BAB 5

219 7 1
                                    

HAJAT hati nak rempit aje terus. Nanti telefon mak dan cakap aku pi lepak rumah Maya sat. Tapi, bila aku fikir balik... pasai apa aku nak lari pula? Bukan aku yang bersalah dalam hal ni. Dengar aje la apa lagi dia nak membohong aku.

"Baru balik?"

"Taklah. Baru merempit."

Tak payahlah nak intro sangat... Cuaca elok ke, kerja banyak ke, semua tu basi! Tak ada masa pun nak melayan. Aku matikan enjin dan tolak tongkat motorsikal. Aku buka helmet.

"Awat mai ni? Masa duk tengah bertunang, payah nak nampak batang hidung. La ni dah tak bertunang, boleh pula mai sini. La ni, mai buat apa? Kalau nak cakap pasai tunang tu, rasanya benda dah selesai. Tak payah kut nak cakap apa-apa... Buat tambah sakit hati aje."

Aku ni kalau dapat membebel...

Habihlah keluaq bahasa Gurkha!

"Minta maaf pun saya tak mau dengaq dah."

Hafiy mengeluh.

"Nak apa ni? Kalau nak berdiri tegak lagu tiang bendera, baik pi ke sekolah. Bukannya duk depan rumah saya ni."

Tak ada dah... abang – Dinda...

Saya – awak dah sekarang.

Itu nasib baik aku ada hormat juga, kalau tak... dah beraku-hang dah kut!

"Let me explain my plan to you."

"Saya rasa saya dah cakap elok-elok dah, Doktor Hafiy. Jangan sampai saya naik ataih kepala sat lagi kut!"

"Ini semua kehendak mama bukan kehendak abang, Dinda!"

"Klise sangat. Macam dalam drama sinetron. Lepaih tu, awak ikut cakap mama awak sebab awak nak jaga hati dia. Awat? Saya ni tak dak hati ka?"

"She is sick, Dinda. Abang nak ikut aje apa yang dia nak buat sementara waktu. Nanti bila dia dah tak ada... Abang akan balik semula pada Dinda."

"Tak nak."

"Tak nak?"

"Tak kisahlah, dia sakit otak ke sakit apa ke... Dia dah buat keputusan bagi pihak awak. Even awak sendiri pun tak boleh nak buat keputusan untuk saya dan awak. Saya tak nak masuk campoq. Saya reda. Saya dah dapat rasa, kita ni memang tak ada jodoh sejak dulu lagi. Kalau dia tak suka saya sekarang, sampai dah mati pun dia tetap tak suka. Saya tak nak mimpi kena cekik hantu dengan mama awak tu."

Aku tarik nafas. Aku pandang Hafiy. Memang berat nak buat keputusan ni. Tapi, aku kena buat juga. Aku ni sungguh pun perempuan, aku ada ovari tau... bukan macam dia, tak dak teloq!

"Macam ni la, Doktor Hafiy... Kita ambil jalan mudah, jalan yang menyenangkan semua pihak. Saya bukan tunang awak, awak bukan tunang saya. Saya berhak memilih dengan siapa saya nak bersama, begitu juga dengan awak. Putus maknanya putus. Kalau ditakdirkan saya memang berjodoh dengan awak... Kita tak perlu nak plan macam ni, tetap akan jadi jodoh saya dengan awak."

"Dinda..."

"Maaf. Itu keputusan saya. Sila hormati keputusan saya, walaupun awak pernah nak hormat saya sebagai tunang awak. Sepatutnya sebelum ini semua berlaku, awak beritahu saya dulu. Ini tak... Awak biarkan mama awak buat keputusan untuk kita. Tak apalah, saya faham. Kalau saya di tempat awak, saya akan buat hal yang sama. Yalah mak kan... Mana ada juai kat market. Mungkin bezanya saya dengan awak... Saya mungkin cepat sedar diri kut supaya ini semua tak akan terjadi. Yalah, saya pipit... Awak enggang. Seperti yang saya pernah cakap dengan awak, kita tak pernah sesuai. Assalamualaikum."

Aku terus tutup pagar, tinggalkan Hafiy.

Aku tak nak menoleh ke belakang dah...

