Episode 15: The Birthday Proposal💍

12.2K 528 11
                                    

"I'm no way near perfect for you but I can tell you now that I am absolutely, definitely, positively, unquestionably, beyond any doubt, in love with you, Marissa Dania." Ucap Adam dengan setulus hati.

Dania tergamam. Keluhan kecil terlepas di hujung bibirnya. Adam datang ke hostel dia malam-malam seperti ini hanya semata-mata ingin meluah perasaan kepadanya? Otak Dania seakan-akan terhenti memproses maklumat buat seketika. Dia masih tak percaya. Tak percaya dengan luahan mengejut itu. Sumpah Dania cakap dia langsung tak sangka Adam datang ke sini untuk meluahkan kata-kata cinta buat dirinya.

Masing-masing menyepi, hanya angin malam yang meniup lembut kedua-dua susuk tubuh itu. Adam semakin gelisah melihat kebisuan Dania. Raut wajah itu sukar untuk ditafsir. Apa yang Dania rasa sekarang? Marahkah wanita itu? Tidak betah dengan kebisuan yang semakin mencengkam dada, Adam bersuara semula.

"Please say something.. anything,"  pinta Adam dengan nada yang merayu.

Dia sudah tidak kisah apa nak jadi dengan reputasinya saat ini. Reputasi, populariti dan hiburan sudah lama ditinggalkan semenjak dia berniat untuk berubah menjadi lebih baik. Ini ialah Adam yang baru. Dan dia selesa dengan dirinya ketika ini.

Dania menggeleng kepalanya perlahan. "Sa-saya..tak tahu nak cakap apa.."

Adam meraup wajahnya. Hatinya mula berasa takut. Takut kalau cintanya ini hanya bertepuk sebelah tangan.

"Maksud awak..awak tak ada perasaan yang sama seperti saya rasa
sekarang ni?"

Dania berfikir seketika. Betul ke kau tak ada perasaan yang sama? Tak, Nia. Kau pun dah jatuh cinta dengan Adam tapi kau takut nak mengaku. Kau takut kalau dia tak rasa yang sama. Kau cemburu bila tengok perempuan-perempuan asyik menggedik dengan dia. Cemburu tandanya sayang. Tapi, aku yakin kau pun dah tangkap cintan dengan Adam!

Dania mengeluh di hati. Ya, memang dia dah jatuh cinta. Habis tu kenapa? Apa yang mereka boleh buat? Adam cinta padanya dan dia juga ada perasaan yang sama tapi lelaki itu akan balik ke Malaysia tak lama lagi. Dia pula ada tiga tahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di sini. Macam mana mereka nak menjalinkan hubungan? Dania tak pernah menjalinkan hubungan jarak jauh bahkan langsung tak pernah bercouple-couple seperti pasangan zaman sekarang. Kemungkinan itu ditegah sekeras hati. Dania tidak suka dengan idea bercouple-couple yang boleh mendatangkan dosa maksiat.

"Dania.."

"Yes! I do. I do love you, Adam." Dania balas dengan nada serius.

Adam mengerutkan dahinya. Hatinya sempat mengeluh lega dan berasa bahagia. Tapi kenapa riak Dania seperti tidak suka?

"Then--"

"And what about it, Adam?" Pintas Dania laju. "Saya cintakan awak dan awak juga ada perasaan yang sama. Tapi apa yang akan jadi lepas ni? Awak akan balik ke Malaysia dan saya akan teruskan hidup saya sebagai pelajar di sini. Saya tak pernah...ada hubungan istimewa dengan sesiapa pun dalam seumur hidup saya dan saya tak suka dengan kemungkinan tu."

"Kenapa?"

"Sebab! Hubungan couple adalah haram, Adam di sisi Islam. Berdosa besar. Tipu daya syaitan tak akan berhenti selagi pasangan couple tidak terjerumus dalam maksiat. Awak tahu kan?"

"Tapi saya dah berubah, Nia." Adam berkata, meyakinkan gadis yang telah mengunci jantung hatinya. Dia tahu hubungan 'couple' adalah berdosa dan jujur Adam katakan dia memang tidak mahu menjalinkan hubungan seperti itu bersama Dania.

"Tak bererti nafsu awak sebagai seorang lelaki terus padam, Adam. Please..think about it? Awak tahu kan hubungan yang halal dan diredhai Allah hanyalah dengan perkahwinan? Saya tahu.." Dania menghela nafas panjang, entah kenapa darahnya naik menyirap ke wajah saat ini. Malu untuk bercakap tentang topik 'itu'.

Sweet But DangerousWhere stories live. Discover now