Rania dan Rayyan duduk di hadapan televisyen. Rizz Darwish sudah lena di atas. Rayyan merapatkan Rania ke dalam pelukan.
"Hubby"
"Kenapa sayang?"
"Nah!" sebuah beg dihulurkan.
"Apa ni?" Rayyan membuka beg tersebut untuk melihat isi di dalamnya.
"Ingat tak?"
"Sayang? Ni bukan jacket hubby dulu eh?"
"Ha! Memang! Jacket yang hubby buang dalam tong sampah dulu" Rania mencebik.
"Alololo shayang hubby ni. Cebik apa tu? Hubby cium nanti" tertawa Rayyan.
"Dalam tu ada surat. Sayang tak ubah pun surat tu. Surat yang sama 4 tahun lepas"
from: Rania Rafesya
Thanks for everything:)
"Dah buruk dah kertas ni baru nak kasi kat hubby?"
"Eleh dah kasi dah hubby je yang taknak pi buang dalam tong sampah. Kita balik yang mengoreknya"
Rayyan meletakkan beg itu di atas meja.
"Sayang, camera sayang mana?"
"Camera yang Uncle Joe bagi tu?"
"Hm"
"Ada je dalam bilik kenapa hubby?"
"Kalau sayang nak tahu, hubby yang belikan camera tu untuk sayang. Hubby yang bagi dan sepanjang sayang dekat London dulu hubby selalu call Uncle Joe untuk pastikan sayang sihat"
"Hubby ni kan! Patutlah dekat bawah ada tulis R&D hubby rupanya"
"Sayang"
"Ha apalagi?"
"Sayang ada hutang dengan hubby tahu tak"
Rania blurr.
"Hutang apa b?"
"Hutang dalam bilik!"
Rayyan mencepung Rania masuk ke dalam bilik. Mereka bergurauan sepanjang malam. Gurau gurau dalam bilik takkan tak faham.
"Hubby nak second child boleh?"
"Nak triple sekali pun boleh"
Malam pun dipenuhi dengan asmara dua pasangan suami isteri itu.
******
"Rizz, panggil mama turun, cakap Aunty Bella, Uncle Am dengan Aunty Syaz datang""Okay papa!" berlari Rizz naik tangga. Haih budak-budak.
"Makin berseri aku tengok kau sejak kahwin minggu lepas" Rayyan sengaja mengejek Amran. Bella sudah memerah.
"Biasalah bro. Sekarang aku dah faham perasaan kau, nikmat dalam bilik tu" Amran berbisik dengan Rayyan sambil tertawa. Bisikan itu didengari oleh Syaz dan Bella.
"Eh korang berdua ni! Malulah Bella. Saya ni pompuan saya tahulah. Kan Bella?" Syaz mencelah.
"Haa betul tu. Macam-macam eh awak ni!" Bella mencubit peha Amran. Mengaduh sakit Amran.
Mereka ketawa mendengar cerita masing-masing.
"Papa!!!!!!!" Rizz menjerit dari atas.
Semua bergegas naik ke atas.
"Ya Allah Rania" Rayyan mengangkat Rania ke atas katil.
"Bro, aku boleh check, nasib baik ada bawa beg peralatan pesakit"
Setelah beberapa minit Amran memanggil semua orang untuk masuk ke dalam bilik.
"Macam mana b?" Bella bertanya risau.
"Hm Rizz, masa Rizz panggil mama tadi, mama memang dah pengsan ke?"
Rizz yang menangis sambil didukung Rayyan cuba untuk bercakap.
"Tak. Ta ta tadi mama mun muntah le lepashtu mama ti ti tidur tutup ate"
Semua orang tergelak melihat telatah Rizz.
"Dear, dear bagi je lah dekat Rania nanti kita beli yang baru eh" Amran memeluk bahu Bella.
"Bagi apeni? Rania okay tak?" Syaz yang duduk di atas katil bertanya risau. Suami Syaz tak ikut. Suami dia tengah bekerja.
"Jap" Bella membuka beg tangan dan memberi alat pengesahan mengandung.
"Weh, serious lah" Rayyan sudah tersenyum.
"Kau jangan berharap dulu. Ni ramalan aku je. Okaylah aku dengan Bella balik dulu lah. Kitorang ingat nak singgah sekejap je tadi. Sorry bro"
"It's okay"
Amran dan Bella berlalu pergi.
"Rayyan, awak temankan Rania. Biar saya bawak Rizz turun. Rizz jum ikut aunty"
"Oteyy" Syaz memimpin tangan Rizz keluar dari bilik. Hanya Rayyan dan Rania sahaja yang tinggal. Rayyan duduk di sebelah Rania. Dia mengusap lembut kepala isterinya. Tudung dibuka dan diletakkan ke tepi.
"Hubby" Rania sudah sedarkan diri.
"Sayang nak buat apa ni?"
"Nak duduklah" Rania terus duduk sambil kepalanya mendarat di bahu Rayyan. Tangan Rayyan pula sedang merangkul pinggang Rania.
"Sayang okay tak? Ada sakit-sakit?"
"Tadi rasa mual sangat lepas tu tak tahu apa jadi"
"Hm dahdah rehat je"
"Hubby? Pregnancy test? Mana dapat?" Rania terlihat alat itu di tangan Rayyan.
"Amran dengan Bella datang tadi. Syaz ada dekat bawah temankan Rizz. Amran ramal sayang pregnant. Bella korbankan lah pregnancy test dia untuk sayang. Tapi, hubby tak berharap sangat lah sayang"
" Bak sini. Sayang nak check sekarang jugak"
30 minit Rania di dalam tandas.
Rania keluar dengan muka hampa.
"Takpa, hubby faham. Lagipun kita baru je try malam tadi. Takkanlah hasilnya terus hari ni. Sabar je sayang k" Rayyan memegang kedua-dua bahu Rania.
"Belum ada rezeki lagi lah kita nak try lagi lepas ni"
"Apa maksud sayang?"
"Kita takleh nak buat anak lagi lepasni"
"Kenapa pulak?"
"Sayang pregnant!!!!!!!" Rania bersorak gembira sambil menunjukkan alat itu kepada Rayyan.
"Sayang ni kan!!!" Rayyan memeluk Rania erat.
"Terima kasih sayang sebab dah bagi hadiah terbesar buat hubby kali kedua"
"So, Rizz nak ada adik dah"
Rayyan mengangguk riang. Dia mencium bibir Rania sekali.
"Kenapa sekejap sangat?" Rania tersenyum nakal.
"Nakal eh isteri hubby sekarang ni"
Alhamdulillah. Sekali lagi Allah memberi rezeki kepada Rayyan dan Rania. Semoga ikatan cinta ini akan kekal sampai syurga. Amin.
YOU ARE READING
MR PERFECT MILIK AKU !
Romance[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...