BAB 1

81 1 0
                                    

Hari ini hari pertama Aliya Qaisara masuk ke alam tingkatan 5. Seperti biasalah, hari pertama kena bersemangat.

Qaisara turun ke bawah untuk sarapan. Jam masih menunjukkan jam 6:20 pagi.

"Assalammualaikum Mama Papa" sapa Qaisara bila sudah ada di dapur.

"Waalaikumsalam. Selamat pagi anak mama. Semoga hari ini Sara jadi orang yang bahagia selalu" kata Mama Qaisara.

"Amin" balas Qaisara.

'Inshaallah ma, kalau budak tu tak muncul balik. Dengar dengar budak tu nak balik kat sekolah tu lagi. Ahh tak nak' serabut fikiran Qaisara.

Qaisara pun bersarapan dengan Mama dan Papanya.

Selepas sahaja bersarapan, Papa Qaisara menghantar Qaisara ke sekolah.

Sebaik sahaja sampai di sekolah, Qaisara menyalam tangan Papanya dan keluar dari perut kereta.

"Nanti Papa ambil juga tahuuu!" Jerit Papa dari dalam kereta.

Qaisara cuma mengangguk.

Kereta Papa pun hilang dari pandangan.

Kisya masuk ke dalam sekolah.

'Mane Mira? Tak nampak pun batang hidung diaa' kata Qaisara dalam hati.

"Oiiii!" Tiba tiba ada orang mengejutkan Qaisara.

"Ohh mak kau terpelantinggg" melatah Qaisara lalu memandang ke arah orang itu.

"Miraaa! Awal pagi dah latahkan akuu. Cuba la bagi salam sikit" mencebik Qaisara.

"Assalammualaikum wahai sahabat ku yang tercintaaa" kata Amira.

"Waalaikumsalam" balas Qaisara.

Mereka pun jalan bersama-sama ke dalam kelas.

"Yess. Masih tempat yang sama kelas kitaa" kata Qaisara.

"Uuuu. Aku dengar ade budak baru masuk kat sekolah kita. Lelakii" bisik Amira.

Kata kata itu membuatkan Qaisara terkejut. Tetapi dia buat buat tenang.

"Ohh ye kee? Tak hingin akuu" kata Qaisara lalu duduk di tempatnya.

"Oi korang berdua tak dengar pengumuman ke?! Semua pelajar ke dewan perhimpunan sekarang" marah seorang pengawas yang sama umur dengan mereka.

"Dengar jeee. Tapii boleh tak tegur tuu dengan baik sikitt. Kitaorang ade namee. Aih perempuan nii" marah Qaisara.

"Ape ape je laa" menjeling pengawas itu.

Qaisara sudah ingin mengejar pengawas perempuan itu.

"Sabar Qaisara. Jom lahh. Dia tu memang macam tu. tah kenape la dia jadi pengawas kat sekolah nii" kata Amira sambil menyabarkan Qaisara.

Mereka berdua berjalan ke dewan perhimpunan dan banyak juga pelajar menuju ke dewan tersebut.

'Ckk. Baru je nak mula perhimpunan ni. Kenape la pengawas gedik tu nak marah marahh. Ohh bendera jepun kot' kata Qaisara dalam hati.

Mereka berbaris di barisan kelas mereka sendiri.

Perhimpunan yang tidak di sukai pelajar sudah pun bermula.

Dengan menyanyi lagu kebangsaan,ikrar,doa,ucapan pengetua membuatkan pelajar mengantuk di awal pagi.

Selepas sahaja perhimpunan, semua pelajar masuk ke kelas masing masing.

"Oii kau nampak tak pelajar baru tadii?" Tanya Amira.

"Pelajar baru apee? Tak nampak siapa siapa pun yang baruu. Semua lamaa" jawab Qaisara lalu meletakkan kepalanya di meja.

Aku Jatuh Cinta Lagi..Where stories live. Discover now