4

211 35 108
                                    

"betul kau nak duduk sini hyung ?" Hoseok mengerutkan keningnya melihat kawasan rumah itu .

Rumah banglo yang sudah lama ditinggalkan itu Yoongi tenung lama . Banyak kenangan yang tersimpan di dalam rumah itu . Bibirnya mengukir senyuman pahit untuk Hoseok

"Tak ada tempat lain lagi Hoseok , sini je tempat tinggal yang aku ada"

Rumah ini mengingatkan dia pada Yoonjae . Rumah ini ibarat neraka buat kanak2 itu semasa dia masih hidup .

Neraka ciptaan Yoongi

"Nah hyung , baju2 kau dengan Yoonrae" Jungkook menghulurkan beberapa buah beg pakaian kepada Yoongi

"Terima kasih . Korang balik la dulu , aku nak kemas sikit rumah ni" Yoongi mendukung Yoonrae yang sudah tertidur didalam kereta lalu kanak2 dibawa masuk ke dalam rumah .

Perlahan langkah kakinya memijak lantai rumah itu . Setitis airmatanya jatuh lalu terkena pada wajah mulus milik Yoonrae menyebabkan dia terjaga .

"Eo papa ? Kenapa nangis ??"

"T-tak ada apa2 sayang , dah sambung tidur eh ? Papa letak Yoonrae dalam bilik Yoonjae oppa tau" Kanak-kanak itu segera memejamkan mata dan kembali terlena .

Yoongi meletakkan Yoonrae diatas katil kemudian dia turun kebawah semula . Tempat utama yang dia tuju adalah dapur

Bayangan dia dan Yoonjae tiba-tiba muncul seperti layar perak . Dia sedang menyuap makanan kedalam mulut Yoonjae yang masih bayi ketika itu .

"Comotnya anak papa makan ! Sini papa lapkan"

Yoonjae tersengih menampakkan gusinya yang masih merah itu

"Okay .. dah bersih ! Now makan lagi .... Aaaa buka mulut~ kapal terbang nak masuk ni" Sesudu bubur nasi disuap masuk ke dalam mulut kecil Yoonjae . Yoongi tertawa geli hati melihat telatah anak sulungnya

"Yeay , dah habis ! Pandai anak papa ni" Yoongi mencium pipi gebu milik Yoonjae .

"Kiss papa pulak , kat sini" Yoongi memuncungkan bibirnya . Seakan mengerti apa yang Yoongi mahu , Yoonjae menutup mata Yoongi dengan tangan kecilnya . Kemudian bibir Yoongi dikucup pantas oleh bayi itu

Gelak tawa mereka berdua memenuhi ruang dapur itu ..

"Ok dah ! Jom kita pergi depan tengok tv~" Yoongi mendukung Yoonjae dan terus berlalu pergi

Dua bayangan itu melintasi Yoongi yang sedang berdiri dipintu dapur . Airmata yang ditahan tadi mula mengalir perlahan . Kenangan yang terlayar dihadapannya tadi benar2 mengusik rasa rindunya pada Yoonjae

Dadanya digenggam erat . Sakit yang menikam disitu tidak dapat dibendung dengan kata2 .. Kakinya lemah untuk berdiri lalu dia jatuh melutut disitu . Tangannya masih memegang dada dan tangisannya pecah juga .

Maafkan papa sayang~

______________________________________

Lebam dipipi Namjoon dia sentuh

"Aishh , sakit lah sayang~" Tangan Jaera dia tolak perlahan . Kesan darah yang masih melekat dibibir dia kesat sedikit .

"Siapa yang buat you macam ni ? Bagitahu I" Park Jaera menyilangkan tangannya , wajahnya dikerutkan

"Kalau I bagitahu , you percaya ke ?" Namjoon mendekatkan wajahnya dengan Jaera . Ditenung dalam mata gadis itu .

"Sayang~ mesti la I percaya .. bagitahu sekarang siapa yang buat ni ?" Tangannya dilingkarkan dileher Namjoon

"Yoongi , dia yang belasah I"

Serta merta Jaera terbangun dari duduknya . Dia terkejut

"What ?! Kenapa dia belasah you tiba-tiba ? Beraninya dia !" Jelas menunjukkan mukanya sedang marah . Manakala Namjoon menyembunyikan senyuman sinisnya

"I datang rumah you sebab I rindu Yoonrae . Masa I tengah main dengan Yoonrae kat ruang tamu , Yoongi tiba-tiba balik . Dia mabuk , then dia tuduh I nak apa2 kan Yoonrae lepastu dia belasah I sampai macamni . You tahu kan I sayang Yoonrae tu macam mana ?" Namjoon cuba meraih simpati Jaera . Tangannya menggengam erat tangan Jaera

"Dia tu memang tak guna lah ! Berani dia kacau baby I ni ?!" Jaera menyentuh pipi Namjoon . Satu ciuman hinggap dibibir lelaki itu , membuatkan Namjoon tersenyum . Dia membalas ciuman itu

Getaran di poket seluarnya menyebabkan ciuman mereka terhenti . Namjoon menyeluk tangannya dan smartphone miliknya dikeluarkan

Nama yang tertera membuatkan dirinya mendengus perlahan

~baby(Yoo Hana)❤️is calling~

"You~ I need to answer this call awhile"

Jaera hanya mengganguk kemudian tangan Namjoon dia lepaskan . Namjoon bangun dan pergi ke tempat yang agak jauh dari tempat mereka duduk supaya perbualannya dengan si pemanggil tidak didengari Jaera

"Hello ?"

"Hello baby~"

"Where are you ? Lamanya tak datang teman I~ I miss you so much baby.." Jawab si pemanggil itu

"Err .. nanti I datang okey baby ? I'm so busy right now .. hope you can understand me~" Namjoon bercakap dengan nada suara yang perlahan . Sesekali matanya memerhatikan Jaera yang sedang bermain handphone .

"Janji okay ? Baby dalam perut ni dah rindu sangat kat appa dia"

"Okay sayang~ bye , I love you" Segera icon merah ditekan untuk memutuskan panggilan .

Kaki melangkah mendekati Jaera . Segera dia duduk disebelah gadis itu dan pipi gadis itu dicium .

"Siapa called ?"

"Omma I la sayang~"

Pinggang gadis itu segera ditarik agar kedudukan mereka rapat . Jaera merapatkan bibirnya ditelinga Namjoon dan membisikkan sesuatu

"I love you sayang"

Namjoon tidak membalas apa2 .. Hanya senyuman manis yang dilemparkan untuk gadis itu .

Dalam manisnya senyuman Namjoon , terselit racun yang akan membunuh Jaera

Aku lebih cinta dan sayangkan duit kau lah !

Jaera bodoh ! HAHAHA



Random tags
-ktaehv
missjeon_23
Junejin-07
cadburyna
_CHOkunateu
sisobbing



🌸🌸🌸

Done setelah berbulan tak update !

So , macam mana ?

Rasa nak carutkan Namjoon ?

Disini

💖💖💖💖

(C) He Is , My AngelWhere stories live. Discover now