01

262 18 6
                                    

"Tak perlu. Saya okay sahajalah. Awak janganlah risau." Rachel Jung tersenyum sendirian. Tangannya erat memegang telefon pintar yang masih melekap di telinganya. Berhubung dengan seseorang.

"Sekarang? Baiklah. Saya bersiap dulu. Nanti saya datang tepat pukul 5 petang. Saya pun rindukan awak. Bye sayang." Gadis itu tersengih dan panggilan terus dimatikan sebaik sahaja kedua dua mereka memutuskan perbualan.

Senyuman kecil terukir di bibir munggilnya. Jam pada dinding ditatap sebelum dia bangun untuk mengemaskan diri.

Dia perlu bersiap sebelum berjumpa dengan seseorang yang amat istimewa buatnya. Kenalah mencantikkan dirinya dahulu.

Terasa seperti ada rama rama yang berterbangan di dalam perutnya membuatkan Rachel menjerit kecil. Hanya tuhan sahaja tahu betapa gembiranya dia pada saat ini.

Ya, seseorang yang istimewa itu adalah tunangnya.

T H E B E A S T

Seorang lelaki dari tadi menghadap telefon pintar miliknya. Senyuman tidak lekang dari bibir seksinya. Sesekali ibu jarinya mengusap perlahan gambar yang tertera pada skrin telefonnya.

"Haih, rindunya sayang aku ni." Ujarnya perlahan. Makin melebar senyumannya setelah mendapati bahawa dia akan berjumpa dengan gadis kesayangannya itu.

Rindu yang menebal terhadapnya. Iyalah, 2 bulan dia menghadap kerjanya di Rusia. Rasa rindu itu bagaikan bertahun tahun.

"Tae, dah siap? Pak cik Lim sedang menunggu kamu." Seorang perempuan separuh usia muncul di hadapan pintu.

Dia tersenyum nipis melihat penampilan lelaki itu. Segak dan kacak seperti selalu.

"Amboi, dari semalam senyuman tu tak pandai padam. Seronok betul kamu." Senyuman lelaki muda itu semakin meleret apabila ibunya berkata sebegitu.

Dia menatap lama wajah tua itu sebelum kedua dua belah tangan ibunya diraih dan digenggam erat.

"Siapa aje tak gembira, ibu. Selepas ini, Tae akan berjumpa dengan buah hati Tae." Ujarnya riang. Ibunya hanya tersenyum, senang hati melihat raut wajah anak muda itu.

"Syukur Tae bahagia dengan dia. Lepas ini, bila dia sah jadi isteri kamu. Jaga dia baik baik, okay Kim Taehyung."

Lelaki bernama Taehyung pantas mengangguk.

Lega rasanya, selepas ini, tepat pukul 5 petang nanti. Dia akan berjumpa dengan tunangnya, Rachel Jung.

Semakin melebar senyuman lelaki itu. Aa, rindu sungguh akan gadis cantik itu. Kalau boleh, ketika berjumpa nanti, mahu sahaja dia peluk tubuh kecil itu, gomol gomol pipinya. Rindunya, Tuhan sahaja yang tahu.

"Sudah sudahlah berangan tu. Lepasni, kalau nak gigit Rachel kamu tu pun, Ibu takkisah. Pergi sana. Jemput Rachel. Mesti dia tengah tunggu." Ujar Puan Kim panjang lebar sebelum dia lantas bangun dan menuju ke pintu.

"Ibu." Panggilan dari anak lelakinya menghentikan langkahnya.

"Tae tak jemput dia sebab kereta Tae rosak. Lagipun, ibu lupa ke yang ibu sendiri yang cakap Pak Cik Lim yang hantar Tae." Wajah Puan Kim berubah serta merta.

"Kamu yakin dia boleh drive sendiri waktu hujan begini?" Soalan ibunya membuatkan Taehyung terdiam. Pandangannya jatuh pada tingkap bilik. Hujan lebat. Kenapa dia tidak perasan cuaca di luar hujan?

"Taehyung." Wajahnya menoleh ke arah ibu. Riak wajah orang tua seperti tidak senang.

"Hati ibu rasa kurang enak."

T H E B E A S T

"Sayang, awak okay ke memandu seorang diri?" Tangan kiri Rachel mengenggam erat telefon pintarnya sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Taehyung. Sebelah tangannya lagi memegang stereng kereta.

"Saya okaylah Tae. Jangan risau." Ujarnya perlahan.

Tipu, dia berada dalam keadaan yang kurang baik. Cuaca hujan begini adalah perkara yang ingin dielakkan olehnya apabila memandu. Bukan takut, cuma sedikit perasaan gementar yang hadir.

Lagipun, dia baru sahaja pandai memandu. Setakat pergi dan balik kerja, dia boleh sahaja memandangkan rumahnya berdekatan sahaja dengan tempat kerjanya

"Pandu elok elok tahu, sayang. Maafkan saya, saya tak boleh nak pick up awak." Rachel hanya menggumam tanda dia baik baik sahaja padahal jantungnya makin berdegup kencang. Dapat dia rasakan hujan ini semakin lebat sehinggakan dia sukar untuk memandu.

"Saya letak dulu. Nanti dah sampai saya bagitahu awak. Bye Taehyung."

Usai memutuskan talian. Rachel kembali fokus akan pemanduannya. Bibirnya diketap rapat.

"Waktu ini jugalah nak hujan bagai." Gumamnya pelan.

Rachel menjerit apabila matanya menangkap cahaya terang dari hadapan yang membuatkan dirinya hilang kawalan.

Jantungnya berdegup kuat apabila mengetahui kereta yang dipandunya mula menjunam ke suatu tempat yang dia kurang pasti sebelum badannya terdorong ke hadapan.

Bunyi yang amat kuat membuatkan Rachel panik serta merta.

Bibirnya bergetar sebaik sahaja keretanya itu menjunam masuk ke dalam air sebelum badannya berasa sakit yang amat.

Dalam fikirannya sekarang ialah Taehyung. Hanya bayangan lelaki itu yang berlegar dalam ingatannya sebelum kepalanya terhentak kuat pada objek keras.

The Beast | JKKDonde viven las historias. Descúbrelo ahora