- 019 -

1.5K 108 5
                                    

Malam itu merupakan permulaan kepada malam yang amat sibuk. Anggota polis keluar masuk rumah mereka seolah-olah ia balai polis. Semua teman serumah Kai berjaga sepanjang malam seperti ianya waktu siang. Tiada masa untuk melelapkan mata. Naeun diminta untuk tidur terlebih dahulu supaya dapat membantu mereka keesokannya meskipun dia berdegil untuk ikut berjaga.

Terlalu banyak wayar berselirat di atas lantai, kesemuanya dicucuk pada pangkalan pelbagai jenis komputer riba dan mesin-mesin teknikal. Hanya donat dan air soda sahaja mampu mengekalkan kondisi para pegawai polis dan detektif itu untuk terus berjaga mencari jejak Jira. Sememangnya mereka telah biasa dan dilatih untuk tidak tidur sepanjang malam di saat kes-kes kecemasan harus diselesaikan.

Kai juga turut membantu. Dia cuba untuk kekal tenang demi Jira. Dia tahu raungan, amukan dan tangisan tidak dapat membawa dirinya pulang. Dia pun menelefon abang-abang mendiang Chaekyung, Jongkook dan Hyunjoong serta abang angkat Jira iaitu Joongki dan memaklumkan tentang kehilangan Jira. Jongkook dan Hyunjoong yang ketika itu masing-masing berada di Amerika dan Jepun menjelaskan mereka akan pulang ke Seoul keesokannya manakala Joongki telah pun bersiap-sedia untuk kembali ke rumah Jira dari kampung halamannya.

Kai masih bingung untuk menerima dan menelan semua itu. Minho dan Taemin muncul menguatkan semangatnya, tetapi Kai masih perlu dengar suara Jira untuk benar-benar yakin bahawa dia masih selamat. Dia tidak dapat lagi memikirkan inisiatif lain untuk menjejak langkah Jira.

Melainkan..

Kai segera meluru keluar dari rumahnya setelah mengambil jaket sejuk sebelum memandu ke suatu tempat di mana dia syaki. Taemin cuba untuk menghentikannya, tetapi gagal dek kerana kekangan kerja yang meningkat di sana.

" Oh Sehun, keluar!"

" Bagi balik Jira! Cepat!"

" Aku tahu dia menyorok di dalam!"

Kesemua mereka terjaga dari tidur apabila terdengar pintu rumah itu diketuk dengan kuat. Kyungsoo melangkah ke pintu untuk membukanya sebelum terjatuh ke belakang apabila Kai menyerbu masuk. Mujur Xiumin dan Sehun sempat turun ke bawah dan menghalang Kai dari terus mengganas dan merempuh segala hiasan ruang tamu mereka. Xiumin dan Sehun memeluk Kai dari belakang dengan sepenuh kudrat mereka sementara yang lain turun ke bawah.

" Kim Jongin! Kau dah gila ke?!" Sehun cuba menenangkan Kai, tetapi dia masih mengganas umpama seekor serigala ditahan dari memburu mangsanya. " Mana dia? Mana Jira aku?!"

Lay dan Suho berpandangan sesama sendiri. Jira? " Kau dah salah anggap ni, Kai. Sejak bila dia datang ke rumah kami-" " Kau jangan tipu aku! Aku tahu dia di sini! Jira? Jira!"

" Sudahlah tu!" kata Kris dengan tenang walaupun nadanya semakin meninggi. " Apa yang kau cakap ni? Bukankah dia dengan kau? Kenapa kau tanya kami?" sambung Kris.

" Kau tanya aku balik? Kau boleh buat muka tak bersalah? Hah?! Kau tahu tak, Jira tu dah-"

" Kris, Hun, kenapa ni?"

Seorang lelaki berambut merah keperangan menuruni tangga. Kesemua mereka tiba-tiba tersenyap. Kai juga turut terhenti amukannya buat seketika.

Tidak.. bukan sekarang.., ujar hati Sehun. Namun apakan daya, dia telah muncul memecahkan rahsia.

Mata Kai dikerdipkan berkali-kali, cuba untuk memastikan ianya bukan lagi mimpi.

" Kai," kata Kris. " Di mana Jira?"

" Kau.. kau," Kai masih tidak percaya dengan kewujudan dia.

" Kai, di mana Jira?" Kris segera berasa tidak sedap hati.

[ completed : M ] Our 25ths : Book IWhere stories live. Discover now