-15-

3.8K 164 47
                                    


 Cuti sem pun bermula. Life aku? Ada lah segelumat untung apabila Fariz bagi kelonggaran untuk aku drive kereta sendiri sepanjang cuti sem ni. Takde lah aku mereput dekat rumah sorang sorang kan. Namun seperti biasa juga aku tidak boleh balik lewat malam. Kalau tak, faham faham jelah macam mana aku nak kena hadap dengan Fariz jengkel tu. Sigh.

Jarum jam menunjukkan pukul 1 petang. Tanpa lengahkan masa, Fariz pun bersiap siap untuk keluar lunch. Laptopnya ditutup dan segala kertas kerjanya dikemas elok. Usai, dia pun berlalu dari situ. Ketika menuju ke restoran berdekatan, Fariz ternampak seseorang yang dia agak kenal. Orang itu seolah sedang kepenatan dan nampak resah diwajah.

"Amin.." tegur Fariz.

"Eh Encik Fariz. Err, encik buat apa kat sini?" tanya Amin sambil menundukkan pandangan. Fariz tersenyum menampakkan gigi bila ditanya sebegitu.

"I punya office dekat depan tu je. So turun nak lunch je ni." jawab Fariz. Amin tersipu malu. Ada ke patut dia tanya soalan macam tu. Haih.

"Oh maaf encik. Tak tahu pulak encik kerja kat area sini." Amin senyum dan masih malu malu untuk memandang tepat Fariz.

"Eh u dah makan? Kalau tak, jomlah lunch sekali dengan I. Lagipun I sorang je ni." ajak Fariz.

"Er ok.." Amin terpaksa terima juga pelawaan Fariz.


Mereka berdua pun masuk ke dalam restoran.

"So u buat apa kat sini? Tak balik kampung ke sem break ni?" tanya Fariz sambil menyantap nasi.

"Hmm saya tengah cari kerja part time sebenarnya. Cari duit sikit cuti ni hehe." kata Amin sambil melemparkan senyum.

"Kerja part time?" soal Fariz.

"Ye. Lagipun sem depan banyak nak kena pakai duit, encik. Jadi alang alang tengah cuti ni baik saya kerja." Fariz memandang Amin dengan penuh rasa bangga. Bangga dengan keperibadian serta dirinya yang mampu berdikari serta tidak bergantung dengan duit orang tua. Jauh beza dengan perangai anak buahnya yang apa sahaja permintaan dan keinginannya sebelum ini, pasti dituruti Babah.

"So u dah mintak kat mana je?" tanya Fariz lagi.

"Harini dah 3 tempat dah saya mintak. Dekat MCD, KFC dan part time cleaner. Harap dapat lah salah satu." ujar Amin. Fariz terdetik setakat kerja macam tu berapa lah sangat gaji, tak padan dengan tenaga yang dikerah.

"Apa kata u kerja dengan I?" ujar Fariz bersahaja. Mata Amin membulat tanda terkejut dengan tawaran Fariz.

"Ha?"

"Yes, u kerja dengan I. Well I perlukan seorang admin dekat tempat I sebab sorang staff I ni tengah cuti berpantang. Jadi I rasa I dah jumpa orang yang boleh gantikan dia buat sementara ni."

"Err.. Takpe ke?"

"Kenapa pulak tak boleh? Jangan risau lah, Afeef bukan ada kat office I pun hehe." gurau Fariz.

"Alhamdulillah terima kasih banyak banyak encik. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa baik encik! Encik baik sangat."

"U tak perlu balas, yang penting u kerja elok elok ok? Anggap la ini rezeki u Amin. So u dah boleh mula kerja isnin minggu depan. Nah ini kad I, any info ada je dalam ni." Amin senyum terharu dan melahirkan rasa syukur yang amat. Alhamdulillah segala niatnya dipermudahkan.


Hari minggu dirumah. Fariz sedang tekun mengadap laptop untuk menyiapkan kerja. Aku pun tengah tekun juga, tekun mengadap PUBG. Sambil aku main, sambil aku curi curi pandang Fariz. Ergh aku menyampah betul kalau dia tengah fokus kerja, mesti tak layan aku. Eh yang aku ni pulak pehal nak attention dari dia?!

"Paksuuuuuu!" jerit aku. Fariz sedikit tersentak. Dia pun memandang aku dengan reaksi serius.

"Iya, kenapa?" dia pun membuka kaca matanya lalu mendapatkan aku.

"Boringlahhh!" aku mencebikkan mulut. Dia pun duduk sebelah aku.

"Boleh panggil I elok elok kan? Perlu ke jerit? Buatnya I heart attack tadi tak rasa bersalah ke?" tegur Fariz sambil teliti memandang aku.

"Ala. Kalau panggil leklok Paksu bukan dengar pun. Yelah fokus sangat ngadap kerja tu, boring betul jadi orang tua ekkkkk." jawabku sambil perli. Dia pun mendekatkan mukanya dengan aku. Diri dah tak tenang duduk, sumpah.

"Yang tua ni jugak lah yang dukung u masa u demam haritu kan?" balas Fariz. Aku nervous! Mulut diam tak memberi kata. Mataku melilau, dia senyum seolah puas hati dapat balas, ish!

"So any plan today, Mr Afeef?" tanya Fariz.

"Fee nak tengok movie! Toy Story 4 dah keluar!" jawabku. Giliran aku pulak membalas. Haha padan muka dia kena tengok kartun.

"Toy Story? Takde cerita lain ke?" tanya Fariz sambil mengerutkan kening.

"Tak nak, tetap Toy Story! Jom lahhh! Kalau Paksu tak nak, Fee keluar dengan orang lain je."

"Yelah yelah, I ikut je. Jom bersiap." kata Fariz. Yes berjaya! Tak nak aku keluar dengan orang lain lah tu haha.


SUNWAY PYRAMID

Semasa cerita sedang ditayangkan, aku curi curi pandang Fariz. Dan aku perasan dia pun curi curi pandang aku. Entah kenapa perasaan ni sesuatu sangat, maklumlah first time tengok wayang bersama. Oh ye, ada beberapa scene sedih yang buat Fariz mengeluarkan air mata. Terkejut beruk aku bila si tua jengkel ni sedih, tu pun bukan main cover tak nak bagi aku dengar. Haha tak sabar nak perli kau kejap lagi! Selesai je wayang, kami pun keluar. Aku tersenyum sendiri bila teringat Fariz yang acah tegas ni akhirnya menitis jugak air mata.

"Paksu ada tisu tak, hmmm Fee sedih sangat la cerita tadi. Sob sob." sengaja aku perli. Kening Fariz berkerut menunjukkan tak selesa diperli sebegitu.

"I tak nak tengok cerita budak budak camni lagi. Entah pape je cerita sesuai la dengan perangai u yang tak matang ni." ujar Fariz ego. Oh tak nak kalah eh!"

"Oh yekeeee? Cerita entah pape ni lah jugak buat Paksu menangis kannnn. Ops!" sambungku lagi.

"Afeef Jayden!" ujar Fariz tegas.

"Hahahahahaha! Lawak la, tak sangka orang macam Paksu ada perasaan eh! Ingatkan jiwa tu dah kental sangat rupanya dalam diam hati tisu." Fariz memandang aku tajam.

"I ada je perasaan dalam diam, I rasa u yang tak perasan." jawab Fariz pula. Aku terdiam. Er, apa yang dimaksudkan I ada je perasaan dalam diam? Ish Afeef, jangan fikir bukan bukan boleh tak.

BENCINTAWhere stories live. Discover now