twenty seven

1.1K 140 4
                                    

"Choi Jera!! Jeon Jungkook! palli ireonaa!" melalak Puan Choi dari tingkat bawah bergema habis satu rumah apabila Puan Choi menjerit. Haa jangan memain Puan Choi ni paskal orangnya.

TUK TUK TUK

"woi woi bangun lah anak dara pemalas! amboi mentang-mentang abang dia dua ekor tu takde ngelat ye nak bangun" bebel Puan Choi setelah menjejak kaki masuk ke dalam bilik Jera sambil mengutip kain baju yang bersepah di lantai.

"alaaaa eomma ni kenapa gerak awal-awal?" rengek Jera.

"haa awal lah! kata nak pergi sekolah hanjong harini?" 

"eh haah lah.. Jungkook bangun tak lagi?" Jera bangun dari katil dengan tergesa-gesa.

"belum, nanti eomma gerak lah"

'cis anak orang baik pulak dia eh bagi masa tidur lebih, anak dia? gerak macam nak mampus' kata Jera dalam hati tanda tidak berpuas hati lalu terus masuk ke dalam bilik air.

-skip-

"kau rasa kali ini aku kena reject tak?" tanya Jera kepada Jungkook sambil berjalan menuju ke pejabat sekolah.

"taktau lah Jera oii, tapi kalau kau dapat, aku pun nak ikut kau" senyum Jungkook hingga menampakan gigi arnabnya yang comel kepada Jera.

"eee kau ni selalu en ikut aku? kau bawak ke maklumat diri kau?" tanya Jera.

"tadaaaaa" Jungkook menunjukkan sebuah fail yang penuh dengan maklumat dirinya. Jera speechless dengan Jungkook, tak sangka Jungkook bawak sekali. Tapi sejak bila mamat ni sempat kutip semua maklumat dia?

Sesampai sahaja mereka di depan kaunter pejabat, Jera menyerahkan semua maklumat diri yang diperlukan kepada kerani pejabat itu. Kerani itu kemudian membelek-belek kertas- kertas itu dan masuk ke dalam sebuah bilik yang mungkin dipanggil bilik pengetua.

Jera melihat ramai orang yang hendak memohon untuk masuk kesekolah ini. Ada yang baru keluar dari bilik pengetua dengan muka yang seronok dan ada juga yang setia menunggu giliran di ruang menunggu. Jera menggosok-gosok tangannya kerana gementar. Jungkook yang melihat keadaan Jera yang amat gementar itu terus meletakkan tangannya di keliling Jera.

Jera membiarkan sahaja kerana dia sudah biasa dengan Jungkook.Tidak lama kemudian kerani pejabat itu kembali dengan fail Jera.

"jeoseonghamnida, tapi pelajar kami untuk tahun depan sudah penuh.. maaf ye" kata kerani itu lalu memulangkan kembali fail Jera. Jera melihat eommanya yang masih tersenyum walaupun telah direject untuk kali kedua.

"huh.." Jera menghembuskan nafas berat tanda kecewa. Jera tau dia sudah banyak menyusahkan eommanya.

"gwaenchanayo, nanti kita try sekolah lain arasseo?" kata Jungkook untuk menenangkan Jera.

"ne.."

"gwaenchana Jera-ssi~ eomma pasti sekolah kali ketiga ni kamu takkan di reject!" kata Puan Choi dengan harapan tidak mahu anaknya nampak sedih. Jera tersenyum kembali dan mereka pun beredar dari pejabat dan pulang ke rumah.

...

"apa kata kau pindah sekolah aku je? apa susah? lagi pun ramai orang yang kau kenal kat sana kan? dekat pulak tu nanti kau datang sekolah jalan kaki je" kata Jina untuk meyakinkan Jera.

"aku taktau lah Jina, aku bukan apa.. aku tak laratlah nak tengok muka orang yang sama HAHAHHAHA" kata Jera, dia sudah letih melihat muka yang sama sejak sekolah rendah apatah lagi muka rakan-rakan sekelasnya.

"kalau dah susah sangat sampai takde pilihan lain, kau pindah lah sekolah aku" kata Jina.

"emm yelahh.." balas Jera, kemudian matanya melilau mencari kelibat Jungkook yang sudah hilang dari pandangan mata mereka.

[C] love you -njm-Where stories live. Discover now