07

347 18 5
                                    

Puan Kim mengemas peralatan dapur. Malah, seluruh kawasan rumah besar milik keluarga Kim itu dibersihkan olehnya seorang diri. Bukan tidak mahu mengambil orang gaji, tetapi dia sudah terbiasa.

Tuan Kim? Ayah kepada Taehyung sudah lama meninggal. Serangan jantung. Jadi Puan Kim sahajalah yang menjadi ibu, menjadi ayah kepada lelaki itu.

"Ibu." Wanita itu pantas menoleh apabila panggilan itu ditujukan buatnya. Taehyung.

Lelaki itu, wajahnya nampak cengkung. Bibirnya masih pucat dan matanya sembap, bengkak.

"Taehyung." Sebutnya. Agak terkejut anak lelakinya baru munculkan diri setelah berkurung selama berbulan bulan di dalam bilik. Makan pun kena paksa, apatah lagi mengurus hal sendiri. Keadaan lelaki itu nampak tidak teratur.

"Taehyung d-dah okay?" Soalannya dibalas renungan Taehyung. Lelaki itu diam dan mengorak langkah ke meja makan. Punggungnya dilabuhkan di kerusi.

"Taehyung, ibu buatkan kopi un—."

"Tipulah kalau Tae cakap Tae dah okay." Puan Kim yang baru mencapai cawan, ingin membacuh kopi terhenti.

"Tae rindu dia Ibu. Apa keadaan Rachel sekarang ini, baik? Sudah makankah dia. Dia tersenyum atau tidak." Taehyung menunduk memandang kedua tangannya yang sudah digenggam.

"Taehyung." Puan Kim menghadap anak lelakinya sepenuhnya. Hatinya sayu melihat lelaki itu

"Ibu pun rindukan Rachel. Kamu jangan macam ini sayang. Kalau Rachel tahu pun pasti dia sedih. Taehyung sayang Rachel bukan?" Sekali lagi Puan Kim memujuk. Nampaknya kali ini dia perlu berlembut lagi dengan Taehyung. Emosi anaknya kelihatan terganggu.

"Dengar apa yang Ibu cakap. Selagi Rachel masih belum ditemui, selagi itulah Taehyung jangan pernah putus berdoa. Sayang, kita tidak tahu macam mana keadaan dia sekarang. Mana tahu dia masih hidup—."

"Kalau dia sudah mati?"

"Taehyung! Apa cakap macam itu." Nada suara Puan Kim mengeras. Tidak suka akan percakapan anaknya walaupun dia juga masih ragu ragu dengan keadaan Rachel.

"Tae kena yakin dengan naluri hati Tae. Tae rasa apa sekarang ini berkaitan Rachel?" Soal Puan Kim. Suaranya kembali lembut.

Taehyung mengangkat wajah. Muka ibunya ditatap lama. Masih ada sisa air mata pada pipi lelaki itu.

"Ibu." Serunya perlahan. Cukup perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Puan Kim.

"Tae mimpi Rachel masih hidup." Ujarnya. Puan Kim sekadar terdiam. Biarlah lelaki itu meneruskan kata kata.

"Tae yakin dia masih hidup. R-Rachel tak boleh mati. Tae yakin dia juga rindukan Tae." Usai sahaja itu. Puan Kim menayangkan wajah sayu. Dia tersenyum kecil melihat lelaki itu bercerita tentang mimpinya.

"Lagipun, Tae tak boleh sedih sedih. Tiada guna juga kalau Tae macam ini. Mungkin Tae juga boleh cari Rachel. Kan Ibu?" Kini tumpuan Taehyung sepenuhnya terhadap Puan Kim yang dari tadi menatapnya.

Puan Kim mengangguk tanda ya. Agak mustahil percakapannya tetapi demi diri Taehyung yang dulu dia iyakan sahaja.

"Tapi—." Suara lelaki itu kembali mengendur. Taehyung mencebik dan matanya tidak seperti tadi. Kelam.

"Dalam mimpi Tae, Rachel dengan lelaki lain."

Diam. Puan Kim masih duduk diam.

"Kenapa pula macam itu? Tae kan tunang dia. Mestilah dia dengan Tae. Biasalah tu, mimpi kan?" Bahu Taehyung diusap lembut cuba menenangkan Taehyung.

The Beast | JKKWhere stories live. Discover now