Ternyata, takdir itu amat bermakna bagi sesetengah insan yang dilahirkan. Manis? Pahit? Kadangkala pedas? Semuanya tidak dapat kita jangka tetapi pastinya menjadi pena dalam melakar kehidupan kita. Sejak kecil, mereka diibaratkan seperti kembar ke mana sahaja mereka pergi. Cuma Kim Chaekyung sahaja lebih berkeyakinan. Song Jira? Pemalu umpama kucing peliharaan! Secara senyap dengan sokongan Chaekyung, Kai terbang dari benua Amerika menuju ke Korea Selatan agar mampu mendekatkan dirinya bersama Jira. Mampukah Kai menambat hati si gadis introvert itu? Tidur nyenyak diulit mimpi ataupun bertarung nyawa sendiri? Mampukah Luhan bangun dari tidur setelah lama menjadi bayang-bayang hitam Jira? Namun ada sahaja yang iri hati. Belum cukup dengan kesedihan yang melanda hati, Jira tanpa sedar ralit diperhatikan seseorang yang memegang abu dendam sendiri! Apakah memang ia dimaksudkan untuknya? Atau pun sebagai ingatan buat Kai yang semakin lupa? Drama Korea yang agak klisé? Ikuti sahaja!
32 parts