BAB 6

241 8 1
                                    

HIDUP tu jangan pernah berbuat jahat dekat orang... Bila-bila Allah tu boleh bayar cash. Tu la, aku dah kata dah... Cepat atau lambat, dia mesti akan telefon balik punya. Lantak. Bukan aku tak kasihan kat Mak Cik Susan tu, tapi anaknya perlu diajaq supaya jangan kurang ajaq sangat.

Pagi ni... Aku tak masak.

Sebab nak siap-siap pergi kenduri. Ada dua buah kenduri yang aku dan mak nak pergi. Dua-dua buah kenduri tu kenduri sepupu mak. Kenalah pergi. Tapi, tahan sajalah telinga bila dia orang tanya, bila pula kenduri aku.

Telefon aku berdering sekali lagi...

Eh... Mamat ni lagi.

Rumah urut pun ada cuti juga tau!

Aku ingat, sekali saja mamat tu telefon. Selepas itu, dua tiga kali juga dia telefon. Aku angkat jugalah semalam. Tapi pagi ni malaslah. Penat dah aku tukaq telo jadi cina pek gersang. Sampai mak pun pelik...

"Sejak bila rumah kita ni jadi rumah urut?"

"Saja nak mengenakan anak Mak Cik Susan tu. Hari tu berlagak sangat kan. Sekarang baru ada akai..."

"Awatnya? Mak dia sakit ka?"

"Dak aih... Mak dia tu cerewet, tak mau Kak Liza jaga dia. Nak Dinda juga yang jaga. Kak Nad dah kata dah... Mesti akan jadi lagu ni. Kalau jadi lagu ni, Kak Nad nak suruh adik dia tu cari Dinda sampai dapat. Pandai buang, pandailah cari. La ni dia duk carilah ni. Tu yang Dinda jadi amoi Rumah Urut Cute-Cute..."

"Hang memainkan dia la ni?"

"Main sikit aje, mak..."

"Yalah tu sikit. Orang tu telefon pasai ada masalah... Sat lagi gara-gara hang, Mak Cik Susan tu sakit. Tak pasai aje. Hang juga yang bersalah nanti. Tak baik Dinda, buat lagu tu kat orang. Buatnya, ada orang buat lagu tu kat mak... Apa perasaan hang?"

"Eh, mak ni..."

"Awat? Tak betui ka apa mak habaq? Dunia ni berputaq, Dinda... Remember."

"Amboi..."

Mak tergelak. "Awat? Hang ingat hang aje pandai orang putih? Mak ni dulu cikgu tau!"

Aku tergelak. "Alah, mak... Bagilah peluang sat. Bukannya selalu dapat nak mengenakan orang lagu ni. Siapa suruh kekwat sangat... Buat lagi bagi orang meluat, padanlah muka. Lagipun, Kak Nad dah telefon Dinda dah..."

"Dah?"

"Haah... Dinda dah habaq kat dia yang Dinda saja main-mainkan adik dia tu. Kak Nad gelaklah."

Mana tak gelak. Adik dia tu dah nak berkungfu dah... Sebab tak dapat-dapat nak bercakap dengan aku sampai la ni.

"Dah macam ayam berak kapur dah, Dinda. Tak dapat... Asyik dapat Rumah Urut Cute-Cute. Manalah hang dapat idea tu Dinda?"

Aku ketawa. "Spontan aje, Kak Nad. Kak Liza ada beritahu kat Dinda yang Mak Cik Susan mengamuk. Dia tak mau Kak Liza jaga dia. Tu yang Kak Liza minta Dinda jaga dia balik."

"Boleh ka, Dinda?"

"Bolehlah, Kak Nad. Tak dak hal."

"Tapi lepaih ni... Nak lapan jam teruih. Boleh ka?"

"Tu la... Nak kena pikiaq tu."

"Jangan risau pasal harga. Bayaq lebih pun tak apa. Selalu Dinda dapat berapa?"

"Kalau lapan jam untuk 20 hari kerja... dalam 4 ribu."

"Kak Nad letak 5 ribu. Boleh? Tapi, sampai hari Sabtu la. Setengah hari cukup. Sebab lepaih tu, Kak Nad ada rumah dah."

BAKAL MENANTU MAK AWAKWhere stories live. Discover now