51

2K 182 56
                                    

"Hm,sayangkan sakit.Mana boleh pergi kerja."kata Yoongi sambil mengusap pipi Chun Ae.

"Tapi,saya nak ikut abang kerja."kata Chun Ae.

"Tak boleh,sayang kena sihat dulu.Baru boleh pergi kerja.Dah,abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik."

Yoongi mencium dahi isterinya itu lalu senyum.Sebenarnya,dia tidak mahu meninggalkan Chun Ae seorang diri di rumah.Tapi dia terpaksa kerana ada hal penting yang perlu dia lakukan.

Setelah Yoongi pergi,dia memegang kepalanya yang terasa pening.Dia berlari ke arah dapur lalu muntah-muntah.

"Dari pagi tadi macam ni,rasa sakit ni masih ada lagi."kata Chun Ae lalu memicit kepalanya.

Bunyi loceng rumah membuatnya sedikit terkejut.Dia pergi ke arah pintu lalu membukanya.

"Hye,Chun Ae.Lama saya tak jumpa awak."

"M-Macam mana kau tahu nama aku.Apa yang kau buat dekat sini?"

Sung Joon senyum lalu memegang tangan Chun Ae.

"Tak perlu tahu macam mana aku tahu nama kau.Nama aku Jung Sung Joon.Aku ke sini sebab nak jumpa kau."

"Kenapa nak jumpa aku?"tanya Chun Ae sambil menarik tangannya.

Sung Joon senyum lalu menolak tubuh Chun Ae ke dalam rumah.Dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu menekup mulut Chun Ae menggunakan sapu tangan.Sung Joon tersenyum sinis bila melihat Chun Ae yang sudah pengsan itu.

"Jangan risau,sayang.Kau akan jadi milik aku suatu hari nanti."kata Sung Joon.

---------

Chun Ae tersedar dari pengsan,dia sangat takut sekarang ini.Tangan dan kakinya diikat.

"Yoongi,tolong saya!!"laung Chun Ae.

"Oh,kesayangan aku ni dah sedar rupanya.Tak payahlah sebut nama dia,aku tak sukalah."kata Sung Joon sambil mencangkung di depan Chun Ae.

"Lepaskan aku lah,Sung Joon.Lepaskan aku!"

Sung Joon tersenyum sinis lalu mencengkam kuat rahang Chun Ae.Chun Ae menjerit kesakitan.

"Aku tak akan lepaskan kau,Chun Ae. Kau ni cantik.Sebab tu aku nak dekat kau.Kau ni,lain dari yang lain."

Chun Ae tersenyum sinis lalu meludah muka Sung Joon.Dia terlalu benci pada  Sung Joon.

"Aku bencikan kau,Sung Joon.Lepaskan akulah."

Sung Joon mengesat air liur pada mukanya lalu menampar wajah Chun Ae.Dia geram dengan Chun Ae yang berbuat begitu kepadanya.

"Kau ni kan,baru sekejap je dengan aku dah buat masalah.Tak guna betullah."

Sung Joon menarik rambut Chun Ae lalu tersenyum sinis.Chun Ae mengigit bibirnya kerana menahan rasa sakit.

----------

Yoongi membaca surat yang ada di atas meja itu.Hatinya berasa sangat sakit sekarang ini.Dia mengoyakkan kertasa itu lalu dibuang ke lantai.

"Tak guna kau,Sung Joon.Siaplah kau nanti,aku akan cari kau sampai dapat.Sekali kau jumpa aku yang sebenar,kau tak akan terlepas."kata Yoongi sambil mengeluarkan pistol dari poketnya.

Sekarang ini dia berasa sangat marah bila membaca surat itu tadi.Dia menuju ke tempat di mana Chun Ae dan Sung Joon berada.

Sebelum dia pergi ke sana,dia menghubungi seseorang untuk membantunya.

---------

Yoongi terkejut melihat keadaan isterinya sekarang.Isterinya berada dalam keadaan yang lemah.

"Jangan sentuh isteri aku,Sung Joon!"naik seoktaf nada suara Yoongi bila Sung Joon mencengkam kuat rahang Chun Ae.

"Apa salahnya kalau aku sentuh dia,dia akan jadi milik aku tak lama lagi.Bila kau dah mampus,dia akan jadi milik aku."kata Sung Joon lalu ketawa.

"Yoongi.."panggil Chun Ae sambil memandang ke arah Yoongi yang berdiri tidak jauh darinya.

Yoongi tidak sanggup melihat keadaan Chun Ae begitu.Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah Chun Ae.Tiba-tiba Sung Joon mengeluarkan pistol dari poketnya lalu dihalakan ke kepala Chun Ae.

"Kalau kau dekat,aku akan tembak dia.Biar kita sama-sama tak dapat miliki dia."kata Sung Joon lalu tersenyum sinis.

"Jangan apa-apakan dia lah,bodoh!"kata Yoongi.

"Hm,apa kata kalau kita lawan.Siapa menang dapat Chun Ae,siapa kalah pergi mampus.Setuju?"kata Sung Joon.

"Okey,aku setuju."kata Yoongi.

Yoongi pergi ke arah Sung Joon lalu menumbuk mukanya dengan sekuat hati.Baru sahaja Sung Joon ingin menyepak perut Yoongi,tapi dia cepat-cepat mengelak.

"Boleh tahan."kata Sung Joon lalu senyum.

Giliran Sung Joon pula yang menumbuk muka Yoongi.Dia menyepak perut Yoongi sehingga Yoongi jatuh.Dia mengeluarkan pistol dari poketnya lalu dihalakan ke arah Yoongi.

"Ada kata-kata terakhir sebelum kau pergi mampus?"kata Sung Joon lalu tersenyum sinis.

"Aku nak selamatkan isteri aku.Lepas tu,seksa kau sampai kau mampus."kata Yoongi lalu tersenyum sinis.

Senyuman Sung Joon mula menghilang apabila belakang badannya terasa sakit.Dia menoleh ke belakang lalu terkejut.

"T-Tak guna.Kau minta bantuan orang lain rupanya."kata Sung Joon lalu menembak Yoongi sebelum dia jatuh.

"Yoongi!!"

Jungkook pergi ke arah Yoongi lalu melihat bahagian bahu Yoongi yang ditembak oleh Sung Joon.

"Aku okey je ni.Yang penting sekarang ni,aku nak selamatkan Chun Ae."kata Yoongi lalu menuju ke arah Chun Ae yang sudah lemah itu.

Dia membuka ikatan itu lalu memeluknya dengan erat.Chun Ae hanya mampu tersenyum lalu pengsan semula.

▩TBC▩

[C] Agust D || MYGWhere stories live. Discover now