Buat apalah aku perlukan lelaki yang tak boleh melindungi aku? Kalau betul dia cintakan aku, dia akan buat apa saja untuk pertahankannya. Bukannya pakai mama dia. Aku faham aje, anak lelaki... Syurga kat bawah tapak kaki ibu. Tapi, kalau mama dia memang dah tak suka... Takkan aku nak paksa dia buat benda tak elok yang menghalang dia daripada dapat syurga tu.

"Mak dah ajak dia masuk... Dia tak mau."

"Dia jumpa mak ka tak sat?"

"Jumpa. Siap minta maaf semua. Tapi mak kata... Lebih elok dia habaq dengan Dinda sendiri."

"Okeylah tu, dia jumpa mak juga. Ingatkan tak jumpa. Ingatkan dah hilang rasa hormat dia dengan mak."

"Ada kata lagu tu... Dia doktor tau."

"Doktor pun... Ada juga bangang dia..."

"Eh, hang ni..."

Aku tersengih. Dia pun manusia juga. Bukannya sempurna. Aku pun tak kata aku sempurna juga. Tapi, bak kata orang Perancis... What you give, you get back la!

Sebenarnya kan, sayu juga melihat wajah sedih Hafiy tu. Tapi aku keraskan hati juga. Kalau ikutkan hati jahat aku, nak saja aku ikut plan dia. Tipu mama dia, konon dah putus... Lepas tu, bila mama dia tak dak... Sambung balik. Hang ingat mama dia tu, bodoh ke? Sahihlah dia suruh Hafiy menikah dengan orang lain sebelum dia meninggal dunia. Satu-satunya anak lelaki... takkanlah suruh putus... Putus saja. Mestilah ada runcit-runcitnya lagi. Knowing Datin Doktor Muhayya... Jalan penceritaannya bukan semudah itu.

Entahlah Datin Doktor Muhayya oiii...

Kuboq kata mari...

Rumah suruh pergi...

Pun tak sedaq diri!

Patutnya, dia kenalah berbahagia dengan pilihan anak dia sebab yang nak hidup tu anak dia... bukannya dia. Tapi nak buat macam mana... Antara hajat dan darjat, darjat lebih utama. Hajat anak... Lantak pi la. Asaikan hajat diri sendiri diutamakan. Kalau masuk PRU ni, mesti kalah!

"Dia habaq mama dia sakit jadi dia ikut saja cakap mama dia... Asai mama dia senang hati. Sakit apa entah mama dia tu?"

"Hafiy habaq mama dia kena kanser hati."

"Elok sangatlah, mak... Busuk hatinya."

"Eh... Hang ni."

"Betui apa... Jangan ingat doktor tu, boleh merawat semua benda tau."

"Jangan berdendam, Dinda. Allah tak suka."

"Mana ada Dinda berdendam. Dinda habaq dah kat Hafiy, kalau ada jodoh, adalah. Nak ikut dia punya plan... Dinda tak maulah. Mana tau, jodoh Dinda on the way dah ke..."

"Dah tu dia kata apa?"

"Dia tak puaih hati la. Tapi apa boleh dia buat pun? Hati Dinda... Suka hati Dindalah nak buka pada Kanda mana-mana..."

"Jangan Kanda nasi kandaq sudah..."

"Ha sebut pasai nasi... Nak mandi, nak solat... nak masak. Mak makan nasi habih dak tadi?"

"Ada sikit lagi. Teringin nak makan ikan masak asamlah. Ada ikan tenggiri tu, perhabih pi la..."

"Okey, bos..."

Masak asam senang aje. Pejam mata boleh buat. Yang penting, mandi dan solat sat. Tapi baru saja aku melangkah masuk ke bilik aku, telefon aku berbunyi. Aku capai telefon dari dalam beg. Aku tengok nombor telefon tak dikenali muncul di skrin. Teringat kata-kata Kak Liza kemungkinan si Jet Lee tu mungkin nak telefon aku... Aku terus angkat.

"Helo... Boleh saya cakap dengan Adinda Zuleikha?"

Akhirnya...

Suara kekwat tu muncul.

"Haluuuu... Rumah Urut Cute-Cute sini. Mau booking belapa hali bulan? Cute-cute halgaaa kita kasi sama you! Don't wolly be happy Hello Kitty... Kita kasi cute-cute amoiii massage sama you!"

Terus...

"Sorry... Sorry wrong number."

Klik!

Lepas tu aku gelak.

Padan muka hang!!! 

BAKAL MENANTU MAK AWAKWhere stories live. Discover now