Episode 54: Please Eat Me😭

16.3K 809 81
                                    

Tengku Adam mendengus kasar. iPhone 11 miliknya dihumban ke tempat duduk sebelah. Tidak ada gunanya dia terus cuba menghubungi nombor Dania kalau langsung dimatikan.

Pedal minyak ditekan kuat lantas enjin Ferrari yang dipandu mengaum garang dan terus meluncur laju menuju ke destinasi.

Tengku Adam mengeluh lagi untuk sekian kalinya. Mujur dia teringat tadi pagi dia ada lekat tracker kecil pada baju Dania kalau tidak, pasti akan mengambil masa yang lebih lama untuk Qash dan Team Security menjejak lokasi isterinya itu.

Tengku Adam langsung tidak sangka Dania tahu untuk mematikan aplikasi tracker yang telah dimuat turun dalam telefonnya. Lebih parah lagi bila Dania sanggup block nombornya dalam whatsapp! Sumpah Tengku Adam terkelu dengan perbuatan isterinya itu.

Apa salah dia? Apa yang dia buat sampai Dania berubah macam tu sekali? Tengku Adam buntu. Kepalanya serabut memikirkan karenah si isteri. Rasa macam nak pecah otaknya dihimpit masalah yang datang berlipat-lipat ganda.

Tiba di destinasi yang telah ditunjuk melalui trackernya, Tengku Adam terlebih dulu mencari tempat parkir kereta yang sesuai. Walau apa pun, undang-undang harus dipatuhi. Tak boleh main parkir ikut suka hati saja.

Dengan lafaz bismillah, Tengku Adam keluar dari perut keretanya. Kaki mula mengatur langkah menuju ke restoran tempat Dania berada saat ini. Debaran hatinya tak usah cakaplah. Macam ingin meletup menahan pelbagai rasa.

Stay calm, Adam.

Ayat itu diulang berkali-kali dalam mindanya. Untuk berhadapan dengan situasi seperti ini dalam rumah tangga, si suami tidak boleh terus menengking. Kalau api berlawan dengan api memang hancur rumah tangga mereka nanti. Yang menjadi mangsanya siapa? Tengku Arissya.

Tengku Adam hela nafas panjang. Dia akan cuba mendengar penjelasan dari isterinya dulu. Selagi mampu bersabar, dia akan terus bersabar.

Tengku Adam sudah terpacak teguh di hadapan restoran Al-Muiz ketika ini. Tanpa membuang masa, matanya terus mencari-mencari kelibat Dania dari luar. Tidak sampai seminit, susuk tubuh Dania sudah dijumpainya dari jauh.

DUB!

Seolah ada batu besar menghenyak jantungnya saat matanya sudah berjaya mencari susuk tubuh Dania.

Adegan di depan mata Tengku Adam kala ini seakan meragut nyawanya dengan perlahan. Buku lima digenggam erat. Bergetar seluruh anggota tubuhnya menyaksikan tayangan percuma yang dilakonkan oleh isteri dan sepupunya sendiri!

Api kemarahan mula menyelinap ke setiap pembuluh darah. Rahang diketap kuat. Jawline Tengku Adam  sudah cukup tajam untuk menyembelih tangan Tengku Riyad yang berani-beraninya menyentuh pipi Dania!

Kurang ajar punya sepupu!

Tidak betah melihat Dania dan Tengku Riyad, Tengku Adam terus melangkah laju ke tempat kedua insan itu. Sampai hati isterinya. Jadi sebab ini dia telefon langsung tidak berangkat? Hanya semata-mata ingin berdua-duaan dengan Tengku Riyad?

Ya Allah! Berikanlah aku kesabaran walaupun hanya secubit garam untuk menghadapi mereka sebentar lagi.

"Marissa Dania, balik sekarang." bergetar nada Tengku Adam mengucapkan setiap patah perkataan itu.

Sweet But DangerousTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang