Bab 25

2.8K 108 1
                                    

Ayreen POV

Aku tekad ingin mengetahui siapa tunangku yang sebenarnya. Kalau Amin tidak mengaku, siapa lagi? Iz? Amsyar? Tapi aku pasti ini semua kerja Amin tanpa aku sedari .

Tambah lagi bila ibu kepada pihak lelaki cakap pasal melamar.

Tiada siapa yang melamarku selain Amin.

         Dunia seolah berputar laju, tanpa disangka hanya tinggal tiga hari lagi Ayreen bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dia tidak mungkin kenal . Tetapi firasat hatinya keras mengatakan itu adalah

Amin.

Syed Al-Amin.

Iz sekarang sudah jarang ada dirumah, tiada sesiapa yang menjadi teman bualan kecuali Makcik Sal . Ada satu perkara aneh berlaku . Makcik Sal menyuruh Ayreen memanggilnya dengan gelaran 'ibu' .

Tidakkah pelik?

Tetapi dalam keanehan itu, aku juga dapat merasa kasih sayang seorang ibu daripadanya . Liya, anak kandung Makcik Sal juga sering berkunjung ke rumah .

Aku baru tahu umurnya setahun muda dariku . Sikapnya yang manja dan suka bergaduh dengan Iz membuatkan suasana rumah sering menjadi ceria . Tidak suram seperti dulu .

Walaupun aku tidak menyukai pernikahan ini, aku terpaksa memaniskan muka tatkala ramai saudara Makcik Sal datang berkunjung.

         " Haa, kak Reen termenungkan apa tu? ," sergah Liya yang datang tiba-tiba.

          " T-takde apa. Ni Liya nak apa? Tu siapa? ," aku menyoalnya apabila terperasan seorang gadis lingkungan umur Liya juga.

Liya memanggil gadis itu .

           " Ni Zahra Qisteena boleh panggil Qis takpun Zahra je . Dia ni kawan baik Liya dekat sekolah ," Liya memperkenalkan rakannya.

Zahra bersalaman denganku .

            " Kak, jomlah ikut kitorang pergi cari buku . Teringinlah nak minum Brown Sugar Boba Milktea ," pujuk Liya dengan wajahnya dibuat comel.

Eh? cari buku apa kena mengena dengan boba milktea? Haihla budak-budak.

              " Dah tanya Ibu? "

Mereka berdua mengangguk . Sengihan ditayang.

              " Kalau macam tu, akak tukar baju kejap ea? ," aku berpamit .

♔♔♔♔

Seperti yang dijanjikan , kami pun tiba di mall . Tempat yang sama masa aku pergi beli barang dengan Iz . Tempat sama jugak aku berbaik dengan Amin . Haih, lelaki tu terus diam lepas gaduh haritu.

          " Kita cari buku dulu . Ni nak cari buku apa? ," aku menyoal Liya yang sepertinya kalut hendak pergi ke mana.

          " Buku aktiviti Matematik Liya hilanglah, kak.. Tu yang cikgu suruh beli baru ," jawab Liya .

Zahra terangguk-angguk menyokong rakannya itu .

            " Tu kedai buku, kita cari dekat sana "

         Hampir setengah jam dihabiskan untuk mencari buku Liya, akhirnya kami pun singgah di salah satu kedai Boba Milktea yang ada dalam mall tersebut.

Tealive.

Aku dengar ramai je yang cakap dekat sini air dia sedap . Boba dia lembut , why not kita cubakan?

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now