• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
• • Kepada para pembace 'Budak Bukit' yang disayangi & dicintai sepenuh hati, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil/Idul Fitri. Mohon ampun maaf kalau selama ni citer Budak Bukit, Kucing Lorong, Tadpole & Faiz pernah menyinggung atau melalaikan korang.
• • Di kesempatan ini, aku nak maklumkan buat kesekian kalinya yang semua kisah dalam novel bersiri garapan aku hanya sekadar hiburan untuk mengisi masa lapang je. Jangan dipandang serius sangat, okey? Semua watak, plot & jalan cerita hanya dari khayalan & imaginasi aku. Mungkin tak akan terjadi pun di dunia nyata.. hee.
• • Bagi aku, tak salah untuk kita berfantasi & berkhayal asalkan tak mengganggu orang lain, kan? Aku tak mintak para readers untuk menyukai karya-karya aku. Memang ade kontra pada gaya penulisan serta subjek yang aku paparkan dalam semua karya aku tu.
• • Sebut pasal Raya ni, sure korang akan teringat pada lagu-lagu Raya yang bermusim je munculnya. Memang banyak lagu-lagu cam tu kat Youtube tapi lagu Raya klasik & retro yang selalu jadi pilihan kita. Baik bebudak, remaja, dewasa mahupun orang tua. Pelik kan, bila bebudak muda peminat tegar rap, hip hop, rock, pop mahupun indie tetiba layan lagu klasik & retro time Raya nie.. hee. Itu arr penangan lagu lama. Tak lapuk dek hujan & tak lekang dek panas. Aku pun tak terkecuali gak, rasa sayu & meleleh je ayaq mata bila layan lagu-lagu cam tu.
• • Sebenarnya, dua tahun lepas, aku ade publish 'Budak Bukit Edisi Raya' kat dalam BB ni. Korang pernah bace tak? Tahun ni malas plak nak buat edisi cam tu. Idea tak mai pun.. hee.
• • Ade ke lagu Raya baru? Kalau ade pun sure aku tak perasan sebab bunyinya cam lagu yang dok bertanding kat 'Juara Lagu' je. Tak ade jiwa, aura, selera, semangat & mood Raya pun.. hee.
KAT BAWAH NI ADE FAKTA LAGU RAYA YANG AKU BUAT RESEARCH SENDIRI.. HEE
♫ Korang tau tak? Lagu 'Balik Kampung' nyanyian Sudirman tu sebenarnya bukan lagu Raya pun, cuma kita je yang asyik dok mainkan lagu tu time Raya. Ianya boleh dimainkan sepanjang tahun. Sudirman rakam lagu tu untuk gambarkan kegembiraan dia time balik kampung bercuti lepas lama kerja kat KL.
♫♫ Lagu Raya paling popular ialah 'Selamat Hari Raya' nyanyian Saloma yang dirakamkan pada tahun 50-an dulu. Tapi liriknya terpaksa diubah kerana ia menggalakkan bebudak bermain mercun (bahaya ni). Lagu yang kita dengar sekarang ni dah tak ade lagi lirik 'dam dam dum bunyi mercun'. Tapi korang boleh layan lagu ori tu kat Youtube, cari je.
♫♫♫ Kumpulan Cenderawasih (Bersama Di Hari Raya) & Sweet September (Hari Raya Tetap Tiba) merupakan penyanyi bukan Islam yang merakamkan lagu bertemakan Hari Raya & menjadi klasik. D.J.Dave dah peluk Islam time rakam lagu Raya klasik 'Suara Takbir' & 'Menjelang Hari Raya'. Penyanyi remaja mat salih, Gary Gideon lak merakamkan lagu klasik 'Hari Raya' tapi jarang diputarkan di radio atau kat mana-mana, so sad.
♫♫♫♫ Time bebudak dulu, Anuar Zain pernah merakamkan lagu Raya klasik 'Suasana Hari Raya' berduet dengan Ellina Razak. Lemah gemalai je suara & body Bang Nuar time tu.. hee.
♫♫♫♫♫ Ramai gak penyanyi kanak-kanak/remaja yang merakamkan lagu Raya & menjadi klasik. Antaranya Indra Shahrir (Selamat Hari Raya). Kumpulan Ae-man merakamkan semula lagu ni pada 2006. Anuar & Ellina (Suasana Hari Raya), Eddynor Ali (Manusia Miskin Kaya - dia ni budak kecik yang berlakon filem klasik 'Satay' tu) & Gary Gideon (Hari Raya).
♫♫♫♫♫♫ Lagu Raya kat Malaysia ni dinyanyikan dalam pelbagai genre. Ade pop, sentimental, rap, komedi, rock, balada, zapin, joget, jazz, keroncong, dikir barat, boria, nasyid & macam-macam lagi arr. Rasa-rasanya, perayaan lain pun tak ade lagu cam kita, kan? 😁