BAB 3

286 10 0
                                    

DATIN Doktor Muhayya, merupakan seorang doktor pakar yang terkenal di bahagian nefrologi. Kepakarannya tak perlu dipertikaikan lagi. Satu Malaysia dah tahu. Dia tu selalu aje menjadi pakar rujuk... Yalah, orang lama!

Itu belum cerita hal kepakaran suaminya pula, Dato' Doktor Hafez. Kalau Hafiy, doktor pakar mulut dan maksilofasial... Daddy dia pula, seorang pakar bedah plastik. Tu belum masuk adik-beradiknya, ipar duai, sepupu-sepapat...

Ayah pernah cakap dengan aku...

"Dinda, ayah nak tanya...Hang ni betui-betui ka nak menikah dengan Hafiy tu?"

"Betuilah ayah. Awat ayah tanya lagu tu?"

"Depa semua tu pakar tu... Pakar ni. Ayah takutlah dengaq. Dahlah dia tu satu-satunya anak lelaki depa... Sungguh ka, Dinda? Habih pikiaq ka?"

"Anak ayah pun pakar juga..."

"Pakar apa?"

"Pakar curi hati Hafiy."

"Takut nanti tercakaq hati tu..."

Ah... Ayah!

Akhirnya apa yang ayah takutkan menjadi kenyataan.

"Datin... Jemputlah duduk. Sat na, Dinda pi buatkan ayaq."

"It's okay, Dinda. Tak perlu buat ayaq. Saya la ni tak dak banyak masa, Dinda, hajah. Saya nak kena balik ke hospital. Nak kena sediakan pembedahan untuk esok."

Mak terus pegang tangan aku seakan dia tahu... Apa yang akan jadi nanti. Aku... mula berdebar!

"Anyway..."

Sekeping sampul surat diletakkan atas meja. Aku tak tahu apa isi kandungannya. Kad kahwin? La ni kad kahwin pun memang nipis-nipis.

Aku mula nak senyum dah...

Tapi...

"Saya mai ni membawa hajat Hafiy. Dia nak bataikan pertunangannya dengan Adinda. Hafiy berikan saya cek untuk bayaq semua ganti rugi dan cincin tu, tak perlu dipulangkan. Itu kiranya, hadiah daripada Hafiy."

Lagi erat tangan mak memegang tangan aku.

Aku?

Terus tersentak!

Walaupun aku tak jangka ini akan berlaku... Namun, apa yang aku tak sangka... Maruah aku dan keluarga aku dinilaikan dengan sekeping kertas. Selama ini Hafiy selalu melayan mak dan keluarga aku dengan baik. Walaupun status keluarganya itu... Terlalu hebat berbanding dengan keluarga aku, Hafiy tak pernah jadikan itu satu perbezaan. Kalau tak, kenapalah aku bersungguh memilih dia dulu? Kalau aku tahu, inilah cara dia... Aku tak akan terima dia dulu!

"Rasanya, 30 ribu ni dah cukup."

Aku mengeluarkan cincin dari jari manis aku. Kemudian aku masukkan ke dalam sampul surat itu.

"Saya dengan rasa berat hati memulangkan semuanya apa yang dia hadiahkan untuk saya. Maaf, saya tak boleh terima penghinaan seperti ini. 30 ribu bukan nilai yang setaraf dengan keluarga saya, hatta 30 bilion sekali pun tak akan setanding. Datin bagilah balik dekat Hafiy. Saya rasa, hutang dah langsai. Kan, mak?"

Mak mengangguk-angguk. Aku nampak bergenang air mata di kelopak matanya. Sahihlah dia berharap sangat aku akan jadi dengan Hafiy. Baru saja dia bercakap pasal kenduri. Akhirnya, kenduri tak jadi. Tak apalah, mak. Dah tak dak jodoh, nak buat lagu mana. Adalah hikmah tu, saja nak tunggu ayah meninggal kut... Tak nak ayah berkecil hati!

"Rasanya datin boleh balik la ni. Susah-susah aje datang ke rumah buruk saya ni. Patutnya, Whatsapp aje tadi. Saya boleh aje faham. Sekarang kan zaman moden, duk di London pun boleh putus."

BAKAL MENANTU MAK AWAKWhere stories live. Discover now