1

271 53 94
                                    

Beberapa helai baju dilempar tepat ke muka Yoongi . Yoongi yang sedang mengemas ruang tamu itu terkejut dengan tindakan isterinya itu

"Aku nak kau basuh baju aku tu kejap lagi .. sebab aku nak pakai esok . Faham ?!" Park Jaera terus melangkah keluar dari rumah . Malas nak hadap muka Yoongi lama2 , buat dia sakit hati je

"Nae .. tapi awak nak kemana sekarang ni ? Awak balik tak tengahari nanti ?" Tanya Yoongi lembut . Dia tersenyum manis kearah isterinya

"Tak payah sibuk tanya lah ! For your information aku nak keluar dengan boyfriend aku , Namjoon .."

Yoongi mengetap bibir bila mendengar nama Namjoon keluar dari mulut isterinya . Ya , isterinya curang dan dia tahu perkara itu

Tapi dia masih mampu bertahan dengan Jaera kerana dia mencintai gadis itu .

Seorang kanak2 perempuan berlari turun dari tangga rumah itu . Dia mengenggam sehelai kertas lukisan .. Matanya ligat mencari kelibat seseorang

"Papa , mana mama ? Yoonrae nak tunjuk ni kat mama ..." Yoonrae berdiri dihadapan Yoongi . Kanak2 berusia 5 tahun itu memandang Yoongi dengan pandangan ingin tahu ..

"Mama dah keluar pergi kerja , sayang .."

"Alaa .. tapi Yoonrae dah siap lukis , mama dah janji nak tengok" Yoonrae mula mencebik bibir , menahan diri dari menangis . Kedua belah tangannya erat mengenggam kertas lukisan itu .

Yoongi melutut dihadapan kanak2 itu . Segera diusap lembut kepala Yoonrae dan ditarik kanak2 itu dalam pelukannya .

"Papa kan ada ? Papa boleh tengok . Sini" Yoongi mengambil lukisan itu

"Wahh cantiknya .. ada mama , papa , Yoonrae ... Ni siapa pulak ?" Yoongi menunjuk kearah seorg kanak2 lelaki yang dilukis oleh Yoonrae . Yoongi mengerutkan keningnya

"Yoonjae oppa" ujar kanak2 itu gembira

Yoongi tersenyum kelat ..

"Pandai anak papa lukis"  Yoongi menahan airmatanya dari jatuh ke pipi .

Min Yoonjae , anak sulungnya yang sudah meninggal dunia akibat sikap Yoongi sendiri . Kesan melecur yang teruk dibahagian kepala dan kerosakan buah pinggang akibat hentakan kuat menyebabkan kanak2 itu tidak dapat bertahan . Dia meninggal dunia dihospital

Sejak dari itu Yoongi dibenci semua orang disekelilingnya . Termasuklah Jaera , isterinya dan mamanya Puan Min

Kau bunuh anak aku ! Aku takkan maafkan kau selamanya !!!

Keluarga aku takde keturunan pembunuh ! Kau bukan anak akuu !!

"Papa , janganla nangis .. Yoonjae oppa mesti tak suka kalau dia tahu papa nangis" Yoonrae memeluk Yoongi , erat .

"Tak lah , mana ada papa nangis ? Dah Yoonrae pergi sambung lukis , papa nak buat kerja ni"

Yoonrae berlari menaiki tangga . Dia sempat menoleh kearah Yoongi yang sedang mengemas itu . Keluhan halus dilepaskan

Kesian papa ..

Random tags
-ktaehv
TaeKingdom
NdHrQm
dayahope
nurhumairakamsani
Junejin-07
MissZarraZarra



🌸🌸🌸

Done update chap 1 yg sendu

Pendek pulak tu

OK or KO ?

Need your votes and comments
😁😁😘😘

💖💖💖💖

(C) He Is , My AngelTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang