End:54👨‍👩‍👧

3.2K 226 83
                                    

"Kamu berdua pergilah ke bilik dulu.Mesti kamu berdua penat."kata puan Min.

"Baiklah,omma."kata Yoongi lalu menuju ke bilik diikuti oleh Chun Ae.

Setelah mereka berdua pergi,encik Min tiba-tiba memegang tangan isterinya dengan kuat.

"Ish,apa ni.Sakitlah!"kata puan Min sambil menarik tangannya.

"Jangan bagitahu Yoongi pasal rancangan kita.Kalau tidak,siaplah kau."kata encik Min.

"Bertenanglah.Saya tak akan bagitahu Yoongi pasal ni.Tak sabar-sabar betul."kata puan Min.

Encik Min menampar pipi puan Min dengan kuat.

"Kurang ajar,kau dengan aku.Kalau kau tak buat apa yang aku suruh,siap kau."kata encik Min sebelum beredar dari situ.

--------

Puan Min mengesat peluh di dahinya lalu memasukkan sesuatu ke dalam minuman itu.

"Omma,tengah buat apa tu?"kata Chun Ae sambil menuju ke arah puan Min.

Puan Min terkejut tetapi dikawalnya.Dia menghulurkan segelas susu ibu kepada Chun Ae.

"Minumlah.Omma buatkan untuk kamu."kata puan Min.

Chun Ae mengambil segelas susu ibu yang dibuat oleh puan Min lalu di minumnya sehingga habis.

"Omma,saya nak masuk bilik dulu.Takut Yoongi cari saya pula."kata Chun Ae lalu pergi.

Puan Min menggelengkan kepalanya lalu memandang pil gugur kandungan yang ada di tangannya.

"Selesai kerja aku.Penat betul kena marah dengan suami sendiri."kata puan Min lalu tersenyum sinis.

--------

"Sayang,awak pergi mana tadi.Risau saya."kata Yoongi sambil memeluk isterinya

"Saya pergi ke dapur tadi.Lepastu,omma bagi saya minum air susu ibu."kata Chun Ae.

Yoongi menganggukkan kepalanya lalu menyentuh perut Chun Ae.

"Anak papa."kata Yoongi lalu senyum.

"Y-Yoongi,perut saya sakit."kata Chun Ae sambil memegang perutnya.

Yoongi terkejut apabila melihat darah mengalir pada peha Chun Ae.

"S-sayang.."

---------

"Doktor,macam mana dengan isteri saya?"tanya Yoongi kepada doktor Daniel.

"Isteri encik keguguran.Menurut pemeriksaan isteri encik keguguran kerana pil—"

"Pil?"Yoongi mengerutkan dahinya.Sejak bila Chun Ae ada makan pil?

"Saya harap encik bersabar.Encik boleh masuk ke dalam wad untuk berjumpa isteri encik."kata doktor Daniel.

Yoongi menganggukkan kepalanya lalu keluar dari bilik doktor itu.Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Yoongi,macam mana dengan isteri kamu?"kata puan Min sambil menyentuh bahu Yoongi.

"Isteri saya keguguran."

Yoongi menundukkan kepalanya kerana kecewa.Baru sahaja dia ingin menjadi seorang ayah tetapi semuanya hancur.

Puan Min membuat muka terkejut lalu berpura-pura menangis.

"Omma nak cari ayah kamu dulu."kata puan Min lalu beredar dari situ.

Tanpa puan Min perasan,ada sesuatu yang jatuh dari poket seluarnya.Yoongi mengambil barang itu lalu dilihatnya dengan teliti.

[C] Agust D || MYGWhere stories live. Discover now