[WARNING: matured contents🔞 read at your own risk⚠]
■■■
Hari terakhir mereka di negara Perancis ini, aktiviti Dania dan Adam awal-awal pagi lagi bermain basikal. Adam menempah dua basikal buat dirinya dan isterinya. Basikal Dania semestinya berwarna unggu manakala Adam pula berwarna biru tua.
"Sayang pandai kayuh basikal tak?'' Adam mengusik, terserlah kedua belah lesung pipitnya yang dalam itu.
Dania pura-pura mengetap bibirnya. "Abang jangan pandang Nia sebelah mata. Nia dah puas pusing-pusing satu kampung dengan basikal Abi Nia."
''Oh kiranya..dah professional lah ni?''
''Abang boleh cakap macam tu lah.'' Nada Dania bersahaja, tangannya berpeluk tubuh. "Eh, Abang tanya-tanya Nia ni..Abang pandai kayuh basikal tak? Maksud Nia..kan Abang duduk kat bandar."
"Mestilah pandai. Abang selalu main basikal di kampung Opah Abang. Nanti bila kita balik Malaysia, Abang bawa Nia pergi kampung Opah. The view is truly beautiful." Teringat pemandangan di kampung halaman opah. Memang cantik. Dia semakin tak sabar-sabar nak bawa isterinya balik ke Malaysia berjumpa keluarganya.
"Opah Abang macam mana? Baik ke garang?'' Soal Dania sambil duduk diam, membiarkan Adam memakaikan helmet di kepalanya. Kata suaminya, untuk safety. Tapi lelaki itu langsung tak pakai apa-apa. Entah kenapa Adam risau sangat.
"Opah garang. Garang sangat-sangat." Adam berkata lalu menyambung,"Cuma bila anak-anak atau cucu-cucu dia buat salah. Kalau tak buat salah, Opahlah orang yang paling... penyayang sangat macam Abang dengan Nia sekarang ni.'' Hidung isterinya serentak itu dicuit perlahan.
"Abang!'' Dania memuncungkan bibirnya.
"Muncung..Muncung..nak Abang gigit bibir tu?'' Usik Adam lagi. Terbeliak mata Dania. Dia mengerling ke kiri dan kanan. Nasib tak ada orang.
"Sayang takut siapa dengar? There's hardly anyone here.." Bisik Adam dengan suara yang berubah menggoda sekelip mata. "Besides, they don't even understand what we were saying."
"But we're still in public.'' Jantung Dania berubah rentak melihat Adam semakin mendekat. Helmet sudah kemas tersarung di kepala.
"So? You are my wife, remember?'' Adam tersenyum penuh makna.
Sudah! Suaminya ini memang tak makan saman. Dania terpaksa pasrah bila Adam hanya beberapa inci saja jauh dari wajahnya.
Cup!
Bibir Adam mendarat di pipi isterinya. Tangan kanannya naik mengelus sebelah pipi yang kemerah-merahan itu. "Abang kiss kat sini je dulu. Malam nanti Abang nak claim hutang di tempat lain pulak.'' Bisiknya tepat di cuping telinga Dania.
Bergegar jantung Dania. Dia segera berdiri lalu berdehem-dehem. Setiap kali Adam mengusik tentang topik satu itu, pasti hatinya resah. Tapi Dania tak tahu sama ada kali ini Adam sekadar mengusik ataupun betul-betul memaksudkan setiap katanya tadi. Selama 3 minggu berada di sini, Adam masih belum menunaikan nafkah batinnya. Adakah malam ini..? Serta- merta bulu roma Dania naik tinggi.
"Erm...boleh kita gerak sekarang? Nia nak bagi makan burung-burung nanti." Dania berkata. Dia sudah menyediakan roti paun dalam plastik untuk diberi makan burung.
"Burung Abang pula bila sayang nak bagi makan?" Selamba Adam bertanya.
Oh. My. God.
Dania ternganga. Dia kehilangan kata-kata. Kakinya laju berlari mendapatkan basikalnya lalu duduk di atas tempat duduk basikal itu. Dania mula laju mengayuh meninggalkan Adam di belakang. Yang pasti, dia nak lari jauh dari lelaki itu sejauh mungkin saat ini. Ya Allah..malunya! Macam mana Adam boleh selamba cakap macam tu?

YOU ARE READING
Sweet But Dangerous
RomanceSiapa sangka lelaki popular seperti Tengku Adam akan bergabung dalam satu kumpulan untuk menyelesaikan sebuah projek akhir semesternya dengan seorang gadis kampung seperti Marissa Dania? Pertemuan tanpa rela hati dengan penuh rasa benci menyelebung...