Bab 4

4.1K 137 1
                                    

           " A--apa? "

Tergagap Ayreen mendengar kata-kata lelaki dihadapannya tika ini.

Bayaran?

No..no.. Takkan dia? What? Taktau baik buruk dah ke?

        ' mamat mulut takde insurans ni dah gila ke? takkan aku lempang dia terus nak bayar dengan duit? Haa, tak pun.. , ' Ayreen bermonolog dalam hati.

Dia segera menyilangkan tangannya ke dada apabila mata Amsyar melirik ke tubuhnya.

( Amsyar POV)

Aku tertawa kecil melihat gelagat gadis ini. Takkan dia fikir aku nak buat benda tak elok?

           " Hm, kalau kau nak pun... "

Aku sengaja melirik tubuhnya seketika. Dia masih dalam pautanku. Tangan aku pun masih dekat pinggangnya. Dia tak nak lepas ke apa? Hm, haritu boleh je rentap bagai.

           " JANGAN mengada eh! ," gadis itu bersuara. Nadanya tegas saja kedengaran.

Sumpah, kalau boleh aku nak ketawa bergolek je dekat sini bila tengok muka cuak budak ni.

Dengan segera aku melepaskan pautan tanganku dari tubuhnya. Dia terjelepok di lantai kantin itu. Ramai mata memandangnya.

          " Aku tak ingin pun dengan kau. Kalau dah benda kau tu.. "

Aku menjuih bibir ke arah dadanya.

          " Hm, kecik je. Aku rasa tak berbaloi kot hahaha. Cau! ," kataku seraya memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluar dan terus berlalu pergi.

Sempat aku tertawa kecil melihat wajahnya yang kemerahan. Marah? Malu? Aku pun tak pasti.

            Aku duduk memandang ke arah kolam renang yang tersedia khas di belakang rumah. Kaki direndam ke dalam air.

         " Jahat sangat ke? Aku malukan dia?, " aku menyoal diri sendiri.

Sumpah, hati aku tak tenteram daripada tadi.

         " Kenapa aku perlu buat macam tu? Alasan sebab dia lempang aku? Hahhahaha lawaklah, " tawa kecil dilepaskan.

Fikiran terbang entah ke mana.

Tingg!

Telefonku berdering ringkas menandakan ada mesej yang masuk.

Apa lagi kalau bukan Riz ajak lepak mamak?      

On, baby! Lantas aku masuk ke rumah dan naik ke bilik untuk menukar pakaian. Seusai itu, kunci kereta dicapai.

          " here we go, sayang "

Enjin kereta BMW itu dihidupkan.

( Ayreen POV)

Aku masih terduduk di atas sejadah dan masih setia dengan telekung. Allahu, malunya aku.

Tangan ditadah.

          " Pulihkanlah semua keadaan, Ya Allah.. Sesungguhnya hari ini cukup membuatkan aku rasa malu di khalayak ramai. Apa ini balasanku? Aku cuma mempertahankan diri ketika itu.. "

Mutiara jernih mulai jatuh berlinangan di pipi.

           " Aku benci kau. Kau jatuhkan maruah aku depan semua orang ," tangan mengepal tumbukan

Bantal peluk ditumbuk bertubi-tubi.

        Setelah habis saja mengemas apa yang patut, aku terus baring menenangkan diri. Teringat kembali apa yang Cikgu Kev beritahu semasa dalam kelas tadi.

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now