BAB 6

41 2 0
                                    

Keesokkan harinya~

Qaisara seperti biasa, bangun dengan bersemangat dan solat subuh.

Qaisara pun bersiap dan melihat jam,menandakan jam 615 pagi

Qaisara keluar dari biliknya dan turun ke bawah.

Di dapur, ada Puan Arin yang tengah sarapan.

"Selamat Pagi Sara" sapa Puan Arin.

"Selamat Pagi Aunty" sapa Qaisara juga.

Beberapa minit kemudian, Aiman pun turun dengan kelamkabut.

"Umi? Aiman gerak dulu tauuu" kata Aiman terburu buru.

"Eh ehh. Kejapp. Bawa Sara sekali. Kamu kan satu sekolah jugaa" kata Puan Arin.

"Err tapii" belum sempat Aiman menjawab, Puan Arin menyampuk.

"Takde tapi tapi. Bawa sara sekali" kata Puan Arin.

"Takpe la Aunty. Sara boleh naik teksi" kata Sara.

"Tak boleh. Pergi Ikut Aiman" kata Puan Arin.

Qaisara berasa lemah dan terpaksa mengikut Aiman.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta.

Kereta pun mula bergerak.

"Pak mat? Pergi rumah Lania dulu yee" kata Aiman.

Qaisara tersentak. Dia cuma berdiam diri.

'Lania lania lania...' kata Qaisara dalam hati dan mengeluh.

Qaisara memutuskan untuk keluar dari kereta.

"Pak mat? Tolong berhenti kat tepi tu. biar Sara jalan kaki. Lagipun sekolah pun tak jauh dari sini" kata Qaisara.

Pak Mat teragak agak untuk berhenti.

"Please Pak mat." Pinta Qaisara.

Pemandu itu pun memberhentikan kereta di tepi.

"Aku gi sekolah dulu" kata Qaisara dan keluar dari kereta.

"Hati hati tauu" kata Aiman.

Qaisara menutup pintu kereta dan jalan kaki menuju ke sekolah.

'Hati hati tau? Bodoh la kau Sara!' Bentak hati Qaisara.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa minit kemudian, Qaisara sampai di perkarangan sekolah.

'Penat' kata hati Qaisara dan mengeluh.

Baru sahaja Qaisara ingin masuk ke dalam kelas, Aiman menjerit namanya.

"Saraa!" Panggilnya.

Qaisara memusing badannya lemah.

Aiman memegang kedua bahu Qaisara dan memandang Qaisara dengan risau.

"Kau ni buat aku risau jee. Kenape kau lambat sampaiii? Kau buat aku risau tahu takk" kata Aiman.

Qaisara memandang Aiman lemah.

"Sudahlah. Aku nak masuk dulu. Tu Lania kau tengah pandang kita dua" jawab Qaisara lemah dan masuk ke dalam kelas.

"Sara? Kenape muka kau pucatt?" Tanya Amira bila melihat sahabatnya baru sahaja meletakkan beg dan meletakkan kepala di atas meja.

"Bagi aku rehat mira.jangan suruh sesiapa ganggu aku" kata Qaisara dan tidur.

Pembelajaran bermula, tetapi Qaisara masih belum bangun dari tidurnya.

Aku Jatuh Cinta Lagi..Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu