9

154 23 34
                                    

"Oppa~ maafkan Jae..." Tanah kubur itu dicengkam . Dia melutut ditepi kubur lelaki yang sangat dia benci dulu

Smartphonenya tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk . Segera diambil phone itu dan terus dilekapkan ditelinga .

"Yeoboseoyo ?"

"Jaera-shii~ tolong aku..."

"Namjoon ?! Kau nak apa lagi ni ?"

"Tolong aku~ ha..Hana , and ba-bakal anak a-aku ... Kami accident"

Talian serta merta putus . Menambah resah dihati Jaera kerana terfikir keadaan Namjoon sekarang .. Segera kawasan perkuburan itu ditinggalkan .

Kereta dipandu laju menuju ke Hospital Seoul . Dalam fikirannya sekarang , Namjoon memerlukan dirinya .

Dia menjejakkan kaki kedalam hospital itu dengan tergesa-gesa . Segera dia menuju ke salah seorang nurse yang ada disitu

"Boleh saya tanya ? Ada tak pesakit yang baru masuk kesini tadi ??" Tanya Jaera

"Ouh ada ! Dia di ICU bersama isterinya yang sarat mengandung . Kim Namjoon dan Kim Hana kan ?"

"Ya ! Terima kasih nurse !" Kakinya pantas berlari ke arah lif .

Sebaik saja kakinya sampai dihadapan bilik ICU , sekujur tubuh seseorang ditolak keluar dari situ . Wajahnya ditutup , menandakan bahawa dia sudah pergi

"Chakkaman !" Jerit Jaera ..

Tangannya laju membuka selimut yang menutupi wajah seseorang itu . Dia tergamam .. wajah gadis yang sudah pucat itu dipandang

"Hana~" setitis airmatanya jatuh lagi

Seorang jururawat keluar dari bilik itu sambil mendukung seorang bayi .

"Puan Park Jaera ? Encik Kim Namjoon nak jumpa puan ! Puan kena masuk kedalam sebelum terlambat !!" Jerit seorang doktor didalam bilik ICU itu

______________________________________

Bayi lelaki dalam dukungannya itu dipeluk erat . Wajah comel itu ditenung sedalamnya

Mirip Namjoon

Airmatanya sekali lagi jatuh dipipi bayi kecil itu

Kata-kata terakhir yang Namjoon ucapkan bermain-main di ruang fikirannya .

Kim minjae ! Jaga dia untuk aku Jaera~

Wajah comel bayi itu sekali lagi menjadi tatapannya . Pipinya Jaera cium lembut . Hidungnya dilagakan pada hidung milik bayi itu

"Mama akan jaga awak macam mama jaga Yoonjae yang dulu~"

Joon , Hana~ semoga korang berdua tenang dan bahagia disana

Tiba-tiba bayi itu menggeliat dan menangis . Pipinya mula kemerahan kerana dia menangis terlalu kuat .

"Min lapar ya ? Kejap mama buatkan susu~" bayi itu diletakkan diatas tilam . Dia segera turun ke dapur

Tanpa dia sedari , dia tergelincir dan jatuh dari tangga tersebut . Perutnya terasa sakit

Banyak darah yang mengalir keluar dari celah kangkangnya . Dia mengerang kesakitan sebelum semuanya gelap

Perkara terakhir yang dia lihat adalah ..

Dua lelaki sedang menuju kearahnya dengan riak cemas

🌸🌸🌸

Done updated !

Final chapter is waiting ..

Scroll down

💖💖💖💖

(C) He Is , My AngelWhere stories live. Discover now