06

191 16 9
                                    

Hari yang berikutnya dilalui oleh Rachel dan Jungkook seperti biasa. Cuma, Rachel terasa terabai. Masuk hari ini, genap 3 bulan setengah dia di sini dan masih sama, tiada apa apa memori yang boleh dia ingat.

Bukan itu sahaja, sepanjang minggu ini Jungkook melancarkan perang dingin.

Bukan Jungkook tidak menegurnya tetapi sikap lelaki itu kembali dingin. Nak tegur pun, Rachel rasa kecut perut. Sumpah, dia dan Jungkook macam stranger di dalam rumah ini.

Oh berkaitan kejadian tersebut membuatkan gadis itu mengetap bibir. Dia tahu, lelaki itu menaruh harapan terhadapnya. Silap dia juga menolak kasar tubuh Jungkook sehingga lelaki itu terjatuh. Mana taknya, bukan main terkejut lagi apabila soalan berkaitan hati disebut oleh lelaki itu.

Rachel mencebik. Dia tiba tiba rindukan Jungkook. Bukan untuk hari ini. Malah setiap hati dia rindukan lelaki itu. Dia rindukan suara Jungkook, gelak tawa lelaki itu.

Ia mengingatkannya dengan seseorang tetapi siapa?

Bukan dia menolak, tetapi pengakuan Jungkook tempoh hari benar benar mengejutkannya. Tidak sangka lelaki itu bertindak melulu.

Tipulah kalau dia cakap dia tiada perasaan terhadap Jungkook. Jungkook yang jaga dia, rawat dia, bagi dia ketawa. Tidak mungkin dia tidak jatuh hati akan sifat prihatin Jungkook.

Dari jauh, Rachel merenung Jungkook yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Pergi mana pun Rachel tidak tahu. Seperti yang sudah diberitahu, mereka umpama stranger.

"Kook, saya rindukan awak." Tuturnya perlahan sambil menunduk.

Dia tidak sedar bahawa Jungkook juga mendengar setiap bait perkataan yang diungkapkan oleh Rachel. Cuma dia ego. Tidak mahu menegur gadis itu, pantas dia naik ke bilik. Inginkan ketenangan.

Belum sempat tombol pintu diraih, Jungkook tersentak apabila sepasang tangan melingkar pada pinggangnya.

"Rachel." Jungkook terdiam. Berdiri.

"K-kook. Janganlah macam ini." Pelukan semakin erat. Rachel menyembamkan wajahnya pada belakang Jungkook. Rindunya terhadap lelaki ini, walaupun serumah tetapi dia rasa tak tenteram apabila diperlaku sebegitu oleh Jungkook.

"Kook. Cakaplah sesuatu." Baju Jungkook digenggam erat.

"Apa?" Sepatah sahaja jawapannya.

"Dengar sini baik baik." Rachel masih memeluk Jungkook. Lelaki itu juga tidak memberi apa apa reaksi. Bergerak tidak, menolak pun tidak. Ia membuatkan hati Rachel berasa sedikit gembira. Sekurang kurangnya, dia tidak menolak.

"Awak janganlah macam ini. Saya nak Jungkook saya yang dulu." Rachel menggigit bibirnya. Mungkin sudah tiba masanya untuk meluahkan isi hatinya pula.

"Awak kena layan saya baik baik selepas ini tahu." Ayatnya jeda. Jungkook pula seakan menunggu percakapan Rachel.

Rachel tidak tahu, sekarang ini dia berlawan dengan jantungnya. Keadaan yang rapat begini mampu membuatkan jantung Jeon Jungkook rasa mahu meletup lagi lagi dia juga rindukan gadis itu. Semuanya disebabkan ego yang memuncak.

"S-aaya pun sukakan awak. Saya ikhlas tahu. Hari itu saya terkejut sangat sampai saya tertolak awak kuat. Maafkan saya em." Kemudian wajahnya disembamkan semula pada badan Jungkook. Pipinya memerah tanda berasa malu yang amat.

"Rachel." Terasa tangannya yang melingkar pada pinggang lelaki itu disentuh perlahan membuatkan gadis itu menggigit bibir.

Janganlah pula si Jungkook tu menolak luahan dia. Dia sedang menahan malu ketika ini.

"Kau ni comel lah." Usai sahaja ayat itu keluar, Jungkook memusingkan badannya sebelum tubuh Rachel pula dipeluk erat.

Rachel masih diam.

"K-kenapa pula?" Soalan Rachel dibiarkan kosong. Jungkook pula tidak henti menguntumkan senyuman, rambut gadis itu dihidu lembut.

"Aku tak boleh seksa diri aku sampai macam ini. Ego aku tewas dengan kau. Haih Rachel Jung, jangan buat aku lagi jatuh cinta dengan kecomelan kau, boleh?"

Mendengar sahaja itu. Rachel mendongak dan wajah naif diberikan.

"Awak terima s-saya ke?" Sekali lagi, pipinya memerah dan gelakan Jungkook kedengaran.

Ya Tuhan, kenapa gadis di hadapannya sekarang ini sungguh comel dan naif. Gumam Jungkook dalam hati.

"Kenapa aku nak tolak sedangkan aku juga mahukan kau?" Rachel tersenyum mendengar kata kata Jungkook. Dia dapat rasakan rama rama berterbangan di dalam perutnya. Bahagia.

Suasana jeda antara mereka. Jungkook dan Rachel berbalas pandangan dengan senyuman kecil pada bibir kedua dua mereka.

Badan Rachel ditarik lebih rapat dengannya sebelum pipi gebu gadis itu ditekup lembut. Rachel hanya menurut kerana dia yakin akan perasaannya ketika ini.

Ya, dia juga jatuh suka terhadap Jeon Jungkook.

"Maafkan aku, aku abaikan kau dalam tempoh masa lama." Ujarnya lembut. Kemudian, bibirnya disatukam dengan dua ulas bibir merah milik Rachel. Ciuman dilepaskan.

Dahi mereka berdua terbetuh rapat. Hanya nafas yang kedengaran. Jungkook merenung dalam anak mata Rachel, begitu juga gadis itu. Perasaan malu usah dikatakan, dia beranikan diri juga untuk bertentangan dengan mata cantik Jungkook.

"Mulai saat ini. Hati kau milik aku. Aku akan jaga kau. Jaga hati kau. Ingat, kau milik aku, okay sayang?"

Lembut sahaja bicara lelaki itu sekarang. Rachel sekadar mengangguk. Panggilan manis itu cukup membuatkan dia semakin berdebar.

"Aku akan sayang kau macam nyawa aku. Jaga kau macam permata aku. Itu janji aku Rachel Jung. Saranghae."

The Beast | JKKWhere stories live. Discover now