Dato Dr Renny sudah sedia di meja makan untuk sarapan. Selang beberapa minit pasangan suami isteri itupun turun.
"Good morning daddy!" Rania dengan riangnya memeluk Dato Dr Renny dari belakang.
"Amboi princess ni! Kamu tu isteri orang behave la sikit. Malu kalau Rayyan lihat kan?"
Rayyan hanya tersenyum. Sayangnya anak kepada ayah memang tiada tandingannya.
"Daddy nak pergi hospital eh" Rayyan bersuara.
"Haah. Lupa pulak nak bagitahu. Daddy tak jadi tau stay sini sebulan. So next week daddy nak balik London dah. Rumah ni daddy hadiahkan untuk kamu berdua"
"Alaaaaaaa cepatnya daddy! Nanti rindu"
"Jangan nak mengada suami kamu tu ada kalau nak melepas rindu hihi" Dato Dr Renny tersengih sengih diikuti Rayyan.
Bunyi sudu dan garfu tanda waktu makan dan senyap.
**************
"Naik"
"Saya nak naik kereta sendiri" Rania cuba untuk membantah.
"Aku cakap naik" dingin sahaja Rayyan pagi ni. Dah kenapa?
"Tegak dekat situ buat apa lagi! Naiklah!" tempik Rayyan. Sungguh Rania terkejut.
"Mak mak naik kereta! Err okay saya naik" mula dah melatah. Rania takut untuk membantah.
"Pakai seatbelt" slow slow Rania memakai.
"Lembik betul. Pakailah cepat!" sekali lagi Rania ditengking. Menunduk dia. Takut.
Terbahak-bahak Rayyan ketawa. "Asal kau takut?"
"Main main eh! Em mana ada saya takut"
"Jangan nak menipu"
"Diam ah!" Rania berpaling ke luar tingkap kereta. Sakit hati! Rayyan pula ketawa tak henti-henti sukalah tu buli orang.
**********
Bella tak dapat nak duduk senang."Cik Bella, Tuan Rayyan masuk lambat hari ni" Farah memberitahu dengan sopan.
"Jangan nak seboklah! Keluar!" Bella menengking Farah. Farah hanya akur.
Pintu pejabat dibuka. Terkejut Rayyan melihat sepupunya ada di dalam.
"Well well ! Pengantin baru kerja jugak ke? Taknak honeymoon dulu?" perli Bella.
"Bella ni dah kenapa muncul awal awal pagi dekat office Danny?" Rayyan duduk di kerusinya.
"Oh. Mentang mentang dah ada isteri Bella pun dah tak boleh nak jenguk Danny ke!"
"No! Bukan macam tu maksud Danny"
"Habis tu apa?" Bella perlahan lahan mendekati Rayyan. Bau dari wangian Bella sungguh menusuk di hidung Rayyan. Tangannya mula menggosok bidang dada Rayyan.
"Bella stop it!"
"No I can't "
"Aku ni suami oranglah!"
********
"Mana Rayyan ni. Cakap nak hantar beg sekejap" Rania menunggu lama di luar pejabat Rayyan.
"Hi" seorang pekerja lekaki menegur Rania.
"Hai"
"Awak isteri Rayyan Danial kan? Business woman berjaya tu? Pengasas produk pearl and shine kan! Wah nak ambik gambar boleh?"
"Boleh" Rania tersenyum.
Setelah pekerja itu pergi. Rania sudah tidak tahan lagi. Dia menguak sedikit pintu pejabat Rayyan. Apakah?
Berdehem Rania. Bella membetulkan semula posisinya.
"Rania" Rayyan terkejut. Dia tidak mahu Rania salah faham.
"Oops! Isteri tercinta dah sampai! I got to go" tersenyum sinis Bella.
"Aku tak buat apa apa. Aku minta maaf. Dia tu yang------" belum habis percakapannya Rania sudah memotong.
"Peduli apa saya? Saya tak tanya pon. Lagipun saya takkan jatuh cinta dengan awak. Saya naik teksi jelah. Assalamualaikum" Rania keluar meninggalkan Rayyan.
'Sampai hati kau kan Rania' Rayyan bermonolog sendiri. Sungguh dia terguris mendengarkan kata kata Rania.
************
"Takguna punya Rayyan!""Apa yang kau bebelkan ni?" Syazana yang sedang menikmati air chocolate hairan.
"Kau tahu tak? Tadi boleh boleh dia buat scene peluk dengan Bella psycho tu! Sakit hati aku tau!" berguling ke atas mata Rania. Tak malu betul Bella tu.
"Habis tu? Kau buat apa"
"Aku cakaplah aku tak kesah pon. Aku takkan jatuh cinta dengan dia lepastu aku blah. Ye memang aku tak kesah pon! Lantak diorang lah!" sekali lagi Rania berguling mata.
Syaz ketawa.
"Kau gelak pesal"
"Tak macam lawak. Kalau kau tak kisah kau takkan marah marah macam ni tau! Dahla Rania.... Jangan ego. Nanti makan diri sendiri baru tahu" Rania terdiam.
*******
Hari yang sungguh menenatkan. Jam menunjukkan pukul 7 malam. Masa untuk Rania pulang. Terpaksalah naik teksi. Hati masih sakit untuk bersua muka dengan mamat tu.Tiba tiba Rania terdengar bunyi derapan kaki berjalan dari belakang. Makin laju dia berjalan makin kuat bunyi itu.
"Tolong!!!!!!" Rania dipeluk dari belakang. Tak semena mena ditendang nya bahagian sulit lelaki itu. Mengaduh sakit lelaki itu.
"Rayyan?!"
Rayyan senyum senget "Sakit woi"
"Awak ni dah kenapa nak peluk saya tiba tiba pulak tu padan muka!"
"Taknak papah aku ke" Rania memapah Rayyan untuk duduk di bangku yang tersedia di luar kedai.
"Awak ni dah kenapa datang sini kan dah dapat sakit"
"Garang betul lah kau ni! Sorry tau pasal tadi. Aku memang tak buat apa apa . Percayalah" Rayyan masih lagi membongkok menahan sakit di bahagian sulitnya.
"Betul?"
"Yup! Dah jum balik"
"Boleh ke tu......" sengaja tu dideretkan. Tekekek kekek Rania ketawa. Balasan namanya. Rasain lo!
YOU ARE READING
MR PERFECT MILIK AKU !
Romance[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...