam 15 minit macam tu." aku memandangnya yang sedang dalam kebasahan. Dah la dia pakai kemeja putih, fit pula tu. Memang terserlah kelihatan bentuk badannya yang sedap itu serta sepasang puting yang menonjol. Rambutnya pula sedikit serabai dek terkena air hujan. Nampak sungguh seksi dengan keadaan dia sebegitu. Grr kenapa dengan aku ni?! Aku terus menukar pandangan ke arah tingkap.

"Macam mana kelas tadi? Everything's ok? Ada nak I ajar apa apa?" tanyanya.

"Hm ok ok lah. Ada lah assignment tak siap lagi." rungutku.

"Takpe balik nanti I tengok assignment u, lepas tu I ajar u ye." kata Fariz. Malam itu Fariz ajar aku subjek yang aku tak berapa faham. Dia terangkan sehingga aku betul betul faham. Bukan itu sahaja, dia juga banyak tunjuk ajar aku pasal assignment. Maklum la sebelum ni aku suruh si Amin yang buat. Ni kalau Fariz tahu mati aku. Yela, assignment pun suruh orang yang siapkan.


KEESOKAN HARI (KAMPUS)

Harini aku masih lagi tidak pandu kereta sendiri, semalam Fariz belum sempat tukar tayar aku yang pancit itu. Sedang aku menunggu Fariz ditempat duduk depan kampus, kemudian aku disapa.

"Hai Afeef.." tegur Zafril.

"Hai abang! Abang baru habis kelas ke?"

"Ya. Fee buat apa tunggu kat sini? Tak balik lagi?" soal Zafril pula.

"Oh ya, Fee tunggu pakcik Fee. Dia datang jemput ambik, tayar kereta Fee pancitlah abang. Tu yang tak bawak kereta sendiri."

"Laa kenapa tak mintak abang hantarkan je kat rumah? Abang boleh je hantar kan. Lagipun rumah Fee tu bukan jauh. Dekat dekat sini je pun."

"Tak nyusahkan abang ke? Hmm kejap Fee whatsapp dia dulu." aku pun menaip untuk dihantar kepada Fariz. Zafril senyum puas hati.

Hai Paksu. Fee balik dengan Abg Zafril jelah. Dia boleh hantar.

Kemudian telefon aku berdering.

"Helo Afeef. Biar I je yang jemput u. U tunggu je kat situ. Faham? I dah nak sampai ni."

"Err ok.." jawab ku ringkas. Zafril masih memerhati dengan muka yang berkerut.

"Macam mana?" tanya Zafril.

"Hmm abang, sorry. Pakcik Fee dah nak sampai dah. Dia mintak Fee tunggu je." balas aku. Zafril seolah mengeluh.

"Hmm tak apalah kalau macam tu, abang teman tunggu ya. Pakcik Fee tu cari pasal dengan Fee lagi tak?" soal Zafril ingin tahu.

"Hmm ok ok jela kot. Ada la jugak perangai dia yang annoying tu." jawab aku.

"Oh.. Tapi bukan main eh Fee dengan dia semalam?" tanya dia lagi. Aku sedikit pelik.

"Kenapa dengan semalam?"

"Yelah.. Bukan main dia protect Fee masa hujan semalam." ujar Zafril.

"Eh abang nampak ke? Hm ya.. Baiklah jugak dia tu." kata aku. Air muka Zafril tiba tiba berubah. Dia mengenggam tangannya sendiri.

"Hm nampak, kebetulan abang pun nak balik semalam. Fee, abang tak suka Fee dekat sangat dengan dia. Lagipun dia tu setakat pakcik tiri Fee je, entah ada niat buruk ke kita tak tahu. Lagipun abang tengok cara dia tu macam tak ikhlas je jaga Fee." sambungnya lagi.

"Tapi Fee tak rasa dia ada niat...." belum sempat aku habis, tiba tiba satu suara menegur dari belakang kami.

"Hai.." sapa Fariz kemudian matanya memandang Zafril. Zafril pula memandang tidak puas hati pada Fariz.

"Oh hai Paksu. Hmm abang, Fee mintak diri dulu ya." aku pun bangun. Zafril pantas pegang pergelangan tangan aku. Mata Fariz tertumpu disitu.

"Ingat ya pesan abang tadi. Kalau ada apa apa, bagitahu abang ya. Abang akan selalu ada untuk orang yang abang sayang ni." kata Zafril sambil matanya melirik ke arah Fariz sambil mampamerkan senyuman sinis.

"Ok abang. Abang hati hati balik tau. Jaga diri abang!" aku pun membalas dengan senyuman.

"Jom Afeef." ajak Fariz seperti malas berlamaan disitu. Mereka langsung tak menegur antara satu sama lain.

BENCINTAWhere stories live. Discover now