Chapter 21🦌

1.5K 75 0
                                    

     🌷🌷🌷

"Mya Damia..saya nak jumpa awak dekat bilik guru sekarang" kata Puan Melissa dengan riak wajah yang marah.

Semua murid dalam kelas terkejut melihat Puan Melissa termasuk gnd. Mya pon pergi ke bilik guru untuk berjumpa dengan Puan Melissa.

 Ketika di dalam bilik guru, kelihatan Cikgu Melissa dan Cikgu Mail sedang menunggunya.

" Cikgu..kenapa cikgu nak jumpa saya?" tanya Mya.

"kamu boleh duduk" kata Cikgu Melissa.

Mya pon duduk berhadapan dengan cikgu Melissa dan Cikgu Mail.

"Cikgu memang tak sangka kamu boleh buat perkara seperti ni,kamu tahu tak perbuatan kamu tu memalukan unit displin. Cikgu sangat² kecewa dengan kamu" kata Cikgu mail.

"tapi cikguu.. Ini tentang apa?" Mya bingung.

Cikgu melissa pon menunjukkan video yang memaparkan Mya dan seorang lelaki membuat perkara yang tidak senonoh di perpustakaan.

"tapi cikguu saya sumpah tak pernah buat benda ni" kata Mya yang terkejut melihat video itu.

" kalau bukan kamu siapa lagi? Terang² kat situ muka kamu. Takkan kamu tak percaya lagi" kata Cikgu Mail.

"Cikgu pon tak sangka kamu dah berani melakukan benda terkutuk ni di dalam kawasan sekolah." kata Cikgu Melissa yang kecewa.

Air mata Mya sudah bertakung dan menunggu masa untuk jatuh. Dia tidak tahu siapa yang berada dalam video itu kerana dia tidak pernah melakukan perkara tersebut. Dia juga tidak tahu siapa yang tergamak buat perkara itu.

" Disebabkan oleh apa yang kamu buat. Cikgu terpaksa buang kamu sebagai head president" kata Cikgu Mail.

Mata mya membulat apabila mendengar perkataan buang, air matanya jatuh akhirnya.

"saya memang tak tahu sapa yang nak khianat saya. Tapi cikgu saya terima keputusan cikgu tu. Saya minta maaf kalau saya dah rosakkan nama unit disiplin. Saya janji akan tulis surat permohonan maaf kepada semua pihak." Mya bangun dan terus keluar dari bilik guru.

"  cikgu..betul ka keputusan kita buang dia tanpa kita periksa dengan lebih mendalam" tanya cikgu Melissa.

" saya rasa kita kena siasat juga tapi biarkan jawatan head president ini kosong dulu. Kalau betul Mya tak bersalah. Saya masih nak dia pegang jawatan tu" kata Cikgu Mail.

Di rooftop

   Seperti biasa Mya naik ke rooftop untuk menenangkan fikiran namum hatinya berasa sungguh marah dan sedih.

"Sapa yang bodoh sangat hantar video tu.. Aku tak buat pon perkara terkutuk macam tu" Mya membaling barang² yang ada distu sambil menangis.

Dia terduduk kerana kepenatan. "apa aku nak jawab dengan mama dan papa.. Aku tak buat pon benda tu" air mata Mya tidak henti² keluar.

🌷🌷🌷

"mana Mya ni. Dah waktu rehat pon dia tak datang² lagi.  risau la" kata Airina sambil melihat jamnya.

"aku takut tengok muka Cikgu melissa tadi. Apa yang Mya dah buat sampai marah macam tu" tanya Rin.

" aku pon tak tau sebab Mya dah jalankan semua kerja dia." kata Alia.

Tiba² seorang perempuan tinggi lampai datang ke meja gnd iaitu Aina.

"korang tengok ni. Video ni dah viral dalam blog sekolah" kata Aina.

Gnd pon  melihat video yang ditunjukkan oleh Aina. Mereka sangat terkejut apabila melihat video yang memaparkan dua orang pelajar yang melakukan perkara yang mengelikan, dan salah seorang pelajar itu mukanya seperti Mya.

"Mya?!!" gnd terkejut.

"sekarang ni video ni dah dimasukkan ke dalam blog sekolah. Semua dah tengok" kata Aina.

"what?! Apa semua ni. Macam mana benda ni boleh jadi" Tanya bella.

" kau tau sapa yang bubuh dalam blog sekolah?" tanya Rin.

Aina mengangkat bahunya  tanda tidak tahu.

   Mya berjalan longlai ke meja makan gnd ketika dia sedang berjalan semua orang melihatnya dengan jelingan, bisikan dan ada yang boo kepada Mya namun dia hanya memekakkan telinga.

Tiba² ada tiga orang perempuan block jalan Mya.

"hey.. Kitorang semua ingat yang kau ni baik tapi hakikatnya kau ni lagi kotor daripada sampah" kata salah satu budak itu.

Mya melihat muka budak² itu sehingga mereka menutup mulut dan pergi dari situ. Niatnya mahu pergi ke gnd terbatal. Dia pon pergi meninggalkan kafeteria.  Gnd yang terlihat Mya terus mengikutnya.

Bersambung

 [C] || FRIENDS🌸Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt