50

2K 192 7
                                    

"Jangan lari,Hoseok!!"

Yurin tidak berhenti mengejar Hoseok.Dia tidak mahu mengalah.

"Jangan ganggu aku lah."kata Hoseok lalu berhenti berlari kerana penat.

"Hati-hati,Hoseok!"

Yurin menolak bahu Hoseok supaya ke tepi.Hampir saja dia dilangar kereta.Hoseok berasa kesal lalu menuju ke arah Yurin.

"Kau tak apa-apa ke,Yurin."

Dia sangat risau dengan keadaan Yurin.Dia tidak sangka yang Yurin ingin menyelamatkannya.Yurin menggeleng sambil tersenyum.

"Saya okey sahaja.Kau pula?"

"Aku okey.Kenapa kau buat macam tu,bahaya tahu tak!"kata Hoseok.

"Saya cuma nak selamatkan awak.Saya sanggup buat apa saja, asalkan awak selamat."kata Yurin lalu senyum.

"Ish,kau ni.Lain kali jangan buat macam tu lagi.Faham."kata Hoseok sambil memegang tangan Yurin.

"Jom,aku hantar kau balik."

------

Chun Ae memandang Yoongi yang berada di hadapannya lalu mengerutkan dahi.

"Kenapa pandang saya macam tu?"tanya Chun Ae.

Yoongi senyum lalu memegang tangan Chun Ae.Dia sangat menyayangi isterinya.

"Salah ke kalau saya pandang isteri saya sendiri,hm."

Chun Ae menundukkan kepalanya lalu senyum.Dia berdehem lalu memandang Yoongi.

"Yoongi,saya nak pergi ke tandas sekejap."

"Okey."

Setelah Chun Ae pergi,dia memandang sekeliling kedai itu lalu tersenyum sinis.Dia tahu yang mereka diperhatikan.

"Kau ingat aku bodoh ke,Sung Joon."

Dia bangun dari duduknya lalu pergi ke arah Sung Joon yang memerhati dia dan Chun Ae dari tadi.

"Hey,Sung Joon.Lama aku tak jumpa kau."kata Yoongi.

"Macam mana kau tahu aku dekat sini."kata Sung Joon dengan gagap.

"Kau ingat aku bodoh.Kau tak kenal aku macam mana,Sung Joon."

Yoongi duduk di depan lelaki itu.Sung Joon mengelap peluh yang ada di dahinya kerana takut.Dia lah yang mengganggu Chun Ae di cafe beberapa minggu yang lalu.

"Macam mana kau tahu nama aku."

Yoongi tersenyum sinis lalu memasukkan tangannya ke dalam poket.

"Kau tak perlu tahu macam mana aku tahu.Tapi aku nak ingatkan kau,jangan sesekali kau ganggu isteri aku lagi."

Yoongi memberi amaran kepada lelaki itu.Sung Joon menganggukkan kepalanya.

--------

Sung Joon tersenyum sinis apabila Yoongi sudah menjauhinya.Dia mengeluarkan telefon dari poketnya lalu menghubungi seseorang.

"Kau ambil aku sekarang.Ada perkara yang aku nak buat."katanya perlahan-lahan.

Dia menamatkan panggilan lalu keluar dari kedai itu.Ada sesuatu yang ingin dirancangnya.

▨TBC▨

A/n:Sung Joon ni yang ganggu Chun Ae dekat cafe tu.Ada dekat bab 47.

[C] Agust D || MYGWhere stories live. Discover now