- 013 -

1.7K 116 0
                                    

" Eh kenapa korang macam anti gila-gila ngan Kai?" tanya Jira sambil menikmati sandwic kat Subway. With the baes.

" Kitorang.. tak anti lah," jawab Tao dengan nada unsure. Mereka taknak Jira tahu masa silam antara geng mereka dan Kai. Belum masanya lagi. Sehun kemudiannya menyertai mereka dengan sandwic Spicy Italian beserta dengan minuman Bubble Taro kegemarannya.

" Hun! Kris mana?" tanya Tao. Sehun mengambil tempatnya sebelah Jira dan sekadar mengangkat bahunya. " Tah. Tadi dia kata nak tenangkan fikiran," " Ohhh kalau camtu bolehlah aku amb-" " Oh Tao Kris pesan jangan makan sandwic dia kalau kau taknak kepala kau kena penggal,"

Sekali lagi, Jira terhibur dengan kehadiran mereka. Kumpulan itu telah bersepakat untuk menghibur dan menjaga Jira setelah insiden yang berlaku di rumahnya tadi.

 

 

Kris ketika itu berjalan-jalan di laman bunga kegemarannya. Dia tersenyum saat membayangkan wajah Jira.

" Kau.. gembira tak tengok dia?" kata Kris berseorangan. Angin kemudian bertiup, menjadikan bunga-bunga di taman itu seolah-olah menari. Kris kemudian dapat merasakan dirinya dikelilingi sesuatu unsur halimunan yang dingin namun menyamankan.

' Ya.. aku.. gembira tengok dia, hyung,'

 

 

Kris tersenyum lagi. Namun dalam senyumannya ada tangisan tersembunyi. " Sehun.. dia banyak tolong kau,"

' Aku.. tahu,'

Sekali lagi hembusan bayu bertiup di laman itu. Kris hanya memejamkan mata dan menghayati kesejukan bayu itu. " Now you've seen her. Go back to your place,"

Bunyi guruh dan angin kencang menyelubungi laman itu. Kris hanya menarik nafas dengan dalam.

' No. I want to see her,'

" Tapi ini bukan tempat kau,"

 

 

' Jira is all I want to be,'

 

Suasana di agensi peramal cuaca kecoh sebentar.

" Weh Junyoung! Kau kata harini sunny! Kenapa ribut tiba-tiba at Sangam-dong?" " Manalah aku tahu! Aku ramal cuaca untuk negeri, not for every-" " Kau rasa.. hantu?" " KEPALA BANA KAU!"

 

 

 

" Jira-ssi~" Kai menyahut setelah dia memasuki rumah Jira. Tetapi ia kekal senyap dan gelap. Kai melirik ke arah jam tangannya. 8.25 pm. Dia tak balik lagi.

" WOOF!" seekor anjing menyalak dari ruang tamu. Kai menoleh ke arah anjing itu dan tersungkur saat ia menerpa ke arahnya.

" Woah woah slow down! Geli lah! Yah!"

Nampaknya ia sukakan Kai.

" What's your name? " soal Kai dengan mesra.

" Woof!"

Kai meneliti kolar anjing itu.

NAME : Jaegyeongie

GUARDIAN : Ji-ra, Song

" Jaegyeongi, mana tuan kau?"

" woof..?"

Hmm, dia tak balik lagi.

 

Jira melambaikan tangannya ke arah rakan-rakannya, isyarat sebagai dia akan pulang. Sehun bertanggungjawab untuk memandu dan membawanya pulang walaupun beberapa kali Jira menolak.

Suasana dalam kereta menjadi ganjil dan senyap. Jira hanya memandang ke arah lampu-lampu berkerlipan bebas di bandar Seoul sementara Sehun menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya.

" Awak.. dah sembuh?" Sehun cuba membuka bicara. Jira sekadar mengangguk kecil. " Lapar tak?" " Huh?"

Sehun tersenyum kecil. " Mari? Saya bawa awak ke satu diner yang best kat area sini. Hamburger dia sedap, mesti awak suka!"

Mata Jira bersinar. Sudah lama sejak dia makan hamburger. Itupun dengan mendiang Chaekyung. Jika diikutkan, hampir 2 minggu dia tidak makan hamburger. " Tapi..."

" Alaa takpe. Lagipun rasanya tiada siapa yang menunggu di rumah, right?"

 

 

Mungkin juga?

 

 

 

 

 

 

Jira berterima kasih kepada Sehun kerana hamburger yang sedap tadi. Dia siap membungkus 2 hamburger sebagai simpanannya di rumah. Entah mengapa dia terasa untuk membeli 2 padahal 1 sahaja cukup untuk dikongsi bersama.

Jira melangkah masuk ke rumahnya dan menjangkakan Jaegyeong menyalak dari ruang tamu. Tetapi lain pula yang terjadi. Jira kaku sebentar apabila memasuki kawasan tamu.

Dia terlihat figura Kai sedang nyenyak tidur bersama anjingnya Jaegyeong. Dia tunggu aku ke?

Jaegyeong sedar akan kehadiran tuannya, tetapi sekadar membuka mata. Jira tergelak kecil. Jaegyeong sukakan Kai.

" Psst, Jaegyeong-ah. Dia lama tunggu aku ke?" tanya Jira. Jaegyeong mengerdipkan matanya sebelum menyambung tidurnya. Jira bangun dan mencapai selimut berhampiran sebelum menyelimuti mereka berdua.

Muka Jira tiba-tiba hampir dengan wajah Kai. Dia meneliti setiap perincian muka lelaki tu. Ingin sahaja dia membelai rambutnya. Tapi dia sendiri tak pasti sama ada Kai benar-benar menyukai dirinya walaupun Kai selalu panggil dia ' sayang ' atau ' jagi-ya '.

Tanpa Jira sedari, Kai tersenyum kecil. Lega dan nyaman kulitnya bila nafas Jira begitu dekat dan memanaskan kulit mukanya. Jika boleh, ingin saja dia peluk Jira. Tapi tak mahu pula Jira terkejut, Kai diamkan sahaja.

1.25 pagi

Aku terasa begitu dekat dengan dirinya.

[ completed : M ] Our 25ths : Book IWhere stories live. Discover now