Bismillah, read and vote!
-
PEDANG diambil dari sarungnya. Jannatul, Raisya, Janaf, Janaz dan Rafi'e bersedia dengan kekudanya.Asqar tersenyum sinis. Dia menyuruh orang-orangnya untuk menurunkan senjata dan hanya menggunakan pedang.
"Aku tak suka lawan dengan perempuan. Tapi, aku suka lawan dengan perempuan ganas macam kau!" Jannatul mengetap bibir. Tahu Asqar sedang merendah-rendahkan kehebatannya.
"Mari mulakan perang!" Lalu semua orang-orang Asqar mula menyerang.
"Hiya!" Jannatul memulakan langkah diikuti yang lain. Dengan satu hayunan pedang Jannatul, 5 orang lelaki berbadan tegap sudah tidak bernyawa. Tidak sampai 5 minit, hampir separuh orang-orang Asqar tumbang.
"Guna senjata!" Jerit Asqar. Dirinya tidak menyangka bahawa Jannatul amat cekap menggunakan pedang. Dia perlu ambil perhatian kerana orang-orangnya semakin berkurangan.
"Hiyya!" Sekali libasan, semua orang yang mengepung Jannatul tumbang ke lantai dengan berlumuran darah.
"Argh!" Jannatul mengerang kesakitan apabila salah seorang orang Asqar menghayunkan pedang ke arah lengannya sehingga membuatkan pedangnya terlempar jauh.
Lelaki itu tersenyum sinis lalu menghayunkan pedang pada Jannatul. Jannatul menutup mata, menanti apa saja yang bakal berlaku pada dirinya.
"Hiyya!" Janaf tampil menyelamatkan dirinya. Lelaki tadi sudah hilang separuh lengannya akibat libasan dari Janaf.
"Anna okey tak?" Tanya Janaf. Jannatul hanya mengangguk.
Jannatul berdiri, lalu melihat sekelilingnya. 3 orang sedang mengepungnya. Janaf menyerang dua orang dengan pedangnya.
Jannatul melihat lelaki di hadapannya. Tanpa senjata di tangan, dia menyerang lelaki itu dengan menendang kaki kiri dan memukul pipi kanan lelaki itu dengan kuat.
Krak!
"Argh!" Lelaki itu menjerit apabila terasa tulang pipi retak.
"This for you!" Pisau lipat yang berada di kakinya di ambil lalu di tusuk ke dalam perut lelaki itu, kemudian di dadanya.
"Anna!" Jannatul menoleh, kelihatan Hajah Jannah dan yang lain sedang di kepung oleh 7 orang lelaki.
"Hiyya!" Dia menendang bahu 3 orang lelaki serentak.
Satu lelaki tampil dan dia menekan tangannya ke dada lelaki itu dengan kuat.
"Anna jaga-jaga!" Jannatul menoleh dan seorang lelaki menghiris pisau ke lengan kirinya.
"Argh!" Terus kakinya menendang kuat kelemahan lelaki itu dan terus di perutnya.
Pisau tadi di ambil lalu dia menikam 4 orang lelaki serentak. Adam Wafie dan yang lain terkejut dengan keadaan itu. Tidak menyangka Jannatul yang baru sahaja menjadi kawannya tadi rupanya seorang Mafia, pembunuh!
"Jannah, apa semua ni? Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa perempuan dekat luar tadi tu? Dan mana suami kau?" Soalan bertalu-talu di ajukan oleh ayah kepada Adam, Imran.
"Maaf, Im. Kami terpaksa rahsiakan semua ni dari kau untuk keselamatan korang selama ni. Tapi, aku tak sangka boleh jadi macam ni."
"Dekat luar tu, anak-anak aku. Anak kandung dan anak angkat aku. Yang selamatkan kita tadi, itu anak bongsu aku, Jannatul Hawa, kawan Adam." Terang Hajah Jannah.
"Kau tak jawab lagi soalan aku. Mana suami kau? Mana Jafar?" Gesa Imran.
"Dia dah takde, Im. Dia hidup dalam dunia gelap sejak dia lahir lagi. Semasa kita semua berjumpa, masa tu, Jafar masih tak tahu musuh dia nak bunuh dia. Selepas kahwin dengan aku, ramai musuh cuba bunuh dia, mufliskan syarikat dan banyak lagi."
YOU ARE READING
GANGSTER NAKAL V.S MAFIA DINGIN
Short StoryKARYA KETIGA GENRE : RANDOM (SHORTSTORY + ACTION) COMPLETED Adam Wafie Siapa tak kenal? Gangster sekolahpaling terkenal. Terkenal dengan gelaran 'pemecah rekod' nama terbanyak dalam buku disiplin. Setiap hari muka yang sama keluar dari bilik disipli...