Setelah dua tahun bertunang, Adinda Zuleikha akhirnya ditinggalkan Hafiy Mukhlis dengan sekeping kertas. Walaupun Hafiy menyatakan dia buat semua ini gara-gara mama dia menghidap kanser hati... Adinda tak mahu peduli. Dia tekad untuk meninggalkan Hafiy sehinggalah muncul Jad Iman Lee. Jad merupakan anak Mak Cik Susan, pesakit yang dijaga Adinda. Percintaan Jad dengan Nellysa selama tiga tahun itu turut terputus akibat permintaan terakhir mami Nellysa yang juga menghidap kanser hati. Terkejut dengan alasan Hafiy dan Nellysa yang sama, Jad mengajak Adinda untuk bersekongkol kantoi kan Hafiy dan Nellysa. Tapi, apa yang mereka tak sangka... Diri mereka sendiri yang terkantoi! Tak pasal... Adinda dan Jad dah jadi bakal menantu untuk mak masing-masing! Nak tak nak... Mereka cuba untuk meneruskan rancangan yang memaksa untuk mereka bersama. "Entahlah... I kinda like you! Apa kata kita ikut aje rancangan ni. Rasanya, tak perlu nak complicated sangat kut... Kan?" Takut kalau-kalau hubungan yang baru ini kecundang seperti hubungan mereka yang telah lalu, Jad dan Adinda tekad untuk berhati-hari menjaga hati. Tapi tak sangka, dek kerana terlalu berhati-hati... Mereka kehilangan antara satu sama lain. "Anyway... This is your last payment." Entah apalah nasib Adinda, sering saja ditinggalkan dengan sekeping kertas. Sedih dengan dua hubungan cinta yang tak kesampaian, Adinda membawa diri memulakan hidup baru. Tak sangka... Hubungan lama muncul kembali! Orang kata, jodoh itu sejauh mana kau kejar. Kalau kita yakin yang dia adalah jodoh kita, kita harus perjuangkan. Jadi, siapakah bakal menantu mak yang layak untuk Dinda juang kan?