BAB 2

58 2 0
                                    

Hati Qaisara sudah sedikit tenang, dia mengangkat kepalanya dan menggosok matanya.

"Dah puas?" Tanya seseorang.

Qaisara terkejut, sedangkan dia sahaja seorang di dalam kelas tu.

"Kat belakang kau" kata orang itu.

Qaisara memandang belakang,ternyata si budak baru Aiman.

Qaisara menjeling Aiman.

"Buruk la kau menangis." Tegur Aiman yang membuatkan Qaisara sakit hati.

"Kau diam lah. Kau tak rehat ke? Mana Amira?" Tanya Qaisara.

"Mira rehat dengan crush dia." Balas Aiman.

Qaisara tahu crush Amira siapa, orang itu adalah Wildan.

"Nah. Kau belum rehat lagi. Makan tu" kata Aiman yang sudah duduk di sebelah Qaisara sambil memberikan kuih dekat Qaisara.

"Aku takde selera nak makan" jawab Qaisara.

"Makan je laa. Ke nak aku buang?" Kata Aiman.

Qaisara terus mengambil kuih itu.

"Membazirr" kata Qaisara lalu makan kuih itu.

"Siape lelaki tu? Teman lelaki kau?" Tanya Aiman.

"Siape?" Tanya Qaisara semula.

"Yang minta maaf dekat kau tu" kata Aiman.

"Bekas" jawab Qaisara.

Aiman cuma mengangguk.

"Saraa?" Panggil seseorang lagi.

Qaisara dan Aiman memandang orang itu.

"Maafkan aku" kata Amizan.

"Jangan ganggu dia lah. Kalau jadi lelaki tu jangan curang." Tegur Aiman selamber.

"Kau diamlahh. Ni masalah aku dengan Sara" kata Amizan

"Masalah sara, masalah aku juga. Dia teman wanita akuu. Jadi jangan kacau diaa. Dah satu tahun kau tinggalkan diaa. Kau senang je nak minta maaf?" Kata Aiman.

Qaisara terkejut bila Aiman mengungkap kisah lamanya. Dimana dia tahu?

"Kau teman lelaki dia?" Tanya Amizan.

"Yee" jawab Aiman.

"Yelah. Dah bahagia." Kata Amizan dan berlalu pergi.

"Kenape kau cakap macam tu dengan dia?" Tanya Qaisara apabila Amizan sudah pergi.

"Kau nak ke kena ganggu lagi oleh dia?" Tanya Aiman.

"Tak nak" jawab Qaisara.

"Nah. Jadi ikut je la ape yang aku cakap" kata Aiman.

Qaisara cuma mengangguk.

"Tapi, macam mana kau tahu pasal kisah lama kami?" Tanya Qaisara.

Belum sempat Aiman ingin menjawab, datanglah 3 orang manusia yang meninggalkan mereka berdua tadi iaitu Amira,Fikri dan Wildan.

"Haa! Budak tu ade kacau kau lagi ke?" Tanya Amira.

"Takde. Dia tak berani kacau Qaisara sebab ade boyfriend dia kat sini" sampuk Aiman.

"Eh dia nii. Dia tanya aku lahh, bukan tanya kauu" kata Qaisara.

"Korang ni, dari first jumpa gaduh je ke? Tak nak jadi kawan?" Tanya Amira.

"Tak"
"Nak"

Jawab mereka serentak dengan berlainan jawapan dan mereka berpandangan.

Qaisara menjeling Aiman.

Aku Jatuh Cinta Lagi..Where stories live. Discover now