HOHB : 9

5.1K 277 8
                                    

"BOHONG! Mana Ratna?" maki Harita kepada Datin Sarah. Ilham memegang bahu ibunya supaya Harita tidak tertumbuk Datin Sarah pula.

"I'm not lying! Ratna lari!" sanggah Datin suara dengan nada suara turut sama tinggi dengan Harita.

"Awak tak payah menipu!"

Suasana kecoh di dalam rumah membuatkan Elvina dihambat rasa ingin tahu. Dia mencuci tangan di singki berdekatan dan melangkah ke dalam rumah bersama uminya. Kepalanya terjenguk-jenguk melihat sekeliling rumah yang menjadi tempat orang berkerumun. Matanya tertancap pada pasangan suami isteri yang sedang menunduk ke lantai.

"Macam mana saya nak teruskan majlis ni? Tahu tak yang sekarang ni awak dengan anak awak sangat selfish?" Memetir suara Harita menggegarkan rumah menggerunkan semua yang hadir.

"Maafkan saya, Ita. Tapi tadi saya ke bilik Ratna dia dah takde, tinggal nota," ujar Datin Sarah tanpa melihat wajah Puan Harita yang merah itu dengan merenung lantai.

"Alasan! Habistu kenapa Am call dia semalam dia okey aje?" celah Ilham menyemarakkan lagi keadaan. Semalam elok dia berfacetime dengan Ratna, dia sendiri teruja!

Lidah Datin Sarah kelu dengan tuduhan Ilham itu.

"Kau memang sengaja nak malukan keluarga aku kan, Sarah?" Suara Harita bertukar keras dan dia menukar panggilan mesra 'saya-awak' kepada 'aku-kau'.

"Entahlah Am, dah dia nak lari apa lagi yang aunty boleh buat?" balas Datin Sarah selamba denan nada bongkak dalam suaranya. Jawapan selamba Datin Sarah itu membuatkan darah Ilham dan Harita naik mencanak lebih tinggi.

Tanpa sebarang amaran, Harita memgangkat tangannya bagai telah bersedia hendak melempang wajah Datin Sarah akibat mulut celuparnya. Namun nasib baik Ilham dapat menahan tangan Harita itu.

Ternampak akan situasi yang meruncing, Elvina berlari mendapatkan Harita dan memegang tangan belah kiri Harita daripada melempang Datin Sarah didepannya itu.

Datin Sarah tersenyum sinis. "Jom bang, kita pergi. Duduk sini bukan dapat apa pun. Orang low class macam mereka ni, bukan dapat duit pun melayan," ujarnya sambil memandang Harita, Ilham dan Elvina atas bawah. Datin Sarah mendengus sebelum menarik tangan suaminya pergi dari kawasan rumah tersebut.

"Hoi, siapa nak bayar majlis ni?" bentak Harita kasar sehingga dia bertindak berlari kearah kereta pasangan suami isteri itu.

Laju kereta mewah Mercedes milik Datuk Sofian dan Datin Sarah yang dibawa oleh pemandu mereka meluncur laju meninggalkan kawasan perkarangan rumah itu. Manakala, Ilham, masih statik berdiri dengan tangannya lincah mendail nombor telefon tunang kesayangan.

"You've reached the mailbox for this number. Please leave a message after the tone." Operator talefon Ratna berbunyi.

"Ratna, sayang. You dekat mana? You lupa ke harini majlis kita? Datanglah Ratna, I tunggu you," ujar Ilham perlahan dan penuh harapan. Dia meninggalkan mesej kepada operator tadi lalu menyimpan talefon kedalam poket baju melayunya kembali.

Ilham merapati Harita yang masih sedang meraung diatas lantai sambil ditenangkan oleh Elvina dan Juwita.

"Bu, bangun, ibu," Dia menghulurkan tangannya kepada Harita supaya wanita itu bangun.

Harita menggeleng dan masih terduduk diatas lantai konkrit rumahnya. Runsing kepalanya dengan masalah ini. Bagaimana dengan majlis ini? Bagaimana dengan tetamu jemputan lain? Macam mana dengan maruahnya dan Ilham? Begitu banyak benda yang memenuhi otaknya sehingga dia penat.

"Am, ibu dah kata Ratna bukan perempuan yang baik. Tapi, Am ada dengar cakap ibu tak? Am teruskan pertunangan Am dekat luar negara tak bagitahu ibu!" jerkah Harita kesal. Dia teringat kembali disaat dia tidak merestui hubungan Ratna dan Ilham, anaknya itu bertindak untuk membawa kekasihnya terbang ke London dan bertunang disana. Mahu tak mahu, dia terpaksa merestuinya, tapi sekarang?

Her Other Heartbeat | TERBITWhere stories live. Discover now