Chapter 4😎

2.5K 112 1
                                    

🌷🌷🌷

Sekolah

"Mya kenapa kau tak jawab call aku semalam?" tanya Airina.

"aku tertidur" jawab Mya.

"ouh. Haa! Mya nanti kau teman aku audition budak budak baru tu ehh" kata Airina.

" Mm..okay" jawab Mya.

Mereka sambung membuat ulang kaji di sebabkan cikgu english mereka, teacher choo tidak datang.

 " weyyh..korang ada dengar cerita tak?" tanya Rin.

"Cerita apa pula kau ni?" tanya bella.

" sekolah kita nak buat perkhemahan hujung bulan ni." kata Rin.

"weyh..jom pergi nak tak? Lama tak camping" kata alia dengan teruja.

" jom lah Mya, airina kita pergi ramai ramai lagipun ni kan last year kita. Kena lah have fun" kata Bella.

" kalau Mya pergi aku pergi" kata Airina.

"Mya..pleasee" ketiga tiga ahli gnd itu merayu kepada Mya.

" okayylahh.." kata Mya.

Mereka pon bersorak kuat kerana teruja mahu pergi berkhemah.

" nanti kita bawak makanan, makan ramai ramai pahtu kita cerita seram pahtu kita main burung hantu. Mesti best kann" kata alia.

" nanti kita duduk satu khemah ehh.." kata Bella pulak.

Bella, Alia dan Rin teruja sehinggakan sudah bayang apa yang mereka mahu lakukan di sana. Namun mereka lupa bahawa perkhemahan ini anjuran sekolah dan biasanya pihak sekolah sudah sediakan aktiviti yg menguji ketahanan mental dan fizikal bukannya seperti main masak masak di rumah.

 "kena bagi nama dekat sapa?" tanya Airina.

" dekat Mr. Zaf sebelum jumaat ni" jawab Rin.

"tak pe, aku dengan Rin pergi bagi nama kita semua sebelum balik nanti. Okay" kata Bella.

"haa..okay" kata Airina.

Bella, Alia dan Rin sambung berimaginasi. Mya dan Airina pulak bersembang tentang audition yang akan dianjurkan hujung minggu ini.

"kau target berapa orang yang daftar audition?" tanya mya.

" kalau ikutkan aku 10 orang macam tu la. Tapi kali ni lain macam sebab buat masa sekarang dah ada 15 orang yang ambik borang. Sebab tu la aku nak kau tolong aku." jawab Airina.

" mesti diorang berminat sebab semua cita yang kau buat, semuanya menang pertandingan." kata Mya.

Airina tersenyum dek dipuji Mya.

🌷🌷🌷

 Ketika waktu rehat, Bella dan Alia pergi ke perpustakaan untuk mencari buku. Ketika sedang mencari buku mereka terdengar suara perempuan dan lelaki di bahagian rak belakang.

Mereka berdua pon mendekati rak itu dan melihat zara dengan seorang budak junior sedang berdating di situ. Bella pon menerjah mereka.

" seronok dating" kata bella.

Zara dan lelaki itu terkejut apabila melihat bella di situ. Lelaki itu terus pergi dari situ. Zara merengus geram.

" biarlah kat aku yang kau tu sibuk sangat dah kenapa? Ada aku kacau hidup kau ka" kata Zara.

" masalahnya kau tu merosakkan kesucian kamus kamus bahasa dekat sini dengan perbuatan kau tu" kata alia.

"korang ni tak yah sibuklah..korang ni sebenarnya lemah tau tak? Kalau tak sebab kawan kau tu. Apa nama dia ehh. Mmmm...haa... Mya tu korang ni tak dak makna la kat sekolah ni. Tumpang popularity kawan." balas zara dengan nada berlagaknya.

Alia dan Bella terdiam.

"okayhh..lah aku malas nak layan korang. Bye" kata Zara lalu melanggar Bella sehinggakan bella hampir jatuh.

"gerammnya akuuu" kata bella.

" dah la tu..perangai dia memang macam tu nak buat memang tak leh nak buat apa dah." kata Alia.

Mereka pon kembali ke rak buku bahasa melayu untuk mencari buku.

🌷🌷🌷

 Mya berjalan berseorangan di kaki lima. Tiba tiba ada sekumpulan perempuan lebih kurang dalam 7 orang menghalang jalannya.

Dia cuba mengelak namun mereka tetap menghalang. Tiba tiba seorang perempuan keluar dari tengah tengah kumpulan perempuan itu tidak lain tidak bukan ialah Zara.

"haii president!" kata Zara.

Mya hanya senyap tak berkata apa apa. Tiba tiba, Zara menarik kolar baju Mya dan berkata "kau baikk jaga kawan kawan kau tu sebelum aku malukan diorang sampai tak boleh jejak kaki kat sekolah ni dah. Faham".

Mya menolak tangan Zara dan menarik pula sanggul tinggi Zara.

"kau pulak..jangan sesekali sentuh kawan kawan aku." mya menarik sanggulnya dengan lebih kuat menyebabkan Zara menahan sakit. 

"ataupun aku akan pastikan satu sekolah benci kau" kata Mya.

Dia pon melepaskan tarikannya. Zara membetulkan rambutnya. Tiba tiba ahli gnd yang lalu di situ nampak geng zara mengepung Mya. Mereka terus menjerit

" hoii".

Zara dan gengnya terus beredar dari tempat itu.

Gnd pergi ke arah Mya.

" kau okay tak?" tanya Bella.

" okay" jawab Mya.

" diorang ada buat apa² kat kau tak?" tanya Alia pula.

" tak dak..korang jangan risau" jawab Mya.

"apa yg diorang nak sebenarnya ehh" tanya Rin.

Namun soalan itu dibiarkan tergantung. Mya pon berjalan ke kelas tanpa berkata apa apa. Gnd pon mengikut saja Mya dari belakang.

di dalam kelas

Mya asyik termenung dan tidak focus membuatkan Airina berasa risau.

"babe kau okay tak ni.." tanya Airina.

Namun Mya membisu.

"pasal zara ka?" tanya Airina.

"bukan.." jawab Mya.

"pastu?" tanya Airina lagi.

" aku teringat hairul.." jawab Mya.

Jawapan itu membuatkan Airina terdiam.

"aku rasa macam aku buat dosa besar ja dekat Hairul" kata Mya sambil mengurut kepalanya.

" benda yang jadi tu bukan salah kau. Mungkin dah memang ajal dia haritu. Kalau elak pon benda tu akan jadi juga" kata Airina.

Airina memegang tangan Mya untuk menenangkannya.

" dah la tu babe.. Jangan pikir lagi kayy.. Esok kau kena tolong aku lagi. Jangan lupa" kata airina.

"okay.." kata Mya.

Mereka pon sambung berbincang  untuk audition esok.

Bersambung
  

   

 [C] || FRIENDS🌸Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin