chapter 73

1.5K 63 0
                                    

🌷🌷🌷

Anissa duduk di atas katil selepas dia selesai mandi. Dia membuka diarynya yang menjadi temannya. Jika pasangan lain, masalah dikongsi bersama. Tapi anissa dan Amsyar, anissa terpaksa berkongsi masalah dengan diary yang tidak memberi apa2 jawapan

Dear diary,

Tadi aku jumpa abang syafiq time lunch. You know that, abang syafiq is Mya's cousin. So diorang memang rapat. And abang syafiq ada cerita pasal hubungan Mya dengan Amsyar dulu. Bila aku dengar cerita tu, aku rasa aku tak sesuai dengan Amsyar.

    Mya dah habiskan banyak masa susah dia dengan Amsyar dan Amsyar pon banyak habiskan masa susah dia dengan Mya. Jadi aku rasa, diorang patut rasa bahagia lepas kesusahan diorang dulu. Tapi kehadiran aku menyebabkan Amsyar dengan Mya terpaksa berpisah.

   Kalau la dulu aku simpan ja perasaan aku. Mesti sekarang Amsyar dan Mya bahagiakan. Sekarang aku rasa bersalah sangat. Dulu ayah cakap, jangan curi kebahagiaan orang. Tapi sekarang tu la yang aku buat. Maafkan kakak ya ayah.

Tiba² notification telefon Anissa berbunyi bermakna ada mesej masuk.

Amsyar💕
Esok saya outstation dua hari, tolong jaga rumah saya.

"Tak dak pon nak cakap yang rindu aku." kata Anissa dalam hatinya. Dia pon menutup telefon dan tidur

🌷🌷🌷

Keesokkan harinya,

Anissa pergi ke rumah Amsyar, disebabkan amsyar oustation jadi seperti biasa dia datang untuk mengemas rumah dan kadang kala dia tidur di situ ketika amsyar tiada.

"Aku nak kemas apa?rumah ni bukan berselerak pon" kata Anissa.

Dia meneliti semua tempat dapur, ruang tamu, bilik air, bilik tetamu. Tapi kesemua bilik itu bersih dan tiada habuk.

"Mmm.. Kalau aku masuk bilik dia?"tanya Anissa.

"ala.. Masuk jala, aku nak kemas ja pon" kata Anissa. Lalu dia pon memulas tombol pintu bilik Amsyar dan masuk ke dalam.

"Wahh.. Cantik juga bilik ni. Aku tak pernah masuk" kata Anissa dengan nada terpukau.

Keadaan dalam bilik Amsyar juga bersih. Anissa berjalan ke meja kerja Amsyar dan meneliti semua buku² di atas meja itu.

"Mmm.. Tak dak papa pon" kata Anissa.

Tiba² kaki Anissa tertendang satu kotak yang berada dibawah meja itu.

"Ehh. Kotak apa ni?" tanya Anissa.

Dia pon mengambil kotak itu dan meletakkannya diatas meja. Dia pon membuka kotak itu untuk melihat isi dalamnya. Anissa mengeluarkan satu persatu barang di dalam itu.

Terdapat novel, buku² dan macam² lagi. Tiba di dasar kotak itu, terdapat gambar amsyar dan Mya ketika dibangku sekolah, gelang tangan yang tertulis Amsyar❤Mya dan buku diary.

Anissa pon melihat gambar itu.

"Cutenya diorang, mesti dulu diorang sweet sangatkan" kata Anissa.

Kemudian, Anissa membuka diary milik Amsyar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemudian, Anissa membuka diary milik Amsyar. Dia membaca helaian demi helaian. Dan hatinya terasa sakit.

Diary Amsyar

2 Jun 2018

Mya dah seminggu awak hilang tinggalkan saya sorang diri tanpa khabar berita. Hari² saya pergi rumah awak, tapi tak dak orang. Saya cuba call awak tapi awak tak jawab, saya mesej tapi awak tak reply, saya mesej awak dekat instagram awak tak pernah baca. Ke mana awak pergi Mya?

  Saya terseksa sangat bila awak tinggalkan saya macam ni. Saya tny semua orang yang kenal awak. Tapi tak dak siapa pon tahu kemana awak menghilang. Saya pergi pejabat papa awak tapi diorang kata papa awak dah tak dak.

   Hari² saya tunggu mesej, call dari awak. Dan setiap hari juga saya terseksa sebab tunggu awak.

____________________________________

5 Julai 2018

Dah sebulah dah Mya.. Tapi awak masih tak beri apa² khabar berita. Mya.. Mana awakk.. Saya rindu awak Mya.. Rindu saya dah tak tertahan dah

   Saya nak sangat jumpa awak Mya. Tapi saya tak tau kat mana awak. Kalau kita tak boleh jumpa pon. Sekurang² nya awak mesej or call lah saya Mya. Saya mak dengar suara awak, saya nak tengok awak.

   Saya harap awak rindukan sya juga Mya. I miss you Mya. I miss you soo much

____________________________________

9 November 2019

Happy birthdah sayangku Mya. Saya doakan awak panjang umur dan dimurahkan rezeki. Walaupun dah setahun kita tak jumpa tapi saya tetap sayangkan awak dan rindukan awak

   Walau dekat mana awak berada, saya doakan awak dan tetap sayangkan awak. Saya harap sayang awak dekat saya pon tetap ada selamanya.

  Hari² saya doa supaya kita jumpa. Dan saya akan tunggu hari itu. Walau macam mana sekali pon. Walau ketika itu kita dah tua, saya tetap tunggu awak. Baliklahh Mya..

____________________________________

Anissa menutup diary itu dan meletakkannya ke atas meja. Hatinya berasa sayu selepas membaca diary itu."Sekarang kau tahu sebab apa Amsyar tak pernah sayang aku. Aku dah ada jawpannya" kata Anissa.

🌷🌷🌷

Tok tok tok

"Sapa pula yang datang malam2 ni?" tanya Mya.

Dia pon pergi ke pintu untuk melihat siapa yang datang. Namun tiada siapa yang berada di luar. Dia melihat ke kanan dan ke kiri tapi tiada siapa pon.

Apabila melihat di lantai. Terdapat satu kotak hadiah. Mya pon mengambil kotak hadiah itu dan masuk ke dalam.

Disebalik dinding, Anissa sedang menahan tangisannya.

"Mya.. Sekarang aku pula yang akan tolong kau untuk pulihkan hubungan kau dengan Amsyar" kata Anissa dalam hatinya.

Mya POV

"Siapalahh yang hantar ni? Nak kata birthday.. Birthday aku lambat lagi" kata Mya.

Dia pon duduk di ats sofa dan membuka kotak itu.

Dia ternampak gelang, gambar dan buku di dalam kotak itu. Perlahan² dia mengambil gelang dan gambar itu. Dia menatap kedua² barang itu dengan lama. Kemudian, Mya memeluk erat gambar itu dan perlahan² air mata kerinduan mengalir di pipi Mya.

Selepas itu, dia pon mengambil pula buku yang ada di dalam kotak itu. Dan perlahan² menyelak satu persatu helaian buku itu. Dia membaca setiap baris ayat di dalam buku itu. Air matanya semakin deras mengalir.

"Amsyar.. Saya minta maaf sebab buat awak terseksa" kata Mya sambil menangis.

Malam itu, cahaya bulan dan bintang menemani Mya yang sedang bersedih.
.
.
.
Bersambung

 [C] || FRIENDS🌸Where stories live. Discover now